Perbincangan:Indonesia

Latest comment: 12 tahun lalu by Yosri in topic Usul
Featured articleIndonesia is a featured article; it (or a previous version of it) has been identified as one of the best articles produced by the Wikipedia community. Even so, if you can update or improve it, please do so.
Main Page trophyThis article appeared on Wikipedia's Main Page as Today's featured article on November 1, 2007.
November 1, 2007Featured article candidatePromoted
Indonesia Rencana Indonesia ini merupakan sebahagian daripada WikiProjek Indonesia. Ia ialah satu usaha kerjasama bagi memperbaiki liputan rencana-rencana dan topik-topik yang berkaitan dengan Indonesia. Jika anda mahu menyertai, lawatilah laman projek. Sebarang pertanyaan dan komen mengenai laman projek, silalah kemukakannya di laman perbincangan projek.
Rencana pilihan RP Rencana ini telah digolongkan dalam Kelas RP pada skala kualiti.
Tertinggi Rencana ini telah didapati berkepentingan Tertinggi pada skala kepentingan.
Negara Indonesia merupakan sebahagian daripada WikiProjek Negara, yang bertujuan untuk memperbaiki liputan Wikipedia bagi negara dan topik-topik berkaitan negara. Jika anda mahu menyertai, lawatlah WikiProjek Negara.
Rencana pilihan RP Rencana ini telah digolongkan dalam Kelas RP pada skala kualiti.
Tertinggi Rencana ini telah didapati berkepentingan tertinggi pada skala kepentingan.
Koordinat Geografi Koordinat Geografi Indonesia telah disemak melalui WikiProjek Koordinat Geografi, yang menggalakan penggunaan koordinat geografi dalam rencana Wikipedia.
Indonesia ialah satu dari tiga (India, Indonesia, Israel) negara dunia yang meletakkan unsur Demokrasi (Democracy) secara tepat dan benar didalam pemerintahannya.

Apakah hal ini benar dan dirujuk dari mana? Meursault2004 12:38, 17 Januari 2006 (UTC)Balas

Tidak tahu. Jika mengikut beza ini ditulis oleh Andi Ramadhan. Mungkin boleh bertanya dia. ...Aurora... 09:29, 18 Januari 2006 (UTC)Balas

Demokrasi di Indonesia sunting

Saya mendapatkan hal ihwal tentang Demokrasi di Indonesia tersebut dari salah satu Surat Kabar Nasional di Indonesia. Saya tidak ingat surat kabar apa, tapi yang jelas disana tercatat hal seperti itu. Berita itu dilansir pada saat berlangsungnya Pemilihan Umum 2004 yang berhasil secara sukses di Indonesia yang memenangkan Presiden SBY dan JK saat ini. Saya kurang yakin apabila Demokrasi itu masih berlaku atau tidak saat ini Andi Ramadhan. 21.55 WIB, 12 May 2006.


Bagi pendapat saya, tuntutan itu adalah amat berbahaya (walaupun terdapat sokongan sumber) dan memang akan menimbulkan banyak perbalahan. Umpamanya, bukan semua sumber mempunyai kebolehpercayaan yang sama, terutamanya surat khabar yang cenderung mensensasionalisasikan berita untuk kepentingan jualan. Tambahan pula, istilah "demokrasi" juga mempunyai beberapa tafsiran. Sila lihat rencana Democracy di Wikipedia bahasa Inggeris. Jika ia mempunyai banyak tafsiran, macam manakah kita dapat menentukan unsur-snsurnya, bahkan meletakkannya "secara tepat dan benar di dalam pemerintahannya"? hehehe.

Oleh itu, saya bersetuju bahawa kenyataan itu dipadamkan demi mengelakkan perbalahan. — PM Poon 15:55, 11 Mei 2006 (UTC)Balas

Sila "memelayukan" penggunaan bahasa di rencana ini sunting

Selepas melihat rencana ini diubah di laman Perubahan Terkini, curiga juga saya untuk melihatnya, tetapi apabila membaca sedikit daripadanya, rasa suspicion saya pun disahkan. Saya mendapati ada pengaruh Bahasa Indonesia dalam penulisan rencana ini, mungkin disebabkan adanya penyumbang dari Indonesia yang menulisnya.

Saya ingin mengingatkan kepada semua terutama penyumbang dari Indonesia yang mereka dipersilakan menyumbang, tetapi ini adalah Wikipedia versi Bahasa Melayu. Kedua-dua bahasa Melayu dan Indonesia mungkin boleh difahami antara satu sama lain, tetapi pada hakikatnya mereka adalah seperate dan mutually exclusive. Sebagai contoh, perkataan "berbeda" dalam cogan kata negara seharusnya berbaca "berbeza". Dan saya tidak tahu apakah maksud perkataan "merakyat". Tiada perkataan ini dalam Bahasa Melayu kalau tidak silap saya. Tambahan pula, ada perkataan "Augustus" sebagai bulan walaupun perkataan yang betul adalah "Ogos"! Selepas membacanya sekali lalu, saya melihat pengaruh bahasa Indonesia disepanjang rencana ini.

Saya berpendapat hubungan inter-wiki antara Wikipedia Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu mendatangkan manafaat bersama tetapi sebarang pertukaran antara keduanya mestilah disusuli pemahaman perbezaan antara kedua-dua bahasa berdaulat ini Alistair 阿力斯特伊儿 07:31, 28 Mei 2006 (UTC)Balas

Walaupun kita punya kata-kata yang sama dengan bahasa Indonesia, namun juga kita punya banyak kata-kata yang berbeza Azmi Beza lah 12:40, 17 November 2007 (UTC)Balas
"Merakyat" telah diubah menjadi "popular". Naval Scene (bincang) 10:04, 6 Jun 2010 (UTC)Balas

Pemuatan Tag sunting

Mengenai adanya pengaruh bahasa asing di laman Melayu ini, baik itu Bahasa Indonesia mahupun bahasa asing lainnya, saya akan memuat sebuah Tag yang menyatakan bahawa Artikel masih perlu dikemaskini kedalam Bahasa Melayu didalam penulisan artikel saya. Saya rasa itu lebih baik. Nantinya diharapkan penyelia mahupun anggauta lainnya akan meneruskan kemaskininya kedalam Bahasa Melayu.

Hai Andi, anda boleh gunakan teg Templat:BM. ...Aurora... 08:53, 6 Jun 2006 (UTC)Balas
Saya nak lakukan, tapi saya nak tanya dulu disini apakah boleh atau tak? Kalau boleh, di mana saya gunakan teg {{BM}} Azmi 12:50, 17 November 2007 (UTC)Balas

Usul sunting

Saya nak usul agar rencana ini dilindungi bagi mencegah laku musnah (telah ada berbagai vandalisme)  Mimihitam   Bicara  12:44, 11 Februari 2008 (UTC)Balas

Tiada vandalisme pun dalam sejarah semakan.—Aviator, 12:56, 11 Februari 2008 (UTC)Balas

gimana cara nya membela negara indonesia supaya menjadi negara maju 180.244.171.132

Indonesia sebenarnya memiliki industri yang maju dan mampu menghasilkan kapal dan kapal terbangnya sendiri. Jakarta juga merupakan bandaraya yang besar jauh lebih besar dari Kuala Lumpur. Cabarannya adalah membawa kemajuan itu kepada daerah-daerah lain di seluruh Indonesia. Yosri (bincang) 05:31, 25 Disember 2011 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Indonesia".