Perbincangan:Bahasa Melayu/Arkib 2005-2007

Arkib Laman ini merupakan arkib. Kandungannya harus dipelihara dalam bentuk asal.
Sila tujukan komen anda ke laman perbincangan.

MABBIM sunting

kalau MABBIM yang mengawal bahasa melayu, jadi apakah tanggungjawab DBP? 141.213.240.242 06:20, 21 November 2005 (UTC)Balas

Antara lain, MABBIM berfungsi mencipta istilah baru dalam bahasa Melayu di ketiga negara, manakala DBP Malaysia, DBP Brunei dan Pusat Bahasa Indonesia bertanggungjawab memasyaratkan istilah2 tersebut. Hal ini boleh diibaratkan dengan sistem pemerintahan, kerajaan (MABBIM) menggubal undang-undang, tetapi polis (DBP dll) yang melaksanakannya. Aurora 10:24, 21 November 2005 (UTC)Balas

Jadi kalau begitu, Bahasa Indonesia itu adalah sebahagian daripada Bahasa Melayu?Zaidpjd 16:08, 21 November 2005 (UTC)Balas
Ya. Aurora 01:12, 22 November 2005 (UTC)Balas

Saya artikel ini perlu di tambah,saya terbaca jurnal tentang kajian pengaruh kata Bahasa Cina terhadap kata Bahasa Melayu. Saya harap anda dapat meneliti hal ini. Kalau penambahan ini perlu.

Pengaruh Bahasa Cina dalam Bahasa Melayu sunting

Dalam Kamus Dewan, terdapat kata-kata yang mempunyai etimologi berlabel C, ini merupakan kata-kata yang dipinjam daripada Bahasa Cina. Tapi bukan semua kata-kata yang berlabel C dalam Kamus Dewan merupakan kata-kata yang dipinjam daripada Bahasa Cina. Dalam kajian kong 1993, telah menyimpulkan bahawa lebih kurang 261 kata patah perkataan Bahasa Melayu telah dipinjam daripada Bahasa Cina.

Terdapat 10 pengelasan kata yang telah disimpulkan oleh Kong iaitu:

  1. Sayur-sayuran, buah-buahan, dan makanan.
  2. Baran kegunaan harian.
  3. Adat istiadat.
  4. Bangunan dan tempat.
  5. Permainan perjudian dan kepercayaan
  6. Jabatan, kerjaya, dan posisi sosial.
  7. Kenderaan dan alat pengangkutan.
  8. Perkataan lain-lain.

Kajian ini juga dilakukan oleh Mashudi dan Yeong pada tahun 1989. Hasil kajian mereka mendapati terdapat lebih kurang 341 patah perkataan Bahasa Melayu dipinjam daripada Bahasa Cina. Kajian melihat pada fonologi perkataan Bahasa Melayu tersebut. Sistem fonologi kata asli Bahasa Melayu tidak bertepatan dengan sistem fonologi kata Bahasa Cina.

Antara kata Bahasa Cina yang dipinjam dalam Kamus Dewan ialah:

  1. Kata pinjaman Bahasa Cina yang bertentangan dengan harmoni vokal
    • Anglo
    • Apek
    • Cingge
    • Kaleng
    • Kongsi
    • Lio
    • Liong
    • Lisong
    • Lokcuan
    • Mahjong
    • Panglong
    • Singkong
    • Taikong
  2. Kata pinjaman Bahasa Cina yang bertentangan dengan rangkap nasal homorgan
    • Angpau
    • Bangpak
    • Camca
    • Kamsia
    • Samsu
    • Samseng
  3. Pinjaman kata Bahasa Cina yang tidak berlaku reduksi vokal
    • Beca
    • Camca
    • Kekwa
    • Nyonya
    • Popia
    • Misoa
    • Mua
    • Sempoa
    • Taukua
  4. Pinjaman kata Bahasa Cina yang mengalami nasalisasi vokal
    • Popia
    • Misoa
    • Sempoa
    • Siya
    • Taukua

Prilaku fonologi kata pinjaman Bahasa Cina adalah tidak mematuhi sistem fonologi bahasa Melayu.

Rujukan

Dewan Bahasa dan Pustaka - Jilid 4 Bil.4 Disember 2004 - Halaman 705-723 - Jurnal Bahasa - ISSN 1511-9084

--Tearfate 03:56, 4 Januari 2007 (UTC)Balas

Keliru Setelah Membaca Rencana sunting

Terdapat beberapa benda yang saya masih keliru setelah membaca artikel ini. Tolong jelaskan kepada saya.:

  • Bukankah Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia adalah dua bahasa yang berbeza? Contohnya, perkataan 'tandas'; di Malaysia, maksudnya bilik air tetapi di Indonesia, maksudnya menjelaskan/ to explain.
  • Tulisan Rencong, tulisan Pallava dan tulisan Kawi sudah lama ditinggalkan. Jadi, mengapakah tulisan-tulisan tersebut tergolong dalam "Penulisan Bahasa Melayu Kini"?
  • Bukankah perkataan 'tangki' datangnya dari perkataan Portugis, tanque, yang cara menyebutnya adalah sama?
  • Bukankah perkataan 'sekolah' datang dari perkataan Portugis, escola?

Semua ini saya dapat daripada versi bahasa Inggeris

Boleh tak seseorang tolong jelaskan kepada saya? Rizius 14:03, 17 Januari 2007 (UTC)Balas

  • Bahasa Queen Inggeris (British) Gay dengan Bahasa Inggeris Amerika Gay membawa maksud berbeza, tetapi keduanya masih dianggap Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia masih dalam keluarga bahasa yang sama (boleh difahami walaupun dengan sedikit kesukaran.)
  • Di manakah disebut tulisan Rencong, tulisan Pallava dan tulisan Kawi tergolong dalam "Penulisan Bahasa Melayu Kini"? Ini perlu diperbetulkan.
  • Perkataan tangki diambil dari perkataan Inggeris "tank", asalnya bererti "tasik buatan" datang dari India, kemungkinannya dari perkataan Portugis tanque. Tetapi perkataan Melayu diambil dari bahasa Inggeris.
  • Sekolah berasal dari bahasa Inggeris School, yang berasal dari perkataan Yunani Skhole. Tetapi perkataan Melayu diambil dari bahasa Inggeris. Yosri 06:09, 2 April 2007 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Bahasa Melayu/Arkib 2005-2007".