Peranti masukan

persisian untuk memberikan data dan isyarat kepada sesuatu sistem pemprosesan maklumat

Dalam pengkomputan, peranti masukan atau peranti input ialah suatu perkakasan yang digunakan untuk memberikan data dan isyarat kawalan kepada sesebuah sistem pemprosesan maklumat seperti komputer atau peralatan maklumat. Contoh-contoh peranti masukan termasuklah papan kekunci, tetikus, pengimbas, kamera, kayu ria, dan mikrofon.


Peranti masukan boleh dikategorikan berdasarkan:

  • Modaliti masukan (mis. gerakan mekanikal, audio, visual, dll.)
  • Sama ada masukan itu adalah diskrit (mis. menekan kekunci) atau berterusan (mis. kedudukan tetikus, walaupun didigitan menjadi kuantiti diskrit, cukup pantas untuk dianggap berterusan)
  • Bilangan darjah kebebasan yang terlibat (mis. tetikus tradisional dwi-dimensi, atau navigator tri-dimensi yang direka untuk aplikasi CAD)


Senarai di bawah meringkaskan jenis-jenis peranti masukan yang telah disebut dan juga peranti lain yang berkaitan:

Lihat juga sunting