Perang nuklear

(Dilencongkan dari Perangan nuklear)

Perangan nuklear, atau atom, adalah pertempuran di mana senjata nuklear digunakan. Ini hanya berlaku sekali - pengeboman atomik ke atas Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat terhadap Empayar Jepun yang mengakhiri Perang Dunia II di Asia. Pada masa kini istilah ini biasanya merujuk kepada konfrentasi di mana kedua pihak berlawan dilengkapi dengan senjata nuklear. Berbanding perperangan konventional, perperangan nuklear adalah lebih memusnahkan dalam jumlah kerosakan dan kawasan yang terjejas, dan mempunyai kesan masa panjang, kesan yang merosakkan yang berlangsung beberapa tahun, abad, malah dekad selepas serangan pertama.

Titan II ICBM membawa 9 Mt W53 kepala peledak, menjadikannya salah satu senjata nuklear yang paling berkuasa digunakan oleh Amerika Syarikat semasa Perang Dingin.

Jenis perperangan nuklear sunting

Kemungkinan menggunakan senjata nuklear dalam perang biasanya dibahagikan kepada dua kumpulan kecil, setiap satu dengan kesan berlainan dan kemungkinan bertempur dengan jenis persenjataan nuklear yang berlainan.

Yang pertama, perperangan nuklear terhad (kadang-kala serangan atau pertukaran), merujuk kepada penggunaan senjata nuklear pada skala kecil oleh satu atau lebih pihak. "Perperangan nuklear terhad" kemungkinannya terdiri daripada pertukaran terhad antara dua kuasa nuklear yang mensasarkan kemudahan ketenteraan pihak lawan, samaada sebagai cubaan melumpuhkan keupayaan musuh bagi menyerang melalui serangan awal sebagai langkah pertahanan atau sebagai awalan kepada penjajahan oleh pasukan konvensional sebagau uasha penyerangan. Ia turut merujuk kepada perperangan nuklear antara dua kuasa nuklear kecil, yang ketiadaan keupayaan untuk melancarkan serangan mutlak. Istilah ini digunakan bagi sebarang kegunaan terhad senjata nuklear, yang mungkin membabitkan samaada sasaran ketenteraan atau awam.

Kedua merupakan, perperangan nuklear berskala penuh, terdiri daripada sejumlah besar senjata yang digunakan bagi menyerang keseluruh negara, termasuk sasaran awam dan tentera. Serangan sedemikian cuba untuk memusnahkan keseluruh infrasturktur ekonomi, masyarakat, dan tentera melalui serangan nuklear melampau. Perperangan nuklear sedemikian tidak mungkin dihad kepada hanya dua negara terbabit, terutama sekiranya salah satu kuasa nuklear besar terbabit.

Sesetengah pakar strategi Perang Dingin menegaskan bahawa perang nuklear terhad adalah mungkin antara dua kuasa besar bersenjata lengkap (seperti Amerika Syarikat dan Soviet Union) dan beberapa menjangka bahawa perang terhad mampu "meningkat" menjadi perang sepenuhnya. Sesetengah yang lain menggelar perang nuklear terhad "kemusnahan nuklear sejagat secara perlahan-lahan" menegaskan bahawa apabial perang sedemikian meletus yang lain pasti mengekori dalam tempoh beberapa abad, menjadikan planet tidak boleh didiami dengan cara yang sama seperti "perang nuklear sepenuhnya" antara kuasa besar, hanya ia akan mengambil masa yang lebih lama dan menyakitkan untuk mencapai hasil yang sama.

Jangkaan yang paling optimistik sekalipun mengenai kesan pertempuran nuklear masih menganggarkan kematian jutaan penduduk awam dalam tempoh masa yang singkat; jangkaan yang lebih pesimistik pula mendakwa bahawa perang nuklear skala penuh akan membawa kepupusan manusia atau hampir pupus dengan sekelompok kecil manusia (kebanyakannya dikawasan terpencil) melarat kepada tempoh hayat dan tahap kehidupan serupa seperti sebelum zaman pertengahan dan menyebabkan kemusnahan kekal kepada kehidupan paling rumit di planet, sistem ekologi Bumi, dan cuaca sejagat. Ia pada mod terakhir yang menyebabkan perperangan nuklear biasanya dikaitkan sebagai senario peranti hari kiamat.

Kategori ketiga, biasanya tidak dimasukkan dengan dua di atas, adalah perang nuklear tidak sengaja, dalam mana perang nuklear dimulakan tanpa sengaja. Senario yang mungkin bagi ini termasuk kerosakan peranti amaran awal dan komputer pensasar, deliberate malfeasance oleh komander tentera liar, kapal terbang terbabas memasuki ruang udara musuh, reaksi kepada ujian peluru berpandu yang tidak diumumkan semasa ketegangan diplomatik, tindak balas kepada latihan ketenteraan, salah terjemah atau salah faham dalam hubungan perutusan, dan lain-lainnya. Sejumlah senario ini pernah berlaku semasa Perang Dingin, sungguhpun tiada antaranya yang mencetuskan pertukaran nuklear.[1] Kebanyakan senario sedemikian telah digambarkan dalam budaya popular senjata nuklear, seperti novel Fail-Safe 1962 (diterbitkan sebagai wayang pada tahun 1964) dan wayang Dr. Strangelove or: How I Learned to Stop Worrying and Love the Bomb, juga dibebaskan pada tahun 1964.

Sejarah sunting

 
Letupan di Nagasaki, Jepun.

Amerika Syarikat merupakan satu-satunya negara yang pernah menggunakan senjata nuklear semasa peperangan, bekerjasama dengan United Kingdom dan menggunakan dua bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada 1945.

Selepas pengeboman Jepun, ia tidak jelas apakah status bom atom kepada hubungan antarabangsa atau tindakan ketenteraan. Ia dipercayai bahawa senjata atom mampu mengimbangi kelebihan kuasa yang dimiliki Soviet Union di Eropah Timur, dan kemungkinannya boleh digunakan bagi menekan pemimpin Soviet Joseph Stalin bagi konsasi. Sungguhpun Stalin bimbangkan bom atom, dia turut membangunkan keupayaan atomnya sepantas mungkin. Pihak Rusia percaya bahawa Amerika tidak mungkin memulakan perang dunia lain dengan simpanan nuklear terhad mereka dan Amerika sendiri tidak yakin mampu menahan Soviet daripada merampas Eropah walaupun dengan penggunaan bom atom. Dengan itu, ia tidak menjadi cip perbincangan sekuat yang diharapkan oleh Amerika.

 
Simpanan nuklear A.S dan Soviet.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting