Perbincangan:Gimnasium (sekolah)

Latest comment: 3 tahun lalu by CyberTroopers in topic "Gimnasium" atau "gymnasium"?

"Gimnasium" atau "gymnasium"? sunting

Saya ada persoalan meminta penerangan daripada @Tofeiku: sebab saya kurang faham: kenapa memindahkan "gymnasium" yang jelas ada unsur pinjam terus bahasa Latin daripada muasal penubuhannya di Alam bahasa Jerman, rantau Nordik dan Benelux (didasarkan perbandingan laman-laman sepadan di versi bahasa-bahasa rantau-rantau dipilih) kepada "gimnasium"? Sedangkan, sudah ada entri "gimnasium" yang jelas diketahui pembaca sasaran lebih kepada kemudahan bersukan?

Pengelas (sekolah) pada hujung pun saya rasa tidak perlu - satunya sebab boleh dikelirukan dengan maksud umum "gimnasium" disebutkan, satu lagi sebab letaknya pengelas yang berhujung itu lebih cocok di Wikipedia Bahasa Inggeris di mana bahasa Inggeris meletakkan adjektif dulu sebelum kata nama berbanding hukum DM bahasa Melayu. Saya anggap penamaan entri ini sebagai "sekolah gymnasium" wajar semasa saya mencipta ia kerana tajuk lebih merujuk kepada sejenis sekolah khas, dan ejaan gymasium berhuruf Y jelas menunjukkan unsur Latin daripada asal pendirian sekolah ini serta jelas membezakan dengan "gimnasium"; namun saya berminat mahu tahu rasional saudara @Tofeiku: memindahkan sedemikian (tiada niat marah lah...)

--Anumengelamun (bincang) 23:32, 19 Mei 2020 (UTC)Balas

@Anumengelamun: Saya memindahkan gymnasium kepada gimnasium kerana ia kata nama am dan lebih baik serapkan perkataan itu kepada bahasa Melayu berbanding mengekalkan ejaannya dan mencondongkan. Kata nama am perlu diserap kalau tidak dapat diterjemah.
Pasal tu, penyerapan dan pemelayuan perkataan "Gymnasium" itu I can see the point. Namun saya agak khuatir juga ada barangkali banyak pembaca yang tersilap nampak "gimnasium" lalu disalah tafsir "sekolah gimnasium" sebagai suatu "sekolah sukan"; jika begitu, mungkin terpaksa pakai "Sekolah gymnasium" nak emfasiskan aspek ini — kita ada Template:Correct title kalau kita nak terapkan pencondongan dan pemasukan aksara khas yang biasanya tidak akan diterima, maybe we can use that? I don't know if it suits your fancy. ¯\_(ツ)_/¯
Tapi (filem) pun kalau ikut hukum DM letak di hadapan. Kenapa tidak kekalkan sahaja?
Hihi, @Tofeiku: ikut contoh pendekatan judul filem Yosri - bukan ke penjudulan sebegitu sudah dipersetujui salah dari banyak penyunting lain? Pengelas macam tu hanya boleh dipakai kalau dua-dua entri topik berbeza ada tajuk penuh yang sama. Misalnya: ada entri menumpu siri TV bertajuk penuh The Witcher, dan ada permainan video diberi tajuk penuh sama The Witcher. Tapi kalau sebab laman bertindih nama sama jadi susah, kena pakai pengelas dalam kes ni - ini yang ada laman nyahkekaburan The Witcher tu. Ada tiga orang bernama penuh Tom Holland dalam bidang berbeza, tapi tak ada pun kita nak pakai "pelakon Tom Holland", "pengarah Tom Holland" selogik begitu, methinks. Anumengelamun (bincang) 06:06, 20 Mei 2020 (UTC)Balas
@Anumengelamun: Saya hanya mahu tahu pendapat saudara kerana ia berkait rapat yang pasal (filem) itu. Bagi saya menggunakan gymnasium pun mampu mengelirukan pembaca yang ini mungkin tentang "gym". Sekolah gimnasium kalau orang biasa baca sudah tentu juga akan ingat sekolah ini tentang sukan jika mereka tidak membaca rencana ini terlebih dahulu. Jadi biarkanlah saja perkataan ini diserap dan biarkan rencana ini menerangkan pembaca akan kekeliruan ini. Sebab itu kita ada notis rencana seperti Templat:Tentang di atas rencana untuk membezakannya. Saya amat tidak menggalakkan penggunaan perkataan asing sedangkan perkataan itu boleh diterjermah atau diserap lebih-lebih lagi kata nama am. Saya lihat kebanyakan edisi bahasa yang lain turut menyerapkan perkataan ini ke dalam bahasa masing-masing. -- TofeikuBincang 14:12, 20 Mei 2020 (UTC)Balas
@Tofeiku:, @Anumengelamun: maaf menyampuk. Sebenarnya dah tiada cara lain untuk mengelaskan sesuatu tajuk rencana yang mempunyai nama yang sama melainkan dengan meletakkan kurungan (xxxx) pada tajuk rencana. Pada saya, alternatif Yosri yang meletakkan kelas dalam tajuk rencana tanpa kurungan seperti kelas filem, contohnya "Filem xxxxx" kurang bersesuaian dan boleh menimbulkan kekeliruan. Contoh lain adalah tisu (biologi) terpaksa saya pindahkah yang pada asalnya dicipta sebagai "Tisu biologi" yang ternyata mengelirukan saya kerana tidak pernah mendengar istilah tersebut dan apabila dicari entri berkenaan, ia tidak wujud. Jadi saya fikir eloklah menggunakan cara ini kecuali anda mempunyai kaedah lain yang mungkin tidak mengelirukan. Saya rasa elok jika dikemas kini dalam manual gaya penulisan. Saya hanya sekadar beri pendapat lagipun perkara ini telah dibahaskan di kedai kopi. Terima kasih.- CyberTroopers bincang/sumbangan 18:42, 22 Mei 2020 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Gimnasium (sekolah)".