Perarakan Hijau (Bahasa Arab: المسيرة الخضراء‎, translit. al-masīratul khaḍrā', Bahasa Sepanyol: Marcha Verde[3]) merupakan suatu demonstrasi strategik yang berlaku pada November 1975 diselaraskan kerajaan Maghribi pimpinan Raja Hassan II bagi memaksa Sepanyol menyerahkan wilayah autonomi metropolitan dalam kawasan Barat Sahara yang dipertikaikan kepada Maghribi. Warna hijau yang diberi kepada nama perarakan bertujuan mengaitkan perjuangan Islam yang dilambangkan warna itu kepada pihak Maghribi.

Konflik Maghribi-Sepanyol
{{{alt}}}

Anak panah hijau: tunjuk perasaan pada 7 November
Anak panah merah: ketibaan tentera Maghribi pada 31 Oktober
Tarikh 6 November 1975
Lokasi Sahara Sepanyol
Hasil Perjanjian Madrid
Casus belli Penaklukan kawasan Sahara oleh pihak Maghribi
Perubahan
wilayah
Sepanyol meninggalkan kawasan Sahara
Pihak yang terlibat
 Sepanyol  Maghribi

International support

Komandan
Juan Carlos de Borbón Hasan II
Satuan terlibat
Units of Nomadic Troops

Light cavalry groups of the Third and Fourth Thirds of the Legion [2] Expeditionary battalion of the Canary Infantry Regiment 50

Tentera Maghribi
Kekuatan
5000 org askar legion 350,000 orang awam
25,000 orang askar

Kira-kira 350,000 orang rakyat Maghribi tidak bersenjata[4] berkumpul di bandar selatan Tarfaya di Maghribi dan menunggu isyarat daripada baginda untuk menyeberang masuk ke dalam Sahara Barat - sambil membawa bendera Maghribi, sepanduk-sepanduk yang mendesak "Sahara Maghribi dikembalikan," gambar-gambar Raja Maghribi dan Qur'an; Apabila perarakan menghampiri sempadan anggota tentera Sepanyol telah diarahkan untuk tidak melepaskan tembakan bagi mengelakan pertumpahan darah.

Artikel ini merupakan sebahagian dari siri-siri:
Sejarah Sahara Barat
Wi-map.png
Sahara Barat

Latar belakang sejarah

Perang Sahara Barat · Sejarah Maghribi · Sahara Sepanyol · Republik Demokratik Arab Sahrawi · Maghribi Sepanyol · Perang penjajahab di Maghribi · Tentera Pembebasan Maghribi · Perang Ifni · ICJ Advisory Opinion · PBB di Sahara Sepanyol · Perjanjian Madrid · Perarakan Hijau · Berm (Sahara Barat) · Hak Asasi Manusia di Sahara Barat

Kawasan-kawasan pertikaian

Saguia el-Hamra · Río de Oro · Wilayah-wilayah Selatan · Zon Bebas

Politik

Status sah Sahara Barat · Politik di Maghribi · Politik di RDAS · Barisan Polisario · Bekas ahli Barisan Polisario · CORCAS · Inisiatif Maghribi untuk Sahara Barat

Pemberontakan

Tentera Pembebasan Maghribi · Harakat Tahrir · Barisan Polisario · Intifada Zemla · Intifada Kemerdekaan

Penglibatan PBB

Resolusi 1495 · Resolusi 1754 · Misi lawatan PBB · MINURSO · Pelan Penyelesaian · Perjanjian Houston · Rancangan Baker · Rundingan Manhasset

Latar belakangSunting

Maghribi, yang terletak di utara Sahara Sepanyol, telah lama menuntut kawasan ini yang dari segi sejarahnya merupakan sebahagian daripada Maghribi. Mauritania, yang terletak di selatan telah mempertikaikan tuntutan Maghribi dengan mendakwa kawasan ini secara terang-terangan merupakan sebahagian dari Mauritania. Sejak 1973, puak Sahrawi sering berperang gerilya yang diketuai oleh Polisario yang disokong oleh Algeria telah mencabar kekuasaan Sepanyol, dan pada Oktober 1975 Sepanyol secara senyap-senyap telah memulakan rundingan untuk menyerah kuasa kepada pemimpin pergerakan pemisah, kedua-duanya di El Aaiún, dengan Menteri Luar Sepanyol Pedro Cortina y Mauri berjumpa dengan El Ouali di Algiers.[5]

