Perbincangan:Bible

(Dilencongkan dari Perbincangan:Alkitab)
Latest comment: 13 tahun lalu by Meursault2004 in topic Senarai kitab-kitab dalam Alkitab

Alkitab atau kitab bible? sunting

saya rujuk kamus bible diterjemahkan sebagai kitab bible. niduzzi 10:38, 20 Oktober 2008 (UTC)Balas

Tetapi kami Kristian (terutamanya Orang Asli yang guna Bahasa Melayu untuk tujuan agama) panggil Alkitab. Saya berpendapat Dewan Bahasa dan Pustaka memang ada sikit kurang hormat pada agama kami kerana begitu suka menggunakan perkataan Bahasa Inggeris untuk istilah Kristian seperti "Jesus Christ" (sedangkan kami panggil "Yesus Kristus") bla bla bla bla bla! Untuk apa nak guna Bahasa Inggeris? Agama Kristian bukannya daripada Orang Inggeris tetapi daripada Orang Yahudi. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 10:45, 20 Oktober 2008 (UTC)Balas
Kalau macam itu, kita perlu hormat semua agama.—Aviator, 11:01, 20 Oktober 2008 (UTC)Balas
Rujuk perbincangan lepas di Perbincangan:Kitab Bible.—Aviator, 10:43, 20 Oktober 2008 (UTC)Balas

Senarai kitab-kitab dalam Alkitab sunting

Saya ingin tahu apakah nama-nama kitab di bahagian Senarai kitab-kitab dalam Alkitab itu memang nama-nama yang dipakai di Malaysia dan Singapura. Saya menduga bahawa nama-nama ini adalah nama-nama Indonesia. Meursault2004 (bincang) 21:10, 19 September 2009 (UTC)Balas

Ia memang nama yang digunapakai oleh Alkitab Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia moden. Bob K | Jom Sembang 02:37, 6 Mac 2010 (UTC)Balas

Begitukah? Saya tidak tahu sebelumnya. Meursault2004 (bincang) 00:06, 18 Mei 2010 (UTC)Balas

Pandangan sunting

Bagi pandangan saya, Alkitab seharusnya menggunakan bahasa asalnya yakni bahasa Yahudi sebagai medium utama penyampaian, hal ini kerana ia lebih baik untuk menggambarkan pendirian sebenar tentang maksud dan perkataan buku suci agama Kristian. Tetapi apa yang kita lihat pada hari ini, hampir 99% Alkitab didunia pada hari tidak menjadikan bahasa Yahudi sebagai tunjang utama dalam komentar dan pelaksanaan hukum. Ternyata, kesahihan Alkitab berada dalam keaadaan amat was-was tentang ketulenanannya.

Dalam dunia Islam, bahasa Arab telah digunakan segai tunjang dan asas bahasa dalam Al-Quran. Dan bahasa Arab digunapakai untuk mengeluarkan sebarang hukum dan mendalami maksud Al-Quran itu dengan sebenarnya. Terjemahan dalam bahasa lain selain Arab adalah dibolehkan, namun setiap terjemahan mestilah ditunjang kan dan dirujuk mengikut apa yang dikiaskan oleh Al-quran dalam bahasa Arab, hadis Nabi, Ijmak ulama, dan Qias. kerana itu, teks Al-Quran sukar dan tidak dapat sama sekali ditandingi, dan diolah maksudnya sesuka hati. Smim90 (bincang) 03:19, 6 Mac 2010 (UTC)Balas

Teks asal Alkitab bukan hanya sahaja di dalam Bahasa Ibrani. Beberapa bahagian teks yang terkandung di dalam Perjanjian Lama ditulis di dalam Bahasa Aramia kuno dan Bahasa Chaldea/Babylonia. Teks asal Perjanjian Baru pula ditulis di dalam Bahasa Yunani kuno dan Bahasa Aramia. Tradisi menterjemah kitab untuk tatapan, penelaahan dan pentafsiran umum oleh jemaat telah wujud dikalangan orang Yahudi sejak zaman sebelum Masehi lagi. Namun demikian, untuk tujuan perumusan doktrin dan dogma, teks bahasa asal adalah teks rujukan muktamad. Inilah sebab kenapa Bahasa Ibrani dan Bahasa Yunani kuno masih merupakan matapelajan wajib bagi mereka yang melanjutkan pelajaran mereka di dalam bidang teologi dan Kristiani baik di Seminari ataupun di universiti sekular. Bob K | Jom Sembang 03:34, 6 Mac 2010 (UTC)Balas

Namun saya merasakan apa yang tuan perkatakan itu adalah pandangan tuan, tuan perlu sedar bahawa maksud saya yang mengatakan bahawa 99% teks terjemahan Alkitab kini ini banyak bergantung kepada kaedah terjemahan secara langsung Direct translate dari Alkitab yang berbahasa Inggeris. Tidak perlu kita buat perbandingan yang terlalu jauh, cukup saya bandingkan dengan teks Alkitab bahasa Inggeris ke bahasa Indonesia terbitan : lembaga Alkitab Indonesia untuk The Gideons International. Apa yang saya ketemukan, tidak ada teks yang tertulis dalam huruf-huruf Ibrani, Arami, Chaldea mahupun Yunani sendiri, cuma yang ada perkataan bahasanya yang telah ditukarkan pada huruf-huruf Roman. Hal ini sangat merbahaya, jika ada anda tidak faham maksud perkataan apa yang mahu disampaikan dalam bahasa Indonesia sudah tentu anda rujuk pada terjemahannya yang berbahasa Inggeris, jika anda tidak faham maksud perkataan dalam bahasa Inggeris kitab mana lagi anda mahu rujuk?. Jika anda rujuk terjemahan Al-Kitab dalam bahasa Melayu pula, sudah tentu terjemahannya tidak sama dengan terjemahan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia, kerana kosa kata, imbuhan, dan susunan kata kerja dan kata ganti nama bagi ketiga-tiga bahasa itu agak berbeza. Perkara yang sama juga akan berlaku jika anda menelaah sebarang bentuk Kitab atau buku dalam bahasa Yunani, Ibrani mahupun sehingga ke bahasa jepun sekali pun.

Majalah Kristian terkenal Plain Truth keluaran Julai 1975 mengakui Bible-Buku Paling Kontroversi di dunia. manakala Majalah Awake terbitan kumpulan Jehovah Witnesses bertarikh 8 september 1957 pula mengakui terdapat 50,000 kesilapan dalam Bible. jadi fikirkanlah...

Kerana itu, Islam itu agamanya satu, aqidahnya satu, mentauhidkan Tuhan yang SATU (Tuhan yang tiada anak, dan tidak diperanakkan), Bahasa Arab dalam AlQuran pada tulisan harfs mengikut longat Arab Quraisy yang juga satu, Kiblat umat Islam yakni Kaabah juga satu, kepercayaan Islamnya satu, Syiah dan Sunni tetap 1 walaupun sering bergasak kerana hal politik dan semangat berpuak-puakkan (asabiah), namun mereka tetap satu. Smim90 (bincang) 09:33, 6 Mac 2010 (UTC)Balas

Setiap agama mempunyai pandangan, pendekatan serta rasional mereka yang tersendiri. Secara kebetulan, kumpulan yang menerbitkan majalah The Plain Truth dianggap sebagai sebuah kumpulan yang terpesong aqidahnya sejak dari mula ia diasaskan. Namun demikian, kumpulan ini mula bertaubat secara berkelompok dan memeluk kepercayaan Kristian yang soleh sejak tahun 1988 [1]. Kumpulan Jehovah Witness juga merupakan kumpulan yang dianggap sebagai terpesong aqidahnya oleh Gereja Kristian aliran utama. Saudara/i bebas menolak pendapat saya tanpa samada ia berdasarkan fakta atau tidak. Tetapi janganlah gunakan Wikipedia sebagai wadah untuk berdakyah dan berdakwah. Sudah tentu ini tidak selari dengan dasar asas Wikipedia. Bob K | Jom Sembang 12:28, 6 Mac 2010 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Bible".