Perbezaan antara bahasa Melayu Baku dan bahasa Indonesia

rencana senarai Wikimedia

Bahasa Melayu merupakan loghat utama dalam bahasa Indonesia yang dipergunakan oleh bangsa Indonesia, begitu pula dengan bahasa Melayu di Malaysia, Brunei dan Singapura. Penamaan bahasa Melayu di Indonesia dengan nama bahasa Indonesia bermula daripada Sumpah Pemuda tanggal 28 Oktober 1928 sebagai bentuk persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia yang memiliki khazanah budaya dan bahasa serta status. Bahasa Indonesia dirasmikan menjadi bahasa negara pada kemerdekaan negara Republik Indonesia pada tahun 1945.

Penghantar sunting

Tidak dapat dibezakan secara keterlaluan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia dengan alasan bahawa bahasa Melayu yang diguna pakai sebagai bahasa kebangsaan Indonesia iaitu bahasa Melayu yang dipertuturkan di negeri Riau (merupakan bahasa Melayu Tinggi atau bahasa Melayu Standard atau bahasa Melayu Piawai) dan telah ditemui bukti-bukti konkrit sejarah tentang asal-usul bahasa Melayu pada tulisan di batu tulis di daerah Sumatera Selatan dan Hulu Jambi. Kecuali dengan pernyataan yang lebih khusus mengenai perbezaan ini, barulah boleh dengan nyata perbezaan ini boleh diserlahkan. Sebagai contoh, perbezaan bahasa Indonesia dan bahasa Melayu Malaysia. Dua bahasa itu meskipun berakar daripada bahasa Melayu yang sama iaitu bahasa Melayu dari tanah Sumatera, mereka memiliki latar belakang sejarah dan perlakuan yang berbeza daripada segi tatabahasa, kedinamisan, dan kosakata.

Perbezaan itu secara garis besar dapat dipaparkan sebagai berikut:

  1. Dari latar belakang penjajahan asing boleh dikatakan bahawa bahasa Indonesia lebih meminjam bahasa Belanda sedangkan bahasa Melayu Malaysia lebih meminjam bahasa Inggeris.
  2. Dari segi perlakuan, kedua-dua bahasa tersebut diperlakukan sesuai dengan kebijakan kebahasaan di negara masing-masing, namun ada perhimpunan yang mengatur bahasa Melayu yang dipanggil dengan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM).

Perbezaan yang penting antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia sunting

Bahasa Indonesia berbeza daripada bahasa Melayu khususnya di Malaysia kerana mempunyai perkataan yang berasal daripada Jawa dan Belanda meskipun bahasa Indonesia didasarkan dan didominasi dari bahasa Melayu Riau. Contohnya "pejabat pos" dikenali sebagai "kantor pos" di Indonesia. Perkataan ini berasal daripada perkataan Belanda kantoor untuk "pejabat". Ketika zaman penjajahan, bahasa Indonesia menggunakan "oe" untuk bunyi "u", sama seperti bahasa Belanda. Namun, setelah penaklukan Jepun, ejaan tersebut ditukar kepada "u". Begitu juga dengan bahasa Melayu. Sebelum 1972, bunyi "ch" dieja dengan "ch" dan bahasa Indonesia menggunakan "tj". Oleh itu, perkataan "cap" telah dieja sebagai "chap" dan "tjap" dalam Bahasa Indonesia. Selepas "Ejaan Yang Disempurnakan" diperkenalkan pada 1972, kedua-dua bahasa menggunakan ejaan yang sama, iaitu "cap". Contoh ejaan lain ialah "dj" (Indonesia) diganti dengan "j" seperti di Malaysia. Ada beberapa ejaan yang masih dikekalkan atas sebab sejarah, contohnya "wang" (Bahasa Melayu Malaysia) dan "uang" (Bahasa Indonesia).[1]

Cara sebutan juga berbeza dengan Indonesia dan Malaysia Timur bercakap dalam bahasa baku, iaitu perkataan-perkataan disebut seperti dalam ejaan.

Perbezaan kosa kata sunting

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Malaysia Bahasa Indonesia
March Mac (daripada Bahasa Inggeris) Maret (bahasa Belanda: Maart)
August Ogos Agustus (bahasa Belanda: Augustus)
because kerana/sebab karena
car kereta mobil, oto (kereta juga digunakan dengan penggunaan yang berbeza contohnya iaitu kereta gantung, kereta kuda, kereta angin, kereta dorong, kereta bogi, kereta jenazah, kereta api, dan sebagainya selain yang bermakna mobil atau oto)
chair kerusi kursi
challenge cabaran / tentangan/dugaan/ujian/

rintangan

tantangan (cabaran [kecabaran] juga digunakan dalam makna ketakutan)
cold sejuk dingin
cool dingin sejuk
disabled people orang kurang upaya (orang cacat) orang difabel (orang cacat)
head office ibu pejabat/ofis utama kantor pusat
hospital hospital ('rumah sakit' digunakan sebelum kemerdekaan Malaysia) rumah sakit (bahasa Belanda: ziekenhuis)
speak bercakap/bertutur/

berkata/berucap/ berbicara || berbicara (bercakap juga digunakan)

shop kedai/kios/ toko (kedai digunakan dalam erti warung)
ticket tiket karcis (bahasa Belanda: kaartje; tiket juga digunakan)
pharmacy farmasi apotek (bahasa Belanda: apotheek; farmasi juga digunakan [biasanya untuk yang bermakna apotek, ia didampingi dengan kata instalasi sebelum kata farmasi])
Monday Isnin Senin
restaurant restoran/warung/kedai makan rumah makan (restoran juga digunakan)
television televisyen televisi (bahasa Belanda: televisie)
tree pokok pohon
tree (counting) pohon (eg. tanam tiga pohon pokok) pohon
university universiti/menara gading universitas (bahasa Latin: universitas)
when bila kapan
zoo taman haiwan, zoo, ('kebun binatang' digunakan sebelum kemerdekaan Malaysia) [2] kebun binatang (bahasa Belanda: dierentuin)