Maghribi bermaksud mewajarkan tuntutan mereka dengan menuntut keputusan dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (MKA). MKA menyatakan bahawa terdapat ikatan taat setia yang sah pada masa lepas di antara "beberapa, tetapi hanya beberapa" puak-puak Sahrawi dan Kesultanan Maghribi, dan juga ikatan-ikatan lain termasuk beberapa kebenaran berkaitan tanah di antara Mauritania dan puak-puak Sahrawi yang lain. [1] Walaubagimanapun, MKA juga menyatakan bahawa tiada perjanjian ikatan kedaulatan wilayah di antara Sahara Sepanyol dengan Maghribi, atau Mauritania, telah dibuat pada masa penjajahan Sepanyol; dan perhubungan ini tidak cukup kuat bagi menyokong tuntutan mana-mana negara bagi pendudukan di Sahara Sepanyol. Sebaliknya, MKA mengemukan alasan bahawa penduduk asli iaitu puak Sahrawi merupakan pemilik wiliyah ini, oleh itu memiliki hak untuk menentukan pentadbiran sendiri. Ini bermakna, tidak kira apa penyelesaian politik yang dicapai berkaitan persoalan kedaulatan (penggabungan dengan Sepanyol, Maghribi, Mauritania, pemisahan atau kemerdekaaan), ia seharusnya mendapat kelulusan yang amat jelas daripada penduduk di wilayah ini. Merumitkan keadaan, Misi lawatan PBB telah memutuskan pada 15 Oktober, sehari sebelum keputusan MKA dikeluarkan, sokongan puak Sahrawi bagi mendapatkan kemerdekaan adalah "sangat besar".

Bagaimanapun, Raja Hassan II telah mengemukan rujukan kepada ikatan taat setia antara Maghribi-Sahrawi yang lalu bagi mewajarkan kedudukan baginda, tanpa menjelaskan kepada orang ramai akan keputusan mahkamah bagi penentuan nasib sendiri. (sehingga, tujuh tahun kemudian, apabila baginda secara rasminya telah bersetuju akan satu referendum di hadapan Pertubuhan Kesatuan Afrika). Beberapa jam selepas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa dikeluarkan, baginda telah mengumumkan akan mengatur satu "perarakan hijau" ke Sahara Sepanyol, bagi "menyatu kembali wilayah ini dengan tanahairnya".

Susur kejadianSunting

Bagi menjaga kawasan dan menghalang kemungkinan serangan balas dari Algeria, Tentera Darat Maghribi telah memasuki kawasan timur laut di mana berlaku tentangan sekali sekala daripada Polisario, sebuah pergerakan kemerdekaan yang berusia 2 tahun.[6]

KesanSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b Boukhari 2004.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Meneses tidak disediakan
  3. ^ "Cursiva y redonda. Guía de estilo. Versión 1.1" (PDF) (dalam bahasa Sepanyol) (ed. 1.1.). Fundéu BBVA. Dicapai pada 24 Oktober 2010. Se escriben en cursiva los movimientos populares y sus seguidores. [...] “Aprovechando la crítica salud de Franco, el rey Hassan II de Marruecos ordenó la marcha verde...”
  4. ^ (Perancis) Hassan II lance la Marche verte :: Jeune Afrique
  5. ^ Jacob Mundy, "Neutrality or Complicity? The United States and the 1975 Moroccan takeover of the Spanish Sahara, ms. 283; in Journal of North African Studies, Volume 11, No. 3 (Routledge/Taylor & Francis Publishing, September 2006)
  6. ^ Bagaimana A.S dan Maghribi merampas Sahara Sepanyol, oleh Jacob Mundy

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting