Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan atau ringkasnya PKINK ditubuhkan pada tahun 1966 di bawah Enakmen Negeri No.10. PKINK mula beroperasi pada 10 November 1969. Pengerusi PKINK yang pertama ialah YAB Dato' Hj Mohd Asri Bin Muda. Menteri Besar Kelantan merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah PKINK. Jawatan tersebut kini dipegang oleh YAB Ustaz Dato' Haji Ahmad Bin Yakob.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN
LOGO PKINK
Intisari agensi
Dibentuk17 Oktober 1966; 57 tahun yang lalu (1966-10-17)
Laman sesawang
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan

Misi PKINK sunting

Sebuah badan korporat yang bertanggungjawab dalam menerajui pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Negeri Kelantan, berlandaskan prinsip - prinsip Islam, untuk kesejahteraan Ummah.

Peranan PKINK sunting

  • Pembangunan sosio-ekonomi keseluruhan
  • Mempelopori industri berpotensi
  • Menjana harta korporat
  • Mewujudkan Masyarakat Perdagangan & Perindustrian Bumiputera
  • Memegang teguh nilai dan prinsip Islam

PKINK memberikan tumpuan kepada dua aspek yang utama, iaitu :

Pembangunan sosio ekonomi

  • Pembangunan infrastruktur asas dan ameniti
  • Pembinaan serta mengadakan rumah kos rendah dan kemudahan komersil
  • Latihan dan penempatan
  • Penwujudan peluang pekerjaan

Pembangunan industri dan komersil

  • Pembangunan dalam kemudahan perindustrian
  • Pelaburan dalam bidang komersil melalui
  • Pelaburan sendiri
  • Usahasama dan pengabungan strategik
  • Penswastaan

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting