Perbincangan:Daode Jing

Ulasan terkini: 17 tahun lalu oleh PM Poon

PMPoon,
Saya pernah membaca artikel Taoisme dalam Wikipedia ini, tertimbullah soalan "apa itu Taoisme" dan "apa itu ajaran Laozi"? Jika Taoisme merupakan ajaran Laozi, perlukah artikel Taoisme diubahsuaikan? Nerake 14:46, 10 April 2006 (UTC)Balas


Hai Nerake, saya meminta maaf kerana tidak perasan anda meninggalkan pesanan untuk saya di sini sehingga sekarang. Anda boleh menulis pesanan kepada saya di Perbualan Pengguna:PM Poon supaya pesanan anda tidak terlepas perhatian saya.

Saya baru membaca rencana Taoisme dalam Wikipedia ini, dan hampir pesan, hehehe. Saya berpendapat Lao Tze yang dimaksudkan dalam rencana Taoisme itu bukan Laozi yang mengarang Dao De Jing. Kalau anda tidak percaya, anda boleh membaca rencana itu sekali lagi. Lao Tze itu mengarang I Ching! Dao De Jing langsung tidak disebut. Kan tak serupa? Lagi pun, Lao Tze itu dilahirkan tepat pada tahun 604 SM, sedangkan tarikh kelahiran Laozi tidak dapat ditentukan, selain daripada anggaran di sekitar 570 SM. Hayat Laozi dianggarkan 100 tahun, sedangkan Lao Tze hidup dua ratus tahun. Tambahan pula, ketiga-tiga perkara utama dalam ajaran Lao Tze tidak boleh didapati dalam karya Dao De Jing. Kita cuma tahu tentang Laozi melalui karya Dao De Jing. Tiadanya banyak bahan lain yang wujud pada hari ini, selain daripada karya itu. Oleh itu, saya pasti bahawa Lao Tze yang dimaksudkan dalam rencana itu bukannya Laozi yang anda maksudkan.

Dari segi teori, "ajaran Laozi" sepatutnya sama sahaja dengan "Taoisme", tetapi sebenarnya, kedua-dua itu tidak sama. "Ajaran Laozi" tidak kena mengena dengan agama, sedangkan "Taoisme" telah diagamakan. Apa yang digelarkan "Taoisme" di Malaysia, Singapura, dan banyak negara yang lain, sebenarnya adalah adat resam orang Cina yang dicampurkan dengan sedikit daripada ajaran Laozi, serta banyak yang bukan ajaran Laozi tetapi dikatakan ajaran Laozi. Jika Laozi hidup semula, beliau harus pengsan, kalau tidak mati terus, sewaktu kita mengatakan Taoisme yang kini diamalkan oleh orang Cina ialah ajarannya, hehehe. Dengan pendek kata, Taoisme telah dicemarkan. Oleh itu, lebih tepat jika kita menggelarkan "ajaran Laozi" sebagai "Laoisme", dan menggunakan "Taoisme" untuk agama Tua Pek Kong, hehehe. — PM Poon 21:17, 18 April 2006 (UTC)Balas


Hai, PMPoon,
Nampaknya anda cuba hendak membeza-bezakan Taoisme dengan Ajaran Laozi. Tetapi "Taoisme" turut wujud dalam karya anda yang bertajuk Daode Jing, begitu juga "Lao Tze" telah dikaitkan dengan Laozi dimana "Lao Tze" merupakan salah satu ejaan Laozi. Samada Taoisme tu adalah lain dengan Ajaran Laozi ke tidak itu merupakan persoalan yang tidak dapat saya jawabkan, tapi secara umum, Taoisme ialah Ajaran Laozi dan Taoisme ialah Ajaran Laozi adalah tidak dapat dinafikan.

Mungkin anda merupakan seorang yang bersopan-santun tinggi yang tak sanggup mengubahsuai karya orang lain terutamanya hasil karya penyelia. Apakah tujuan anda berkarya? Kenapa membaca sebelum menulis? Sanggupkah anda biar orang lain mengambil kesempatan? Sampai hatikah anda membiarkan pembaca terus bergelapan? Jika terdapat pelajar mengambil rujukan daripada wikipedia mengenai "Taoisme", yang mana satukah anda ingin memberikannya dengan ikhlas? Biarkan pelajar tu ambil "Taoisme" edisi sekarang? Sampai hati??? Nerake 14:12, 20 April 2006 (UTC)Balas


Hai Nerake, sememangnya saya ingin membezakan Ajaran Laozi yang sebenarnya dengan Taoisme yang diamalkan. Perbezaan antara kedua-dua itu nyata "antara langit dan tanah", hehehe. Keadaan ini adalah serupanya dengan Ajaran Buddha dan Buddhisme yang diamalkan oleh Buddhisme Mahayana (termasuk Buddhisme mi zhong Tibet). Amalan Buddhisme Theravada cuba mengikut ajaran Buddhisme dengan ketat, tetapi masih ada perbezaan. Umpamanya, pendeta-pendeta tidak boleh menyentuh wang. Oleh itu, pendeta-pendeta Theravada menggajikan "kapiah" (pembantu bukan pendeta) untuk menyimpan wang bagi pihak mereka! Dengan itu, mereka masih dapat "mengamalkan" ajaran Buddha. Mana dapatnya wang? Daripada pengikut-pengikut. Lebih kaya daripada saya! hehehe. (Pendeta-pendeta Mahayana berpendapat bahawa peraturan "tidak boleh menyentuh wang" adalah sesuatu yang tidak mungkin dan tidak praktik pada zaman ini. Oleh itu, mereka menyimpan wang dalam poket sendiri. Lebih selamat! hehehe. Mereka tak menggunakan bank. Oleh itu, kalau mereka mengambil wang keluar dari poket, bukan beberapa helai. Satu buku, hehehe!!)

Mengikut pendapat saya, Taoisme pada hari ini ialah amalan adat resam Cina yang berdasarkan "ancestral worship" dan "filial piety" (sori ya, portal Dewan Bahasa down, saya menurutnya down, hehehe) yang diperisakan dengan sedikit ajaran Laozi. Ajaran Laozi yang tulen tidak diamalkan oleh mana-mana satu orang pada hari ini. Cabang-cabang seperti "feng shui" diperkembangkan oleh orang-orang kemudian, berdasarkan konsep Laozi yang mengatakan bahawa manusia harus hidup mengikut hukum alam semesta dan bukan bertentangan dengannya. Laozi tidak tahu tentang apa itu kompas feng shui, hehehe.

Bagi tuduhan anda bahawa "saya membiarkan pembaca terus bergelapan", saya mengaku salah, hehehe. Kenyataan anda ini tidak boleh dipertikaikan atau dinafikan. Memang seorang pembaca akan mendapat gambaran yang salah sewaktu membaca rencana Taoisme di portal ini. Sebenarnya, saya malas. Itu saje. Hampir kesemua kandungan dalam rencana Taoisme salah, dan merupakan kesalahfahaman umum. Rencana itu harus ditulis semula, dan memerlukan banyak masa. Oleh itu, saya mengharap-harapkan pengguna-pengguna yang lain memperbaikinya. Memang dalam kes ini, saya tidak mengamalkan sikap yang bertanggungjawab, khususnya selepas anda telah menarik perhatian saya terhadap kesilapan dalam rencana itu. Sebelum teguran anda, saya tidak pernah membaca rencana itu.

Anda memang seorang yang memegang ketat pada kebenaran. Saya kini dah letih, hehehe. Boleh tutup mata, saya tutup mata kerana perjuangan kebenaran amat letih, hehehe.

Kembali ke laman "Daode Jing".