Perbadanan cangkerang

syarikat dengan sedikit, jika ada, aset atau operasi sebenar

Perbadanan cangkerang (bahasa Inggeris: shell corporation) adalah syarikat atau perbadanan yang hanya wujud secara catatan hitam putih tanpa pejabat dan kakitangan tetapi mungkin memegang akaun bank atau pelaburan pasif atau menjadi pemilik aset berdaftar seperti harta intelek atau kapal. Perbadanan ini boleh berfungsi sebagai wahana urus niaga tanpa perlunya aset atau operasi yang signifikan. Kadangkalanya, syarikat ini digunakan untuk tujuan pengelakan dan penghindaran cukai serta pelaburan wang haram atau untuk mencapai tujuan tertentu tanpa perlu dikesan.

Syarikat-syarikat cangkerang sering ditempatkan di negara yang juga boleh menempatkan badan luar pesisir seperti Ireland, Liechtenstein, Luxemburg, Switzerland, Isle of Man, dan Kepulauan Channel termasuk Guernsey dan Jersey di Eropah, Bahama, Barbados, Bermuda, Kepulauan Cayman, dan Kepulauan Virgin di Caribbean, Panama di Amerika Tengah, dan Hong Kong dan Singapura di Asia. Syarikat-syarikat jenis ini biasanya ditawarkan oleh firma undang-undang yang berpusat di negara-negara tersebut.[1] Proses penubuhan syarikat ini kadang-kadang dapat dilakukan dengan cepat dalam talian.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "About the Panama Papers". Sueddeutsche Zeitung. Süddeutsche Zeitung. Dicapai pada 2018-06-10.
  2. ^ "Setting up your own tax haven shell company takes 10 minutes". triple j (dalam bahasa Inggeris). Australian Broadcasting Corporation. 2016-04-04. Dicapai pada 9 Jun 2018.