Perbincangan:Harimau menangis

Latest comment: 1 tahun lalu by 115.164.181.214 in topic Harimau menangis

Permintaan pemindahan 31 Januari 2021 sunting

Harimau menangisSua rong hai – Guna pakai istlah asal dalam bahasa Thai (pengusul ialah WAqil). PEACE SEARCHΞR [Bincang] 14:07, 31 Januari 2021 (UTC)Balas

Saya cadangkan nama rencana ini ditukar ke penamaan asalnya dalam sebutan bahasa Melayu. Sekian. -- WAqil@Message me! 19:50, 29 Januari 2021 (UTC)Balas

Saya rasa tidak perlu, kerana dalam "sua rong hai" dapat juga merujuk kepada "harimau menangis". "..Sua Rong Hai atau dalam bahasa melayunya adalah daging bakar harimau menangis." di DailyMakan Wiki Farazi (⌐■-■) bincang 21:50, 29 Januari 2021 (UTC)Balas
@Wiki Farazi: Ya, tapi ia adalah makanan berasal dari Thai, jadi pada saya, lebih baik dikekalkan namanya dalam bahasa Thai tetapi dalam sebutan bahasa Melayu dan masukkan terjemahan Harimau Menangis dalam perenggan pendahuluan. -- WAqil@Message me! 07:33, 30 Januari 2021 (UTC)Balas
@PeaceSearcher: Mohon komen daripada anda. Sekian. -- WAqil@Message me! 13:30, 31 Januari 2021 (UTC)Balas
@Wiki Farazi: @WAqil: Ada dua perkara yang saya nak bawakan:
1- Istilah harimau menangis telah wujud dan terakam dalam kamus rasmi (boleh rujuk https://twitter.com/UBMalaysia/status/1349185394227650560/photo/1), walaupun istilah dalam kamus itu merujuk kepada daging lembu yang digunakan dan bukannya hidangan subjek rencana.
2- Saya cipta rencana ini berikutan skandal cubaan (yang gagal) seorang usahawan tempatan yang ingin menghakciptakan istilah harimau menangis untuk produk makanannya beberapa minggu lepas, yang mendapat tentangan meluas kerana ramai usahawan lain yang menjual produk hidangan sama dengan mengguna pakai istilah itu - membuktikan bahawa istilah itu sudah diguna pakai dengan meluas, sekurang-kurangnya dalam bidang perniagaan (rujuk https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/01/13/after-uproar-over-harimau-menangis-trademark-claim-myipo-chief-says-applica/1940064 [bahasa Inggeris] dan laman-laman berkaitan).
Jadi sejujurnya, saya agak di atas pagar pasal tajuk rencana itu, tetapi kalau ikut niat saya, nak kekalkan saja nama tajuk ini. Mungkin saya tanya pandangan orang lain dulu kalau kalian sudi. Terima kasih! PEACE SEARCHΞR [Bincang] 13:59, 31 Januari 2021 (UTC)Balas
Bagi saya, saya lebih memilih menggunakan nama Melayunya. Kalau kita Google pun banyak laman web menggunakan "crying tiger" merujuk makanan tersebut. Oleh itu, tidak salah juga untuk menggunakan nama Melayu untuk makanan ini. Rencana Perancis pun menterjemahkannya juga. "Kuih bakul" pun kita guna nama Melayu walaupun itu makanan Cina. -- TofeikuBincang 14:17, 31 Januari 2021 (UTC)Balas
Saya setuju apa yang dikatakan oleh Tofeiku. Wiki Farazi (⌐■-■) bincang 23:26, 31 Januari 2021 (UTC)Balas
@PeaceSearcher: Memandangkan rujukan dan kelaziman dalam bahasa Melayu mengenai penamaan ini sudah disertakan, saya terpaksa bersetuju dengannya walaupun secara peribadi saya fikir sebaiknya penamaan mengikut asal usul negara. Bolehkah disertakan sekali rujukan tersebut dalam rencana? -- WAqil@Message me! 07:14, 2 Februari 2021 (UTC)Balas
@WAqil: Baiklah, saya rasa kita boleh tutup perbincangan ini buat sekarang. Terima kasih! PEACE SEARCHΞR [Bincang] 07:30, 2 Februari 2021 (UTC)Balas

Harimau menangis sunting

Tak tau 115.164.181.214 11:24, 30 Oktober 2022 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Harimau menangis".