Perbincangan:Hizbut Tahrir

(Dilencongkan dari Perbincangan:Hizbut Tahrir Malaysia (HTM))
Ulasan terkini: 15 tahun lalu oleh Yosri

Saya tidak melihat Hizbu Tahrir disenaraikan dalam daftar parti politik SPR. Ada sesiapa yang tahu status parti ini???Yosri 09:48, 5 September 2005 (UTC)Balas

Diharap sesiapa yang mengatakan Hizbut Tahrir sbg mengikut fahaman muktazilah supaya mengembangkan lagi isinya. Jgn hanya membuat satu baris ayat dan kemudian meletakkan link sahaja. Kamalzack (bincang) 03:20, 8 Oktober 2008 (UTC)Balas

Syarat baru ke ni? Wikipedia mesti bersifat berkecuali dan menunjukkan kedua belah sudut pandangan. Ini bukan laman promosi. Tugas penyelia bukan sekadar memadam, melencong & memindah laman, tetapi juga mengembangkan rencana, oleh itu tidak perlu memberi arahan kepada orang lain untuk mengembang rencana. Meletakkan pautan menunjukkan ada pendapat bertentangan dan sesiapa yang lain boleh mengembangkan. Tidak boleh memadamkan kecuali membuktikan/memberi alasan kenapa ia tidak boleh digunakan. Yosri (bincang) 05:46, 8 Oktober 2008 (UTC)Balas
Bukan syarat baru tapi saya dah baca pautan yang [diberi] bukan hujah akademik tapi lebih kepada syarahan agama. Lagi pun ini juga menunjukkan penulis asal dari darrusalaf.org tidak memahami makna [muktazilah] yang pada saya berbeza daripada hizbut tahrir. Cuba baca balik link tu, apa yang mahu disampaikan oleh penulis pun saya tak faham. Kamalzack (bincang) 06:08, 8 Oktober 2008 (UTC)Balas
Sila letakkan tag {{fakta}} bagi memohon penjelasan lanjut untuk masa hadapan. Saya sudah letakkan gambar buku karangan seorang ulamak yang mengatakan Hizbut Tahrir adalah fahaman Muktazilah. Saya tidak berminat mengembangkannya, tetapi pada masa yang sama saya tahu ia adalah sudut pandangan yang berlawanan yang disokong oleh beberapa cendikiawan dan perlu ditonjolkan untuk pertimbangan para pembaca. Terpulang penyelia aktif lain bagi mengembangkannya, sesudah ditunjukkan jalan. Yosri (bincang) 06:15, 8 Oktober 2008 (UTC)Balas
Kalau mahu letakkan boleh dibuat subtopik Penentangan terhadap Hizbut Tahrir. Kalau tidak mahu kembangkan tidak apa, biar orang lain yang mengembangkannya tapi jgn dicampur fakta. Apa yang saya baca dari sumber yang diberi, Hizbut Tahrir menolak Hadith Ahad. Saya pun tidak tau sejauh mana benarnya. Dan lagi satu seolah-olah mengatakan Muktazilah itu adalah satu ajaran sesat padahal pernah diamalkan oleh beberapa Khalifah Islam zaman Abbasiyyah dahulu. Kamalzack (bincang) 06:41, 8 Oktober 2008 (UTC)Balas


Muktazilah sememangnya dianggap sebagai satu ajaran sesat oleh sesetengah ulamak. Muktazilah antara lain mengatakan Al-Quran sebagai makhluk. Ini bukanlah pendapat peribadi tetapi fakta, Imam Ahmad bin Hambal disiksa oleh tiga khalifah Bani Abbasiyah kerana menolak pendapat Al-Quran adalah makhluk, sebaliknya menegaskan bahawa Al-Quran merupakan kalamullah. Fakta, Imam Ahmad bin Hambal menolak fahaman Muktazilah. Yosri (bincang) 09:39, 8 Oktober 2008 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Hizbut Tahrir".