Perbincangan:Canselor

Latest comment: 2 tahun lalu by Tofeiku in topic Tajuk

Tajuk sunting

@Anumengelamun: Istilah "canselor" lebih digunakan dan digunakan secara meluas di ketiga-tiga negara bahasa Melayu baku. Tiada bukti penggunaan meluas istilah "kanselor" dan hanya didapati digunakan 3 kali sahaja dalam Berita Harian Singapura namun menggunakan istilah "canselor" dengan lebih banyak dalam akhbar itu. Oleh itu, istilah "canselor" patut digunakan untuk rencana ini atas dasar lebih digunakan. -- TofeikuBincang 14:22, 11 Disember 2021 (UTC)Balas

Salam, @Tofeiku:!
Saya faham penggunaan istilah berejaan C itu nampak lebih dipilih kerana banyak lebih dimunculkan dalam akhbar. Walau bagaimanapun, dari segi penjudulan pula, pemilihan yang berejaan C saya lihat sendiri sangat bermasalah dari segi pertindihan makna/takrifan: iaitu chancellor sesebuah universiti yang mengkhusus kepada pentadbiran sesebuah universiti dengan chancellor sesebuah pemerintahan negara, dua-dua kefahaman itu sangat tidak sama dan perkongsian "canselor" itu boleh mendatangkan kekeliruan, lagi-lagi orang kita lebih mengenal "canselor" dengan yang universiti disebut. Jika ada istilah berejaan varian unik yang ada didapati dalam penulisan serantau menonjolkan takrifan chancellor yang khusus dalam konteks politik dunia itu, sewajarnya kita memilih istilah unik ini agar pengungkapan kita lebih tepat dan tajam.
Saya sangat tidak bersetuju dengan pendekatan "atas dasar lebih digunakan" yang dirasa terlalu lepas tangan apabila kita menyentuh bidang politik antarabangsa yang amat teliti meliputi entiti negara dengan rangka tersendiri. Tentu tidak bijak jika misalnya kita terjemahkan government dalam konteks Singapura kepada "kerajaan" lebih digunakan atas dasar kelaziman media dari Malaysia dan Brunei yang monarki sedangkan Singapura jelas bersifat republik dan menyatakan diri ber-"pemerintah". Nah, Berita Harian Singapura sudah menawarkan pengungkapan menyelesaikan kekeliruan erti chancellor dengan ejaan berhuruf K ("kanselor") menjauhi istilah universiti itu; ketegaran bahasa pun dikurangkan secara berasas dari sumber boleh dipercayai apatah lagi tampak mencerminkan etimologi Latinnya yang berbunyi /k/. Sudah terguna dalam bahasa Melayu baku Singapura yang tetap mswiki iktiraf juga, apa salahnya kita terapkan dalam mswiki jua? Lagi akan mengurangkan masalah pengelas yang kini sudah lewah. :-) - Anumengelamun (bincang) 16:32, 11 Disember 2021 (UTC)Balas
@Anumengelamun Kita lihat bahasa apa yang kita pinjam. Untuk perkataan ini kita memang pinjam daripada bahasa Inggeris dan bukannya bahasa Latin. Kita tidak meminjam daripada bahasa asalnya. Kalau kita ambil daripada bahasa asal, sudah tentu perkataan lain pun patut kita ambil daripada bahasa asalnya seperti "algebra" daripada bahasa Arab dan bukannya daripada bahasa Inggeris. Tiada mustahaknya untuk membezakan kedua-dua istilah ini. Bahasa lain baik sahaja menggunakan ejaan sama untuk kedua-dua jawatan pentadbiran dan pendidikan ini. Memang dasar Wikipedia menggunakan yang umum. Ini memang tidak boleh dipertikaikan lagi dan saya memberi amaran kepada anda atas ini untuk mengikuti dasar Wikipedia bahasa Melayu yang sudah dipersetujui oleh komuniti. TofeikuBincang 02:25, 12 Disember 2021 (UTC)Balas
@Tofeiku: Benar, "tiada mustahaknya untuk membezakan kedua-dua istilah". Kebetulan sahaja saya perasan hanya bahasa Melayu (melalui akhbar Singapura disebut juga — rujukan 1, rujukan 2 — jadi masih dikira dalam tetapan yang "sudah dipersetujui oleh komuniti" saudara sebutkan) sahaja sudah ada contoh membezakan homonim Inggeris chancellor melahirkan kata "canselor" dan "kanselor" berbanding bahasa-bahasa berhuruf Rumi lain yang saya dapat cari dan banding (mengikut Wiktionary), jadi saya beranggapan (ketika itu) "apa salahnya kita gunakan kelebihan peristilahan kita itu membezakan takrifan." Tetapi, saya faham juga maksud saudara mengenai - sudah tentu saya akan kekalkan istilah dijumpai ini sebagai kata seerti. Sekiranya ada khilaf dalam apa yang saya lampirkan menyinggung tanpa disedari, saya ingin mohon maaf. - Anumengelamun (bincang) 03:04, 12 Disember 2021 (UTC)Balas
"kanselor" turut digunakan merujuk jawatan pendidikan itu juga di Berita Harian Singapura. Seperti kita lihat, penggunaan ini amat sedikit penggunaannya dan bukan hanya merujuk jawatan pentadbiran itu sahaja. Hal ini bukan bermaksud "sudah dipersetujui oleh komuniti" (maksud saya sebenarnya komuniti WBM) kalau sekadar hanya 3 penggunaan sahaja digunakan walaupun istilah "canselor" lebih banyak digunakan untuk merujuk kedua-dua jawatan dalam akhbar itu. Oleh itu, tidak wajar untuk menggunakan "kanselor" dan gunakan istilah "canselor" yang lebih banyak digunakan oleh semua. TofeikuBincang 03:17, 12 Disember 2021 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Canselor".