Perbincangan:Berpacaran

Latest comment: 14 tahun lalu by Syarikat Pemunggahan Rencana in topic Janji temu

Courtship sunting

Haha, tahukah anda bahawa asmara mempunyai konotasi "bersentuhan". Saya akan pilih pemikatan. Menurut KD, pemikatan ialah "perihal (proses atau perbuatan) memikat". ...Aurora... (b) 02:13, 12 November 2009 (UTC)Balas
Saya pun dah lupa perkataan pikat. Kecik-kecil dahulu pikat burung je. Cumanya tak pernah mendengar perkataan pemikatan. Terpikat, memikat, dipikat tu pernahlah. Tetapi saya sokong ia digunakan bagi menggantikan berpacaran. Yosri (bincang) 04:05, 12 November 2009 (UTC)Balas
Si Pemikat rasanya ada dalam perkataan bahasa klasik tetapi untuk memikat burung sahaja. Lihat Hikayat_Bakhtiar. Yosri (bincang) 04:08, 12 November 2009 (UTC)Balas
Ada dalam kamus. ...Aurora... (b) 15:59, 12 November 2009 (UTC)Balas

Hai Aurora, sememangnya "dating" membawa pengertian "bersentuhan". "Dating" membawa konotasi bahawa ia lebih daripada hanya keluar bersama-sama. Kalau tidak, seseorang yang keluar bersama-sama dengan teman sekerja jantina lain ke pejabat kerajaan juga boleh dianggap sebagai "dating".

Sebenarnya, saya juga mempertimbangkan perkataan "memikat" tetapi menurut Kamus Karyanet, "courtship" ialah "percubaan untuk memikat", bukan "memikat". Bagi saya, perbezaan itu sangat besar. Sebenarnya, saya hendak menterjemahkan ayat itu sebagai:

Berpacaran ialah percubaan untuk memikat yang boleh merangkumi kegiatan sosial yang biasanya dilakukan oleh dua orang, dengan tujuan untuk menilai kesesuaian sebagai pasangan dalam hubungan intim atau sebagai suami isteri.

Akan tetapi apabila rangkai kata dipaut lalu digunakan sebagai tajuk rencana, ia macam tak kena. Mungkin satu jalan keluar adalah untuk menggunakan [[Perasmaraan|percubaan untuk memikat]].

Selagipun, istilah "perasmaraan" ialah istilah khusus bidang sosial sains dan antrologi. Ia tidak patut diberikan konotasi bahasa umum. Misalnya dalam bahasa Inggeris, "'noise' in communication is anything that interferes with communication." Kita tidak boleh bertikai, "How can? If I speak and that person doesn't bother to pay attention, you call that 'noise'?" But the answer, unfortunately, is "yes". — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 03:12, 13 November 2009 (UTC)Balas

Anda kena bezakan istilah khusus dengan perkataan biasa/seharian. Mengambil contoh noise, ia boleh diterjemahkan kepada "hingar" (khusus komputer/komunikasi) atau "bunyi bising" (am). Dalam kes ini, "perasmaraan" mungkin tepat drpd segi sosial sains dan antrologi, tapi bila ada perkataan biasa (pemikatan) yang lebih lazim digunakan, lebih baik gunakan perkataan itu. Terus terang saya katakan, bila saya dengar perkataan "perasmaraan", imej yang terbayang dalam minda saya amat berbeza drpd courtship. ...Aurora... (b) 13:45, 13 November 2009 (UTC)Balas

Hai Aurora, saya bersetuju dengan apa yang anda katakan. Konotasi yang dihasilkan kepada orang Melayu memang berbeza dengan yang bukan Melayu. Bagi saya, saya tidak menghadapi sebarang konotasi. Saya cuma macam mesin.

Sebenarnya, saya juga hendak menggunakan "pemikatan" tetapi apabila saya melihat Kamus Inggeris-Melayu Dewan yang mengatakan "courtship" ialah "percubaan untuk memikat" saya mengalami kaki sejuk. "Percubaan untuk menguntungkan wang" dan "menguntungkan wang" amat berbeza. Orang yang mencuba menguntungkan wang masih miskin, manakala orang yang menguntungkan wang kaya pulak.

Tentang "noise", masih ada kekeliruan tentang apa yang saya maksudkan. Saya memberikan contoh itu dalam konteks bahasa Inggeris, bukan dalam konteks selepas diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Itulah sebabnya saya kian berasa internet bukannya wadah yang terbaik untuk membincangkan sesuatu. Sebagaimana yang saya katakan semalam, telefon juga bukan wadah yang baik, walaupun nada suara boleh membantu tetapi air muka tidak dapat membantu. Hehehe, jangan salah faham saya jemput bersemuka pulak, seolah-olah buaya darat. Sebenarnya, semua lelaki buaya darat... oppphhhs, nanti kena ketuk pulak. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 01:54, 18 November 2009 (UTC)Balas

Tentang tajuk rencana sunting

Sebenarnya, mengikut Kamus Dewan, padanan untuk "dating" ialah "berpacar-pacaran", bukan berpacaran. Namun dalam bahasa Melayu, tiadanya perkataan "berpacaran". "Berpacaran" ialah bahasa Indonesia.

Bagi saya, baik "berpacar-pacaran" mahupun "berpacaran", kata akarnya jelas merupakan "pacar". Dalam kes sedemikian, apakah "action noun" untuk perkataan itu? Pemacaran, kan? Kita tak boleh berkata, "Ohhh, tiada perkataan itu kerana Kamus Dewan tidak berkata sedemikian.

Sebenarnya, penggunaan "peN-an" adalah suatu perkembangan yang agak baharu dalam bahasa Melayu. Maka orang Melayu yang lebih tua dan tidak bersekolah telah dikatakan menghadapi masalah memahaminya kerana misalnya, "berpacaran" ialah kata kerja, manakala "pemacaran" ialah "action noun" yang merujuk kepada perbuatan berpacaran. Sedemikian juga, "peminuman" tidak berada di dalam Kamus Dewan tetapi digunakan oleh Parlimen Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia, antara lain.

Dating ialah action noun, bukan kata kerja, dengan kata kerjanya merupakan "to date". Tapi tak kisahlah apa yang digunakan, asalkan semua orang berpuas hati. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 03:31, 13 November 2009 (UTC)Balas

"Berpacaran" ada dalam Kamus Dewan/MABBIM, jadi boleh gunakan perkataan ini. "Pemacaran" memang tiada dalam KD, tapi "peminuman" ada. Jadi saya tidak akan gunakan istilah "pemacaran". Saya rasa "berpacaran" bukan kata kerja, sebaliknya kata nama karyaan (verbal noun). Contoh lain macam "berbasikal". ...Aurora... (b) 13:45, 13 November 2009 (UTC)Balas

Hahaha, tak kisahlaaa. Apa-apa pun boleh.

Sebenarnya, pedoman DBP mengatakan bahawa semua perkataan Indonesia boleh digunakan jika bahasa Melayu tidak memilikinya.

Kata umum dalam bahasa Melayu (termasuk kata dari dialek kawasan atau bahasa lama) boleh dijadikan istilah dengan syarat.... Kalau tidak dapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, maka hendaklah dicari pula daripada bahasa-bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu..."

Mengikut pensyarah ITNM, "Jangan tengok kamus saja. Jika kamus ada, ikutlah kamus. Jika kamus tiada, ikutlah pedoman (kalau ada), dan rumusan bahasa (jika tiada pedoman).... dan dengan itu, tiada orang yang boleh mengatakan kamu salah." (Tapi nampaknya pensyarah itu sudah salah, hehehe.)

Mengikut Tutor.com dan buku-buku yang lain, "ber-... an" memang kata kerja. Mengikut Dewan Bahasa & Pustaka juga:

"Awalan ber- dapat membentuk kata kerja aktif dan juga kata kerja pasif..."

