Perarakan Magi (Bahasa Sepanyol: Cabalgata de Reyes Magos; bahasa Catalonia: La Cavalcada de Reis; bahasa Galicia: A Cabalgata dos Reis Magos; bahasa Basque: Errege magoen desfilea) merupakan sebuah perarakan kereta berhias yang membawa orang-orang pandai yang boleh dikatakan berlangsung di seluruh bandar dan kampung di Sepanyol, Andorra dan Argentina, di beberapa bandar dan pekan di Mexico dan Gibraltar. Magi (di mana dalam kepercayaan tradisi menyatakan terdapat tiga: Melchior, Gaspar, and Baltasar) kenderaan yang akan menyusuri jalan, sebagaimana pembantu mereka (kedua-dua orang lelaki dan perempuan) akan mengumpulkan surat yang ditulis oleh kanak-kanak kepada raja-raja di samping memberikan gula-gula kepada kanak-kanak. Kebiasaannya, perarakan ini membabitkan penari, pemuzik, dan orang suruhan, termasuk pembantu-pembantu kepada raja yang lain.

Cavalcade di Madrid
Malam Magi di Madrid

Perarakan pertama di Sepanyol telah didokumenkan di Barcelona sejak tahun 1855 dan perarakan paling lama bertahan berlaku di Alcoi, di wilayah Valencia di mana ia telah disambut secara berterusan sejak 1866.

Ia disambut setiap 5 Januari (sehari sebelum pesta Epiphany) pada waktu petang. Di Sepanyol, kanak-kanak akan pulang ke rumah dan tidur awal selepas menyambut raja-raja di perarakan di pekan. Mereka akan membersihkan dan menanggalkan kasut mereka. Pada keesokan paginya, hadiah-hadiah daripada Magi yang telah mereka minta dalam sepucuk surat akan dicari di dalam dan di sekeliling kasut mereka. Kebiasaanya, keratan kertas juga digunakan untuk menghiasi perkarangan jalan manakala biskut dan minuman brandi atau minuman lain akan diberikan oleh kanak-kanak kepada raja-raja agar mereka dapat berehat dan bersuka-suka sebentar sebelum bergerak ke rumah sebelah dan sebaldi air akan diberikan untuk unta mereka. Menurut tradisi ini, kanak-kanak yang berkelakuan nakal pada tahun lepas akan mendapat arang batu berbanding gula-gula walaupun (seperti dalam kes Santa Claus) ini bukanlah perkara yang kerap berlaku. Mereka mungkin akan diberikan gula-gula arang batu.

Perarakan terbaik Madrid disiarkan secara langsung di TVE 1 (siaran utama nasional Sepanyol) pada setiap tahun manakala saluran televisyen serantau menyiarkan perarakan mereka yang tersendiri. Perarakan Alcoi merupakan perarakan tertua di dunia dan merupakan tarikan utama pelancongan antarabangsa di Sepanyol. Pekan-pekan kecil dan kampung-kampung menyambut perarakan dengan peralatan tradisional di mana sebahagiannya melibatkan orang Rom, pengembala dan unta manakala di tempat lain, ia telah dimodenkan dengan traktor dan kereta mewah walaupun kebanyakan perarakan masih berlangsung dengan berjalan kaki dan beberapa kereta berhias.

Di Poland, perarakan pertama berlaku pada tahun 2008 di Warsaw. Pada tahun 2016, perarakan ini berlangsung di lebih daripada 450 bandar di Poland.

Rujukan sunting

  Rencana ini memuatkan teks dari suatu penerbitan yang kini berada dalam domain awamHerbermann, Charles, penyunting (1913). "nama rencana diperlukan". Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton. Cite has empty unknown parameters: |HIDE_PARAMETER20= dan |coauthors= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)