Perbincangan:Tulisan Lontara

(Dilencongkan dari Perbincangan:Aksara Lontara)
Ulasan terkini: 16 tahun lalu oleh Kurniasan

Saya agak keliru tentang lontara ini. Terdapat sebuah kitab bugis yang dipanggil kitab Lontara. Kitab ini adalah kitab yang menjadi rujukan masyarakat bugis mengenai adat-istiadat dan juga hukum-hakam, kalau tak silap saya. Tetapi di internet, lontara digunakan untuk merujuk kepada huruf-huruf bugis. Mungkin abjad-abjad ini bukan dipanggil lontara, tetapi "aksara ugi". — Kurniasan 15:04, 6 Februari 2008 (UTC)Balas

Setahu saya, lontara ialah nama daun. Pada zaman dahulu, orang Melayu (dan yang seangkatan dengannya) menulis atas daun lontara, sebab itu manuskrip-manuskrip tersebut dipanggil manuskrip lontara.—Aviator, 15:51, 6 Februari 2008 (UTC)Balas
Ya, itu juga. Lontara merupakan nama daun. Kitab/manuskrip lontara itu diambil sempena nama daun tersebut. Lontara lebih kepada kitab saya rasa. Isi kandungannya adalah perkara-perkara mistik. Tambahan lagi, tidak ramai orang yang memilki kitab lontara ini dan dikatakan tidak sembarangan orang boleh memilikinya. Maklumat-maklumat ini amat susah untuk di jumpa di internet. Saya mendapat maklumat ini daripada datuk saya sendiri yang memiliki kitab lontara. Tetapi saya mempunyai masalah dalam memahami perkataan bugis, maka tidak dapat saya terangkan apa kandungan sebenarnya dan saya pun belum pernah membacanya. Ianyanya ditulis dalam aksara ugi. Adakah patut ditukarkan tajuk rencana ini kepada "Aksara ugi"? Atau tafsiran sebenar lontara belum cukup kukuh? — Kurniasan 16:15, 6 Februari 2008 (UTC)Balas
Nanti kalau ada masa saya semak balik. Saya rasa lebih sesuai dipindahkan kepada "tulisan Bugis". "Aksara ugi" itu nama dalam bahasa Bugis.—Aviator, 16:48, 6 Februari 2008 (UTC)Balas
Ya, aksara ugi itu dalam bahasa Bugis. Atau kekalkan rencana ini, cuma tukar isinya (memandangkan lontara juga mempunyai maksud tersendiri) dan buat satu halaman baru dengan tajuk "Tulisan Bugis". Di dalam artikel "Lontara" boleh nyatakan salah faham yang ia merujuk kepada tulisan bugis bagi memudahkan pengguna.—~kurnia~ 16:55, 6 Februari 2008 (UTC)Balas
Hmm. Nampaknya saya silap. Daun tadi ialah lontar, bukan lontara. Lontara bermaksud manuskrip yang ditulis atas daun lontar. Oleh itu, mana-mana kitab dalam tulisan Bugis boleh saja dipanggil lontara. Pada pendapat saya, lontara dan aksara ugi adalah sinonim sahaja.—Aviator, 17:22, 6 Februari 2008 (UTC)Balas

Lontar dan lontara adalah dua benda yang sama. "Lontara" adalah sebutan Bugis bagi "Lontar". Dan bukan semua kitab adalah lontar. Seperti yang saya cakapkan di atas, Lontara adalah kitab adat istiadat Bugis. Kitab "I La Galigo" tidak pula dipanggil lontara. Walaubagaimana, saya pun tidak pasti. Maklumat memang kurang. Masyarakat bugis mungkin masih lagi katak di bawah tempurung. Kalau adapun yang keluar, jumlahnya tidak banyak. Mungkin saya perlu kumpulkan maklumat lagi. Di seluruh dunia internet, lontara adalah tulisan bugis. Mungkin ia betul atau sebaliknya. Biarkan saja rencana ini, saya akan cuba pastikan maksud lontara dan panggilan untuk tulisan Bugis ini.— ~kurnia~ 17:38, 6 Februari 2008 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Tulisan Lontara".