Perbadanan Pembangunan Halal

Perbadanan Pembangunan Halal (Inggeris: Halal Development Corporation) ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk memastikan pembangunan bersepadu industri halal nasional[1][2][3][4][5] HDC memberi tumpuan kepada pembangunan piawaian halal; penjenamaan dan promosi; dan pembangunan komersial produk dan perkhidmatan halal.[1][3][6]

Perbadanan Pembangunan Halal
Syarikat berkaitan kerajaan
Ditubuhkan18 September 2006; 14 tahun yang lalu (2006-09-18)
Ibu pejabat5.02, Tingkat 5, Wisma KPMG, First Avenue, Persiaran Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Perancang utama
Dato’ Mahmud Abbas, Pengerusi
Hairol Ariffein Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif
IndukMenteri Kewangan Diperbadankan
Laman sesawangwww.hdcglobal.com

SejarahSunting

HDC ditubuhkan pada 18 September 2006[7][8] sebagai pertubuhan khusus yang memberi tumpuan kepada misi utama untuk merealisasikan visi Malaysia untuk menjadi hab Halal Global[9] dan meningkatkan halal sebagai pilihan standard.[10] HDC adalah perbadanan pembangunan industri halal yang disokong Kerajaan yang pertama di dunia untuk menyelaraskan pembangunan komprehensif industri halal.[11]

HDC mengambil alih urusan pentadbiran berkaitan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) "dalam usaha bagi menempatkan urusan halal sepenuhnya di dalam satu agensi pusat pada 2008 ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia."[12] Bagaimanapun, ia telah dikembalikan semula kepada JAKIM pada tahun 2009 lalu.

Pada April 2011, HDC memulakan kerjasama bersama JAKIM, di mana HDC melatih dan berunding dengan perusahaan kecil dan sederhana supaya perusahaan boleh memohon sijil halal dari JAKIM.[13]

Dana ini bertujuan untuk membangunkan industri halal dan usahawan Bumiputera di Malaysia untuk pasaran antarabangsa.[14][15] Dana ini bertujuan untuk membangunkan industri halal dan usahawan Bumiputera di Malaysia untuk pasaran antarabangsa.[15] HDC menyediakan senarai syarikat-syarikat patuh halal yang telah dipantau untuk dana.[14]

Pihak Berkuasa Zon Bebas Lapangan Terbang Dubai (DAFZA) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan HDC. Perkongsian strategik itu telah ditandatangani di ibu pejabat DAFZA, dengan Dr. Mohammed Al Zarooni, Ketua Pengarah DAFZA, dan Dato' Seri Jamil Bidin, Ketua Pegawai Eksekutif HDC, sebagai penandatangan. Di bawah terma-terma MoU tersebut, DAZFA akan bekerjasama dengan HDC untuk membangunkan infrastruktur pematuhan halal di Dubai untuk mencapai objektif perniagaan yang saling menguntungkan, mengarahkan dan membantu proses pembangunan halal di kalangan semua pemegang kepentingan, menyokong pelaburan antara UAE dan Malaysia, dan memudahkan penyertaan dan pertumbuhan syarikat-syarikat yang terlibat dalam perdagangan halal melalui rangkaian hab ke hab.[16]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b "PM TO ANNOUNCE INCENTIVES FOR HALAL INDUSTRY". Bernama Daily Malaysian News. 11 May 2008.
  2. ^ "CHINA, RUSSIA AND INDIA WANT TO SHARE MALAYSIA'S EXPERTISE ON HALAL INDUSTRY". Bernama Daily Malaysian News. 10 March 2013.
  3. ^ a b Rosalynn Poh (March 2, 2009). "City & Country: 'Growing slowly but surely'". The Edge Malaysia.
  4. ^ "Oman, Malaysia Sign Accord to Cooperate in Halal Industry". Muscat Daily. 30 April 2012. Dicapai pada 12 May 2014.
  5. ^ "Malaysia signs deal with Chinese region on halal products". Agence France Presse. 8 May 2007.
  6. ^ "GLOBAL EXPANSION HOPE FOR M'SIA'S HALAL CERTIFICATION STANDARD". Organisation of Asia-Pacific News Agencies. 5 May 2008.
  7. ^ "IVIS Group delivers an integrated Halal Knowledge Centre Portal for Halal Development Corporation". ivis Group. Dicapai pada 13 May 2014.
  8. ^ "OIC Final declaration shows Leaders' will to protect Islam". OIC Today. Dicapai pada 2 June 2014.
  9. ^ "The World Halal Forum 2007" (PDF). The World Halal Forum Org. 19 December 2006. Dicapai pada 2 June 2014.
  10. ^ "The Halal Journal". KasehDia. Dicapai pada 2 June 2014.
  11. ^ "Opening Speech, Yang Berhormat Dato' Sri Mustapa Mohamed - Minister Of International Trade & Industry At The Official Opening Of The World Halal Week 2013". MATRADE. 3 April 2013. Dicapai pada 13 May 2014.
  12. ^ Zalina Zakaria (2008). "Tapping into the World Halal Market: Some discussions on Malaysian laws and standards" (PDF). 16. Shariah Journal. Dicapai pada 13 May 2014. Petikan journal memerlukan |journal= (bantuan)
  13. ^ "HALAL INDUSTRY DEVELOPMENT CORP INKS MoU WITH JAKIM TO GUIDE SMEs". Bernama Daily Malaysian News. 19 April 2011.
  14. ^ a b "Halal products exports growth on uptrend, says Mustapa". Borneo Post. 19 October 2013. Dicapai pada 13 May 2014.
  15. ^ a b "Morocco's legislative moves can only bring the country so far". Islamic Finance News. December 2013. Dicapai pada 13 May 2014.
  16. ^ "DAFZA signs cooperative agreement with Malaysia's Halal Industry Development Corp". Thompson Reuters, Zawya. 24 January 2016. Dicapai pada 27 January 2016.

Pautan luarSunting