Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) ialah sebuah badan di Pahang. PKNP ditubuhkan pada 27 Disember 1965 melalui Enakmen LKNP Bil. 12/65 dengan tanggungjawab utamanya bagi meningkat, mendorong, memberi kemudahan serta menjalankan usaha-usaha pembangunan ekonomi dan sosial negeri terutamanya di kawasan luar bandar.

Ahli Perbadanan PKNP sunting

Bilangan Nama Kedudukan
1 YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin haji Wan Ismail, SSAP, SIMP, DIMP, SMP, AMP Menteri Besar Pahang
2 YB Dato' Sri Dr haji Salehuddin bin haji Ishak., SSAP., SIMP., DIMP., JSM, PJK Setiausaha Kerajaan Pahang
3 YB Dato' Sri haji Shamsul Bahri bin haji Ibrahim, SSAP, DSAP, AMP Penasihat Undang-undang negeri Pahang
4 YH Dato' Indera Nadzri bin Abu Bakar, SIMP, DSAP, DIMP, SMP Pegawai Kewangan negeri Pahang
5 YH Dato' Haji Fadzillar bin Salleh, DSAP., DIMP.,SMP., AAP Pengarah Pejabat Tanah dan Galian negeri Pahang
6 YH Dato' Sri Kamaruddin bin Mohammed, SSAP, ]]DSAP]], DIMP]] Perlantikan Melalui Seksyen 4(1)(E) Enakmen PKNP (Pindaan 1990)
7 Encik Ahmad Suhaimi bin Endut Setiausaha Bahagian Pengurusan Aset Awam, Kementerian Kewangan Malaysia
8 YH Dato' Wan Asmadi bin Wan Ahmad, (DIMP) Perlantikan Melalui Seksyen 4(1) (e) Enakmen PKNP (Pindaan 1990)
9 Puan Rosmayuzi binti Musa () Timbalan Pengarah Bahagian Pertanian Unit Perancang Ekonomi (JPM)
10 YH Dato' Mohd Asrul Aruwan bin Abdull Aziz, DIMP Pengarah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Pahang
11 Encik Mohd Faizal bin Jaafar, SMP, AMP Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PKNP
12
13
14
15
16

Sektor tumpuan sunting

Peranan dan aktiviti utama PKNP dan Kumpulan adalah tertumpu kepada sektor-sektor berikut:

  • Pembangunan Industri
  • Pembangunan Hartanah
  • Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru dan Bandar Baru
  • Pelaburan
  • Pembangunan Usahawan Bumiputera

Piagam pelanggan sunting

PKNP berjanji akan

  • Memberikan maklumbalas serta merta terhadap semua aduan pelanggan.
  • Memberikan maklumbalas kelulusan permohonan tapak industri dalam tempoh selewat-lewatnya tujuh hari dari tarikh permohonan diterima.
  • Membuat tawaran jualan kedai/rumah serta merta kepada pemohon yang mengemukakan dokumen yang lengkap.
  • Mengeluarkan serta merta surat tawaran sewaan bagi premis-premis yang tersedia untuk disewa kepada pemohon yang berkelayakan dan mengemukakan dokumen yang lengkap.
  • Menyediakan maklumat dan rujukan terkini mengenai perniagaan dan keusahawanan Bumiputera.
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dan berintegriti semasa memberikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan PKNP.


PKNP telah memperolehi pengiktirafan MS ISO 9001:2008 sunting

Kronologi:

Tahun Mula Perlaksanaan 1997
Tahun Memperolehi Pensijilan ISO 9002 1994 7 Disember 1998
Tahun Menaiktaraf SPK Berasas ISO 9001:2000 7 Disember 2001
Tahun Menaiktaraf SPK Berasas ISO 9001:2008 2 November 2009
Tarikh Akhir Sah ISO 6 Disember 2013

SPK PKNP berasaskan ISO 9001:2015 pada 9 Julai 2018. SPK PKNP telah diperluaskan skopnya mencakupi keseluruhan aktiviti organisasi termasuk fungsi pemantauan pelaburan dan perkhidmatan korporat.

Skop Pensijilan ISO 9001:2008 sunting

Pentadbiran dan pengendalian bagi yang berikut:

  • Pembangunan dan promosi industri
  • Pembangunan projek komersial
  • Pembangunan projek sosioekonomi
  • Pembangunan keusahawanan bumiputera
  • Pemantauan pelaburan, dan
  • Perkhidmatan korporat.

Objektif kualiti sunting

"Memenuhi keperluan dan harapan pelanggan"

Pautan luar sunting