Perbicaraan Bhagavad Gita di Rusia

Perbicaraan Bhagavad Gita di Rusia merujuk kepada perbicaraan edisi Rusia Bhagavad Gita Seperti Yang Ada yang bermula pada Jun 2011. Pendakwa di Tomsk, Rusia menuduh kitab suci Hindu Bhagavad Gita sebagai mempunyai pengajaran pelampau agama dan menggalakkan "perpecahan sosial" serta diskriminasi.[1] Pakar dari Tomsk State University menerbitkan sebuah buku yang mendakwa buku itu mirip kepada buku Adolf Hitler Mein Kampf dan kesusasteraan lain yang dilarang di Rusia. Oleh itu Rusia hendaklah mengharamkan percetakan, pemilikan dan pengedarannya. Perbicaraan ini dilihat sebagai cubaan Gereja Ortodoks Rusia dan FSB untuk menyekat aktiviti pengikut Hare Krishna.[1] Ia mencetuskan reaksi awam di India malah semua penganut agama Hindu di seluruh dunia.

Color image of Bhagavad Gita As It Is front cover
Bhagavad Gita Seperti Yang Ada yang asal. Hak cipta BBT.

Pada pendengaran yang pertama, hakim itu mendapati "penilaian pakar" itu masih tidak mencukupi. Oleh itu pendapat pakar dari Kemerovo State University diperlukan dan menangguhkan keputusan itu sehingga 28 Disember 2011.[2]

Pada pertengahan Disember 2011, perbicaraan itu mendapat kritikan dalam media India dan antarabangsa dan gelombang berikutan sokongan politik perlbagai parti di Parlimen India, memaksa pegawai-pegawai Rusia untuk menawarkan permohonan maaf.[3]

Pada 28 Disember, kes mahkamah ini ditolak oleh Hakim Persekutuan Galina Butenko.[4][5][6]

Latar belakangSunting

Bhagavad Gita adalah kitab suci Hindu dan terdapat pelbagai versi atau pemahaman .Versi Rusia ISKCON diasaskan oleh AC Bhaktivedanta Swami Prabhupada .Kitab versi ini dihormati oleh satu bilion penganut Hindu di seluruh dunia.Buku ini menjadi kitab utama atau rujukan para pengikut Hare Krishna .Ia mula-mula diterbitkan oleh 'Amanah Buku Bhaktivedanta' pada tahun 1968 dan telah diterjemahkan ke dalam 80 bahasa, dengan lebih 100 juta salinan yang diedarkan di seluruh dunia sehingga kini. Ia telah diedarkan kepada banyak pemimpin dunia , termasuk Perdana Menteri Britain David Cameron yang 'telah menyimpan salinan buku itu di pejabatnya.'. Duta Besar India ke Rusia Ajay Malhotra berpendapat bahawa terjemahan Prabhupada, Gita "adalah sebaik-baik makna dan pilihan untuk memahami ".

Kes MahkamahSunting

Kes mahkamah ini diusahakan oleh FSB dan Gereja Ortodoks Rusia sebagai usaha menyekat pergerakan Hare Krishna, minoriti agama di Rusia yang dilihat oleh Gereja sebagai suatu 'kultus pemusnah' yang pusatnya terletak di Tomsk.

Profesor pakar dari Tomsk State University berpendapat bahawa buku itu mengandungi ungkapan kebencian agama dan "jantina, bangsa, kewarganegaraan, dan bahasa" ,diskriminasi dan bahawa ajaran Krishna - Bhagavad Gita sangat "jahat dan tidak mematuhi pandangan agama Kristian".

Perbicaraan mahkamah pertama pada 12-30 Ogos 2011, oleh hakim persekutuan Galina Butenko.Penilaian awal mendapati bahawa Bhagavad Gita tidak mengandungi kenyataan pelampau . Hakim seterusnya menangguhkan perbicaraan seterusnya sehingga Disember 2011 dan mengarahkan penilaian baru buku oleh panel tiga orang profesor Kemerovo State University manun tiada seorang pun daripada mereka adalah pakar-pakar agama Hindu. keputusan telah digantung sehingga 28hb Disember, 2011.

ReaksiSunting

Parlimen India ( Lok Sabha ) telah ditangguhkan pada 19 Disember 2011. Mereka membantah terhadap permintaan bagi pengharaman Bhagavad Gita. Ahli Parlimen India marah dengan perbicaraan ini.

