Perbincangan:Hotspot

Ulasan terkini: 17 tahun lalu oleh PM Poon

{WPKOM|Tunas}}

Hotspot bukan semestinya wifi, tetapi lebih kepada tumpuan/pergolakan. Contohnya hotsport in conflict dll. Rencana ini kurang sesuai, tetapi saya tidak ada fikiran cara mengubahnya. Yosri 12:26, 1 September 2006 (UTC)Balas

Terdapatkah istilah Melayu tulen untuk Hotspot dalam maksud yang cuba disampaikan? Dengan penguatkuasaan WP:PIAWAI, perkara ini memang perlu diberi perhatian. — Alistaire 13:30, 1 September 2006 (UTC)Balas
Saya rasa ada, iaitu titik panas. &mdash Lokey3310 13:44, 1 September 2006 (UTC)Balas
Saya tak jumpa sebarang terjemahan hotspot Wi-Fi di internet, baik Utusan mahupun Kementerian Penerangan Malaysia tidak menerjemahkannya. Kalau ada orang tulis mengenai hotspot bukan Wi-Fi seperti kata Yosri, boleh buat halaman nyahkekaburan. ...Aurora... 12:50, 4 September 2006 (UTC)Balas

Perkataan Hotspot sememangnya merupakan peluasan maksud untuk perkataan yang sedia ada dalam bahasa Inggeris untuk merangkumi suatu fenomena yang baru. Maka dengan itu, perkataan bahasa Melayu untuknya juga patut menggunakan perkataan bahasa Melayu yang sedia ada untuk meluaskan maksudnya.

Bagi saya, oleh sebab hot spot telah diterjemahkan sebagai "titik panas" atau "tompok panas" oleh banyak bidang, termasuk Kejuruteraan, Geologi, Kimia, Biologi, Fizik, Undang-Undang, Fotografi, Geografi, Grafik, Sains Nuklear, dan Ukur dan Pemetaan, maka "titik panas" patut merupakan terjemahan yang wajar.

Bagaimanapun, jika kita mengikut arah aliran baru untuk perkataan baru, mereka cenderung mengekalkan sebutan bahasa Inggeris, dan cuma menyesuaikan ejaannya mengikut keadah pengejaan istilah pinjaman. Oleh itu, saya menjangka bahawa akhirnya, perkataan "hotspot" akan digunakan, bukan sahaja kerana ejaannya adalah sepadan dengan kaedah tersebut, tetapi juga kerana perkataan hot dan spot telah digabungkan.

(P/S: Sebenarnya, selepas membaca beberapa buku tentang perkembangan bahasa Melayu, kelihatannya terdapat banyak ketakgembiraan di kalangan ahli bahasa dalam bahasa Melayu tentang fenomena terkini yang kelihatan digerakkan oleh sektor komersil, dan bukan lagi oleh ahli bahasa, hehehe.) — PM Poon 06:14, 9 September 2006 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Hotspot".