Perbincangan:Dragon Ball Kai

Latest comment: 13 tahun lalu by Dean amx in topic Pertanyaan

kenapa padam apa yang saya dah tulis? Dean amx (bincang) 09:07, 23 Ogos 2010 (UTC)Balas

Sila lihat sejarah suntingan kepada pengguna yang mengeluarkan sumbangan anda, bawa ke laman perbincangannya. Juga, jika saudara masih baru atau baru mula meyunting Wikipedia MS, disarankan membaca Bantuan:Kandungan. Pp.Mm.Cc. 09:59, 23 Ogos 2010 (UTC)Balas
Telah saya kembalikan apa yg patut. ...Aurora... (b) 02:18, 24 Ogos 2010 (UTC)Balas

Terima kasih. Saya akan buat yang terbaik. Tolong pantau saya.. --Dean amx (bincang) 09:56, 25 Ogos 2010 (UTC)Balas

Cell ≠ Sel sunting

Perhatian para penyunting, saya telah menukar nama "Sel" di dalam rencana ini kepada "Cell", kerana ia merupakan nama khas yang merujuk kepada seekor raksasa utama di dalam siri Dragon Ball Z (Kai) ini. Harap maklum. — Hezery99 (bincang) 13:02, 28 Ogos 2010 (UTC)Balas

Bagaimana dengan watak-watak lain? Saya perasan sesetengah nama tak sama seperti dalam komik edisi Melayu:
  • Pikolo = Pikor
  • Kurilin = Kurin
  • Android = Cyborg
  • Yamucha = Yamu
  • Shen Long = Dewa Naga
  • Frieza = Fliza
Tak tahulah dalam sarikata atau alih bahasanya macam mana.—Aviator, 13:52, 28 Ogos 2010 (UTC)Balas
Dalam komik terjemahan Comics House pun ejaan Cell ialah Cell dan bukan Sel. Kalau dalam kes nama-nama watak lain, memang banyak lari daripada ejaan rasmi kalau kita tengok ejaan oleh Comics House macam yang saudara beri itu (rujuk rencana Scanlation untuk butiran lanjut permasalahan ini). Mungkin kita perlu buat satu sesi undian sama ada kita nak guna ejaan Comics House ataupun ejaan rasmi Bahasa Inggeris. - Hezery99 (bincang) 14:38, 28 Ogos 2010 (UTC)Balas
Kalau tak silap saya terjemahan Comics House itu sudah mendapat kebenaran dan lesen daripada penerbit asal dan bukannya scanlation. Scanlation dibuat oleh kumpulan-kumpulan sukarelawan underground sahaja. Mereka buat sebab biasanya terjemahan rasmi lambat keluar di pasaran. Yang bahasa Inggeris pun sekadar terjemahan sahaja daripada edisi asal Jepun. Pihak penterjemah berhak mengubah kandungan, censoring, dan apa-apa yang patut mengikut budi bicara mereka. Dalam kes ini Dragon Ball diterjemah/dialih bahasa oleh VIZ Media. Anda boleh lihat komik versi bahasa Inggeris terdapat banyak pertukaran nama juga, contohnya Encik Satan menjadi Hercule, Neraka sepatutnya HELL menjadi HFIL (lihat en:Editing of anime in American distribution) mungkin kerana menjaga sensitiviti rakyat Amerika, tapi sesetengah peminat mengkritik hebat perbuatan ini.
Pada pandangan saya ikut sahaja terjemahan bahasa Melayu untuk mengelak kekeliruan para pembaca (tanya saja peminat-peminat Dragon Ball tempatan, nama-nama terjemahan ini sudah sebati dalam ingatan, sebut Vegeta tak kenal, tapi sebut Bezita kenal) dan cipta satu bahagian atau laman khas yang membandingkan nama-nama asal dalam bahasa Jepun dengan nama-nama yang digunakan dalam terjemahan bahasa Melayu.—Aviator, 15:28, 28 Ogos 2010 (UTC)Balas
Hmm kalau macam tu nampaknya kita ikut sajalah nama-nama terjemahan rasmi Comics House sedia ada. Lagipun komik-komik Dragon Ball terjemahan Bahasa Melayu semuanya diterbitkan semasa rata-rata peminat komik di Malaysia belum kenal apa itu scanlation, jadi saya rasa tak ada masalah "tersalah ejaan" sebab kaki-kaki manga di Malaysia belum ada lagi yang baca scanlation pada masa itu berbanding sekarang. - Hezery99 (bincang) 22:21, 28 Ogos 2010 (UTC)Balas

Pandangan Saya sunting

Mengikut pengalaman saya menonton Dragon Ball Kai dalam edisi Jepun, dapatlah saya mendengar sebutan nama watak dalam bahasa Jepun. Antaranya, watak Piccolo. Dalam sebutan Jepun, ia disebut sebagai Pikkolo. Selain itu, ejaan Krillin @ Kurilin @ Kurin dan dilihat semasa episod Gohan dan Bulma sampai di Planet Namek. Jelas kelihatan topi yang dipakainya dieja Kulilin. Kemudiannya diperbetul, Kurilin.

Seterusnya, Cyborg. Bagi pendapat saya, kebanyakannya menggunakan Android. Setakat ini saya lihat hanya terjemahan Bahasa Melayu menggunakan istilah Cyborg. Oleh itu, sesuai penggunaan Android. Yamucha = Jepun. Yamcha = Amerika. Yamu = Malaysia. Orang Jepun agak 'pelat' sebut perkataan sebegitu. Jadi, dia tidak dapat sebut Yamcha sebaliknya menjadi Ya-Mu-Cha. Istilah Malaysia saya tak tahu kenapa boleh jadi Yamu.