Sama kata lain erti sunting

Selain perbezaan kosa kata, Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Indonesia juga berkongsi perkataan-perkataan yang sama tetapi berlainan maksudnya. Oleh sebab perkataan-perkataan berkenaan kerap digunakan dalam salah satu atau kedua-dua bahasa tersebut, maka mudah timbulnya salah faham.

Perkataan Bahasa Melayu Malaysia Bahasa Indonesia
ahli seseorang (yang tergolong dalam sebuah kumpulan)
(hanya sebagai kata tunggal),

pakar dalam sesuatu bidang
pakar dalam sesuatu bidang
akta undang-undang surat rasmi yang disahkan oleh suatu badan rasmi atau pemerintah
baja bahan untuk menyuburkan tumbuh-tumbuhan keluli, besi waja
banci perhitungan bilangan penduduk dsb. seorang homoseksual pondan
berbual bersembang berbohong, omong kosong
bercinta meluahkan rasa kasih sayang sesama sendiri bersetubuhan
biji pil, benih benih
bisa racun, toksik boleh, dapat; racun
bogel telanjang, langsung tidak berpakaian bugil, orang kerdil
bontot/buntut punggung ekor
budak kanak-kanak, orang muda hamba, abdi
butoh/butuh alat kelamin lelaki(lucah) perlu
comel cantik dan menarik, molek (ujaran bagi) seorang yang mulut tempayan (tidak boleh menyimpan rahsia); comel dalam erti cantik juga digunakan dalam bahasa daerah tertentu
email e-mel enamel gigi, surel (surat elektronik)
gampang anak luar nikah (kesat) senang; mudah
jabatan bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu kedudukan rasmi
jahat nakal durjana, penjenayah
jawatan kedudukan rasmi jawatan, pejabat pemerintah
jemput mengajak atau menyilakan datang memetik, mengajak atau menilakan datang
jeruk buah-buahan (sayur, telur, ikan, dll) yang telah dimasamkan (atau dimasinkan) oren, sitrun
jimat cermat (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu), hemat, tidak boros azimat
kacak tampan, segak, menarik (bagi lelaki) memegang kiri kanan pinggang dengan kedua-dua belah tangan (berkacak pinggang); segak
kakitangan pekerja, seorang yang diupah ahli kongsi gelap
karya hasil seni (karyawan=artists) work (karyawan= workers)
kerajaan mana-mana bentuk pentadbiran negeri/negara sistem kerajaan beraja; kerabat diraja
kereta motokar, kenderaan beroda empat yangg digerakkan dengan enjin pembakaran dalaman kereta api, kereta gantung, kereta kuda, kereta jenazah, kereta dorong dll; kendaraan beroda yang digerakkan dengan enjin atau tenaga makhluk hidup (kereta dalam erti mobil adalah tidak lazim dalam bahasa Indonesia selain dalam bahasa daerah tertentu)
khidmat servis, kerja dll utk memenuhi keperluan orang ramai dll memberi tumpuan sepenuhnya, khidmah = hormat
pajak gadai janji cukai
pantas laju, cepat layak, sesuai
pelan rancangan pembinaan atau pembangunan perlahan
pejabat tempat bekerja pegawai
pemerintah badan atau kumpulan orang yang mengendalikan pentadbiran sesuatu negara sistem menjalankan kuasa untuk mengatur kehidupan sosial, ekonomi, dan politik suatu negara (bahasa Malaysia : kerajaan)
pengacara juruacara, orang yg mengacarai sesuatu acara/majlis dll peguam bela
pengajian pendidikan pengajian al-Quran
percuma tidak dikenakan bayaran tidak berguna, sia-sia
pijat kutu; ralat pemprograman komputer urut
dari pijet (bahasa Jawa)
polis mata-mata, angkatan keselamatan sivil dasar (insuran dll.)
polisi dasar (insuran dll.) polis
pusing mengelilingi sesuatu tempat, bergerak dalam bulatan, berputar pening, keliru
pupuk menyemai (nilai murni dsb.) baja (juga bermaksud 'memelihara' dalam erti kata metafora)
tambang bayaran penggunaan pengangkutan awam lombong, tali
tandas jamban, tempat membuang air menjelaskan (sesuatu); menyelesaikan (sesuatu perkara) dengan tegas; jamban; tempat mandi di sungai
sulit rahsia; sukar sukar; pelik; langka

Sama kata tetapi huruf berbeza sunting

Inggeris Indonesia Melayu
bus bus bas
truck truk trak
different beda beza
taxi taksi teksi
mean arti erti
is yaitu,adalah iaitu
business bisnis bisnes
minute menit minit
answer jawaban jawapan
damage rusak rosak
healthy sehat sihat
official resmi rasmi
bridge jembatan jambatan
music musik muzik
position jabatan, lokasi,posisi jawatan
civil sipil sivil
sputum dahak kahak
animal hewan haiwan
try coba cuba
money uang wang
because karena kerana
account akun akaun

Rujukan sunting

Lihat juga sunting