Perbadanan Menteri Besar Kelantan

....PMBK....atau.... Perbadanan Menteri Besar Kelantan.... merupakan sebuah agensi korporat dan peneraju pelaburan strategik kerajaan negeri Kelantan yang berprestasi tinggi dan berwibawa. Ia berperanan untuk mengambil alih, memegang dan membangunkan aset strategik bagi pihak kerajaan negeri.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Jenis/bentuk sahSyarikat berkaitan kerajaan
Ditubuhkan1950; 74 tahun yang lalu (1950)
Ibu pejabatPerbadanan Menteri Besar Kelantan

Tingkat 6, Bangunan PMBK, Jalan Kuala Krai

15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Tokoh penting
  • YAB DATO’ BENTARA KANAN

USTAZ DATO’ HJ. AHMAD HJ. YAKOB (Pengerusi)

  • YABRS. TN. HJ. ABDUL RASHID BIN MOHD. YUSOFF (Ketua Pegawai Eksekutif)
PemilikDewan Undangan Negeri Kelantan
Anak syarikatPMBK didokong oleh 11 buah anak syarikat, antaranya (PMBK Sawit Sdn. Bhd.), (PMBK Development Sdn. Bhd.), (PMBK Az-zahab Sdn. Bhd.), (Kifaalah Sdn. Bhd.), (Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd.), (Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd.), Air Kelantan Sdn. Bhd., (Majaari Services Sdn. Bhd.), (Sihhat-Afiat Sdn. Bhd.), (Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd dan Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn. Bhd.)
Tapak webwww.pmbk.gov.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dalam menjalankan amanah dan tanggung-jawab, PMBK mempunyai kumpulan yang ditubuhkan dalam pelbagai sektor demi memajukan ekonomi negeri Kelantan. Antaranya di dalam sektor perladangan, pertanian, bioteknologi, latihan, pembangunan infrastruktur, perbandaran, perniagaan dan juga kebajikan rakyat di negeri ini.

Berteraskan perkhidmatan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan dalam sistem pengurusan dan melaksanakan tanggungjawab serta memainkan peranan sebagai agensi yang boleh dicontohi dengan memberikan perkhidmatan professional dan cemerlang kepada pihak berkepentingan dalam PMBK.

Selaras dengan moto, “Untung Dunia, Untung Akhirat” secara jelas meletakkan konsep takwa dalam setiap perancangan strategik PMBK bagi memastikan produk dan perkhidmatan yang gemilang demi keselesaan rakyat negeri Kelantan.