Shen Long @ Shenron adalah nama bagi Dewa Naga. Freezer, istilah asal yang penulis mahu letak tetapi disalah tafsir menjadi Frieza oleh Amerika. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran abangnya (dalam filem) iaitu Cooler. Ada perkaitan. Elok guna Frieza sahaja. Lebih universal, mudah faham.

Setakat itu sahaja, --Dean amx (bincang) 14:34, 29 Ogos 2010 (UTC)Balas

Saya tak berapa arif tentang Dragon Ball, tetapi kebanyakan sebutan dalam bahasa Jepun menggantikan penggunaan huruf-huruf "L" dengan "R". Misalnya, "television" sebagai "terebi". Jadi Pikkolo mungkin sekali Pikkorro. Pp.Mm.Cc. 15:34, 29 Ogos 2010 (UTC)Balas
Dalam katakana dieja ピッコロ. Jadi betullah Pikkoro. Berikut ialah perbandingan nama-nama watak mengikut bahasa:
Bahasa Melayu (Comics House) Bahasa Jepun (Akira Toriyama) Bahasa Inggeris (VIZ Media)
Bulma ブルマ Buruma Bulma
Cell セル Seru Cell
Fliza フリーザ Furiiza Frieza
Bezita ベジータ Bejiita Vegeta
Kurin クリリン Kuririn Krillin
Trunks トランクス Torankosu Trunks
Cyborg 人造人間 Jinzooningen Android
Yamu ヤムチャ Yamucha Yamcha
Encik Satan ミスター・サタン Misutaa Satan Hercule
Aviator, 17:42, 29 Ogos 2010 (UTC)Balas

Jadi, banyak khilaf (perbezaan pendapat) di sini. Nak pakai yang mana satu ni? --Dean amx (bincang) 09:33, 30 Ogos 2010 (UTC)Balas

Tentang macam mana Encik Satan (Mr. Satan) boleh jadi Hercule dalam versi VIZ Media tu, kisahnya ada kaitan dengan proses suntingan yang terlalu banyak dalam versi Amerika tu. Satan dieja Hercule tu disebabkan sensitiviti tak mahu ada kaitan dengan "syaitan" walaupun memang macam tu la ejaan rasminya.

Saudara Avaitor, terima kasih kerana menyenaraikan beberapa perbezaan ejaan watak Dragon Ball ni. Jadi dengan tiga versi berbeza dah tentu la susah untuk kita tentukan nak pakai ejaan mana, hmm... - Hezery99 (bincang) 10:42, 30 Ogos 2010 (UTC)Balas

Ada pengumuan.. Dragon Ball Kai bakal disiarkan di NTV7. Tarikh belum ditetapkan. Sumber: Akhbar. Cadangan saya, kita perlu menggunakan istilah yang digunakan dalam tv --Dean amx (bincang) 02:24, 31 Ogos 2010 (UTC)Balas

Cuma takut istilah dalam alih suara TV tu lagi tak boleh pakai. Tengok macam masa anime DB (kemudiannya DBZ dan DBGT) disiarkan dulu, banyak ejaan watak yang lari, malah jauh menyimpang daripada ejaan Comics House. Apa pun kita tengoklah dulu macam mana. - Hezery99 (bincang) 05:18, 31 Ogos 2010 (UTC)Balas
Bagi saya pula, kalau dah ada terjemahan rasmi (Comics House), saya akan pakai yg itu. Bukankah itu yg kita buat selama ini. Sebab itu rencana utamanya terletak di Mutiara Naga. ...Aurora... (b) 10:14, 31 Ogos 2010 (UTC)Balas
Ya, saya masih ingat terjemahan untuk Pikolo di TV2 dahulu. Majumia. Kurilin menjadi Ki. Walau bagaimanapun, Comic House akan saya rujuk. Terima kasih, kena usaha lebih lagi ni!--Dean amx (bincang) 08:18, 1 September 2010 (UTC)Balas

Pertanyaan sunting

Jika skrip "OriginalAirDate" untuk tarikh siaran pertama di Jepun dan "FirstEngDate" untuk tarikh siaran pertama di Amerika, apakah skrip untuk tarikh siaran pertam di Malaysia?--Dean amx (bincang) 14:19, 2 September 2010 (UTC)Balas

Tidak ada dalam templat tersebut. ...Aurora... (b) 02:00, 6 September 2010 (UTC)Balas
Owh.. Jadi, apa yang perlu saya lakukan? --Dean amx (bincang) 08:35, 6 September 2010 (UTC)Balas
Anda perlu menambahnya di Templat:Japanese episode list. ...Aurora... (b) 02:38, 7 September 2010 (UTC)Balas
Kurang faham.. Apa yang saya perlu lakukan pada templat itu? --Dean amx (bincang) 13:59, 7 September 2010 (UTC)Balas
Dengan kata lain, kita sendiri perlu menyunting templat itu untuk membolehkan tarikh siaran Malaysia dimasukkan. - Hezery99 (bincang) 14:43, 7 September 2010 (UTC)Balas
Itu saya sudah faham.. Masalah sekarang saya tidak pandai menyunting templat itu. Saya sudah lihat contoh templat yang lain tetapi tidak faham. Boleh tolong buatkan? --Dean_amx 00:31, 8 September 2010 (UTC)
Kes ditutup. Terima kasih kepada saudara Aurora. --Dean amx (bincang) 09:29, 30 September 2010 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Dragon Ball Kai".