Perdana Menteri India mengarahkan pegawai kedutaan India di Moscow mengambil tindakan susulan kes itu dengan pihak berkuasa Rusia agar perbicaraan diselesaikan dengan baik. Menteri Luar India SM Krishna pada 20 Disember 2011 memberi reaksi terhadap Shri Bhartruhari Mahtab, Shri Mulayam Singh Yadav ji, Shri Sharad Yadav ji, Shri Lalu Prasad ji , Shri Hukumdev Narayan Yadav ji, Shri V. Aruna Kumar dan Dr. Prasanna Kumar Patasani. Beberapa ahli parlimen menyatakan kesedihan atas isu ini. Rakyat India berkongsi sentimen dalam isu ini.

Persatuan Antarabangsa bagi Kesedaran Krishna (ISKCON) telah berfungsi di Rusia sejak berdekad-dekad lamanya. ISKCON berhadapan dengan pelbagai masalah berkala dengan rakyat dan kerajaan Rusia.Cawangannya di Tomsk, Timur Siberia menerima notis pada bulan Jun 2011, aduan yang difailkan oleh Pejabat Pendakwa Raya di mahkamah tempatan. Beberapa individu di Tomsk tidak senang dengan aktiviti dan kehadiran mereka yang menonjol di situ.


Mahkamah telah bersetuju untuk mendapatkan pendapat Ombudsman Rusia berhubung hak asasi manusia di Tomsk , dan Indologists dari Moscow dan St Petersburg, yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang lebih tinggi tentang India. Duta Besar Rusia di India, Alexander Kadakin merupakan Indologist yang terkenal. Malah Duta Besar telah mengkritik episod ini. Katanya, Bhagavad-Gita adalah sumber kebijaksanaan untuk orang-orang India dan dunia. Beliau juga berkata bahawa Rusia adalah sebuah negara sekular dan demokratik di mana semua agama menikmati kesaksamaan dan keadilan.

Katanya , Bhagwad Gita bukan sekadar teks agama, ia adalah salah satu karya pemikiran orang India dan menerangkan tamadun jiwa yang hebat. Gita menjadi serangan propaganda murahan oleh orang yang jahil atau salah arah. Di Rusia sendiri, kita mempunyai banyak Indologists dan pakar-pakar yang memahami intipati Gita .Kami yakin bahawa rakan-rakan Rusia kita, yang memahami nilai-nilai ketamadunan dan sensitiviti budaya akan menyelesaikan perkara ini dengan sewajarnya.

Perbicaraan itu mencetuskan bantahan masyarakat di India. Di Kolkata, berpuluh-puluh pengikut ISKCON melaungkan dan tarian di hadapan Konsulat Rusia memegang salinan Gita Bhagavad .Pada 16 Disember 2011 ,mereka menghantar petisyen online agar menghentikan perbicaraan ini.Pada 20 Disember 2011 lebih daripada 35,000 mendaftar secara talian termasuk di Twitter.

Pengikut Hare Krishna dan masyarakat Hindu di Rusia melahirkan rasa takut berikutan perbicaraan ini.Ia boleh membawa kepada pengharaman pergerakan Hare Krishna. Perbicaraan ini dianggap sebagai "serangan ke atas kebebasan beragama dan memperkecilkan seluruh masyarakat Hindu.

Duta Rusia di India, Alexander M. Kadakin menyatakan bahawa "secara mutlak , saya tidak boleh menerima mana-mana kitab suci dibicarakan di mahkamah. Ayat-ayat di dalamnya adalah suci .... Adalah tidak normal apabila buku-buku agama dihantar untuk pemeriksaan oleh orang yang jahil. Penelitian akademik perlu dilakukan di forum, kongres, seminar, dan lain-lain tetapi tidak di mahkamah ". Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia rantau Tomsk Rusia juga mengutuk keras percubaan mengharamkan Gita .[7]



RujukanSunting

  1. ^ a b Abhai Maurya (22 Disember 2011). "Russians kick up an unholy row over holy book". Times of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-17. Dicapai pada 24 Disember 2011.
  2. ^ "Gita row: India talks to Russian authorities". The Statesman. 20 Disember 2011. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  3. ^ "Russia expresses sadness over Bhagwad Gita controversy". Sify. 20 Disember 2011. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  4. ^ "Russian court refuses to ban Gita: Report". NDTV. PTI. 28 Disember 2011. Dicapai pada 28 Disember 2011.
  5. ^ "Russian court rejects 'ban Gita' plea". IBNLive. 28 Disember 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-07. Dicapai pada 28 Disember 2011.
  6. ^ "Russian court rejects Gita ban". Hindustan Times. 29 Disember 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-10. Dicapai pada 28 Disember 2011.
  7. ^ "As Hindus rally, Russia court defers Gita verdict". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-15. Dicapai pada 2012-07-15.