Perbincangan:Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia)

Penjara Kamunting sunting

Salam, saya rasa perlu diketahui umum di Kamunting, tidak ada sebarang insitusi penjara, yang perlu diletakkan Kamunting dan diperbetulkan ialah Kem Tahanan Kamunting, dimana ia terletak di jalan Kamunting-Batu Kurau , dikalangan penduduk tempatan mengelarkan ia KEMTA Kamunting, tapi ini adalah tidak umum. Harap maklumat ini boleh membantu. Hafrul 17:18, 21 November 2007 (UTC)Balas

Bias sunting

Sebahagian besar daripada rencana ini menampakkan unsur berat sebelah dan berusaha untuk mempengaruhi pembaca menerima pandangan penulisnya. Rencana ini boleh dibaiki dengan rombakan besar-besaran dari segi penyampaiannya. Beberapa ayat yang ditulis atas dasar 'cakap-dengar' serta 'pendapat tanpa fakta' sebaiknya disisihkan agar lebih dapat dipertanggungjawabkan. cheguman 16:28, 6 Mei 2008 (UTC)Balas

Senarai nama tahanan sunting

Rasanya tidak perlu dimasukkan senarai nama yang telah ditahan di bawah ISA dalam rencana utama. Memandangkan telah ada rencana senarai sendiri seperti Penahanan ISA 2010 dan sebagainya, dan rencana versi Inggeris pun tidak menyenaraikannya, maka saya fikirkan adalah lebih sesuai maklumat ini dikeluarkan daripada rencana utama untuk mengurangkan semak. Rencana utama harusnya berfokuskan peri peti ISA sahaja. — アリステア 05:59, 19 September 2011 (UTC)

Saya setuju tidak perlu letak semua. Tapi jangan buang semua, paling kurang letak yg ternama (ada rencana sendiri). ...Aurora... (b) 08:01, 20 September 2011 (UTC)Balas

Saya lihat ia telahpun dilakukan. Terima kasih saudara Malekhanif. — アリステア 09:06, 22 September 2011 (UTC)Balas

lokap 60 hari bagi kes jenayah dimansuhkan tetapi kenapa kes dadah tidak dimansuhkan sunting

benarkah kes yang melibatkan penyalahgunaan dadah bagi pesalah akan ditahan dilokap selama 60 hari jika 3 orang saksi memberi maklumat walau jenayah ini dilakukan 2 tahun yg lalu dan pesalah mungkin telah insaf dan ingin memulakan kehidupan baru tetapi akibat dendam atau iri hati manusia oleh uat apa saja seperti menfitnah beliau sedangkan beliau tidak lagi melakukanya adakah adil dengan sistem ini dimalaysia macam mana dengan kehidupan beliau yang berkeluarga seperti tangungan sara kehidupan ,pendidikan anak2 dan pandangan masyarakat kepada beliau tanpa diadili terlebih dahulu (oleh ‎118.101.217.61)

Di sini bukanlah tempat yang sesuai kerana laman ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Jika anda merasakan difitnah, cara terbaik adalah menyaman pihak yang menfitnah dan membiarkan mahkamah membuat keputusan. Orang lain tidak mendengar hujah kedua pihak dengan itu tidak berada dalam kedudukan membuat apa-apa rumusan/keputusan. Yosri (bincang) 00:00, 22 Jun 2013 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia)".