Perbincangan:As-Salihin

Ulasan terkini: 16 tahun lalu oleh Yosri

Laman ini kelihatannya satu pendaftaran syarikat. Sebagai syarikat swasta bukannya awam (seperti hospital), mungkin lebih sesuai di laman laman kuning (Yello Pages) seperti berikut:-

Tetapi ada sesiapa yang menyokong pengekalannya? Yosri 10:05, 6 November 2007 (UTC)Balas


Rencana ini bersifat iklan sedikit, tetapi tidak perlu dipadam. -Yk Yk Yk 10:02, 6 November 2007 (UTC)Balas

Saya yang menambahnya akan tetapi mengapa rakan korporat as-Salihin boleh sahaja ada di english wikipedia iaitu rockwills?
bagaimana dengan bank-bank? - Kudu

Ini kerana tiada siapa yang dapat mengesahkan pendaftaran syarikat kecil, berlainan dengan syarikat ternama yang diketahui berdaftar. Contoh bank. Begitu juga syarikat besar seperti Sime Darby dan sebagainya. Bagaimana saya hendak tahu syarikat ini benar-benar berdaftar, dan siapa bertanggung jawab dengan maklumat yang diletakkan di sini? Kami tidak mahu dilihat sebagai pihak yang mengesahkan pendaftaran syarikat ini. Yosri 10:15, 6 November 2007 (UTC)Balas

Maksud saudara siapa yang bertanggungjawab? Siapa yang layak bertanggungjawab? Boleh maklumkan?

Maksud saudara Yosri ialah akauntabiliti kita sebagai pengguna Wikipedia terhadap maklumat yang diberi. Kita tidak mahu memberi maklumat yang salah kepada pengguna lain. -Yk Yk Yk 10:24, 6 November 2007 (UTC)Balas

saya telah mendapat kebenaran dari orang yang bertanggungjawab daripada syarikat ini. Kudu


Terima kasih di atas jawapan anda. Biar saya berterus terang di sini. Kami sebagai penyelia Wikipedia tidak dapat mengesahkan dengan sebarang pihak ketiga yang kami percayai bahawa syarikat anda merupakan syarikat yang benar-benar berdaftar dan berlesen di Malaysia. Oleh itu menyenaraikan syarikat anda di Wikipedia, seolah-olah kami telah mengesahkan syarikat anda merupakan sebuah syarikat yang berdaftar. Oleh itu sebarang orang yang kerugian di masa akan datang, mungkin akan menuduh mereka melabur di syarikat tuan kerana Wikipedia menyenaraikan syarikat tuan, dengan itu kerugian mereka perlu diganti oleh yayasan Wikipedia. Oleh itu saya merasa ragu hendak meluluskan rencana syarikat tuan di sini, terutamanya kerana saya tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Ini bukan bererti saya menuduh syarikat anda tidak berdaftar, tetapi kami tidak dapat mengesahkan yang sedemikian. Yosri 10:40, 6 November 2007 (UTC)Balas

Kembali ke laman "As-Salihin".