Tak dikatakan ia boleh menjadi kata nama. Macam mana boleh menjadi action noun pun tidaklah saya faham. Sebagaimana yang anda tahu, Dewan Kamus pun belum stabil. Setiap edisinya memiliki perubahan. Demikian juga Kamus Istilah Karyanet, dengan dua lajur, satu untuk istilah lama dan satu lagi untuk yang baharu. Malam ini tidur takde, besuk pagi bangun sudah ada, LOL. Yang memeranjatkan saya ialah perubahan "pengkompil" menjadi "penyusun" dalam jangka lebih kurang sebulan selepas saya sudah memastikan padanannya dalam bahasa Melayu.

"Kamus Inggeris Melayu Dewan" Edisi Ketiga tidak ada "peminuman" mahupun "berpacaran", cuma ada "keluar dengan teman lelaki/wanita". Serupa juga "Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan" tidak ada masukan untuk "berpacaran", cuma ada "berpacar-pacaran" yang bererti "berzina, berseronok-seronokan, bersuka-sukaan, berkasih-kasihan, berkendak, bermukah, bersundal". Tapi mengikut anda, hari ini, Kamus Dewan/MABBIM sudah ada. Maka semalam, "peminuman" salah, hari ini "peminuman" betul pulak... mengikut logik anda.

"Ber-...an" selama-lamanya tidak akan menjadi kata nama. Saya kasi jaminan, hehehe. Bagaimanapun, saya baru ingat bahawa pakar internet telah mengatakan bahawa internet bukan wadah yang baik untuk mendebatkan sesuatu dengan serius. Orang yang bijak juga tidak akan menggunakan telefon untuk membincangkan hal yang penting. Ini adalah kerana ia selalu menimbulkan banyak salah faham tentang maksud seseorang.

Bagi kes "berpacaran" ini, ia terus terang, tidak dengan kes yang berkenaan dengan laporan Utusan di dalam Wikipedia:Kedai Kopi (lain-lain). Maka eloklah saya menjauhi diri daripada sebarang perbalahan. Aurora, sebagaimana dengan kebanyakan kaum wanita, lebih teliti. Biarlah anda membuat keputusan. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 11:08, 17 November 2009 (UTC)Balas

Saya pun tak nak panjangkan perkara ini. Akhir kata saya, anda cipta rencana ini dengan tajuk "berpacaran", saya setuju. Maka tidak perlu ubah apa-apa. ...Aurora... (b) 14:21, 17 November 2009 (UTC)Balas

PEMBETULAN! Rencana yang saya cipta bukan "Berpacaran". Yang saya ingin cipta ialah "Pemacaran", suatu percubaan untuk mereka istilah baharu menepati nasihat pensyarah ITNM. Yosrilah yang mengubahnya menjadi "Berpacaran", suatu istilah yang tidak menimbulkan perbalahan daripada segi istilah tetapi bukan padanan tepat untuk judul rencana Wikipedia bahasa Inggeris. Tambahan lagi, Yosri mendapati beberapa perkara di dalam rencana itu yang tidak dia puas hati.

Saya berasa saya tidak layak menterjemahkan rencana itu. Biarlah orang lain (baik Yosri atau yang lain) menterjemahkannya atau hapuskannya buat sementara. Terdapat berjuta-juta rencana lagi yang boleh diterjemahkan. Sebenarnya, rencana "dating" cenderung akan menimbulkan perbalahan kerana ia bukan adat resam Melayu, malahan bercanggahan. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 00:13, 18 November 2009 (UTC)Balas

Alamak, silap. Lupa Yosri yg alihkan ke "Berpacaran". Biasa la berbalah, benda baharu, istilah tiada. ...Aurora... (b) 15:54, 18 November 2009 (UTC)Balas

Sebenarnya istilah padanan yang diberi oleh DBP adalah berkencan . Tetapi saya lebih cenderung kepada bercengkerama. Yosri (bincang) 02:29, 18 November 2009 (UTC)Balas

Janji temu sunting

Nampaknya dialihkan pula ke "Janji temu" oleh Kurniasan. Biar saya notakan di sini bahawa "janji temu" lazimnya merujuk kepada appointment, dalam keadaan tertentu sahaja merujuk kepada dating. ...Aurora... (b) 15:54, 18 November 2009 (UTC)Balas

101% setuju. Misalnya, "yesterday I dated my prospective employer" langsung tak masuk akal. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 10:44, 19 November 2009 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Berpacaran".