Perbincangan:Kaum-kaum di Malaysia

Latest comment: 6 bulan lalu by 2001:E68:543C:2C5B:8B2:C0D6:707C:B813 in topic Cadangan

Setuju/Agree sunting

  saya setuju dengan rencana ini kerana ianya memberikan banyak maklumat tentang kaum di malaysia.ianya juga sangat penting kepada kita agar kita lebih memgetahui tentang kaum dan adat di malaysia.

~Faridah~ 24/2/2010

Tidak setuju/Disagree sunting

  •   Tidak setuju/Disagree Tidak setuju kerana rencana ini memberikan ringkasan. Penting bagi pelajar yang mahukan rujukan ringkasan untuk kerja sekolah. Yosri 08:18, 21 September 2007 (UTC)Balas
  •   Tidak setuju/Disagree Saya pun tak faham mengapa rencana ini perlu dipadamkan. Kerana ia memberika maklumat lanjut mengenai cara hidup, adat dan budaya kaum di Malaysia. Jadi saya pilih untuk tidak setuju kerana atas sebab yang sudah saya berikan — Imran Al-Sahih 08:26, 21 September 2007 (UTC)Balas

Cadangan sunting

  • Saya rasa baik sistematikkan rencana ini supaya tak nampak seperti rencana yang remeh. Lagi satu, kaum di Malaysia bukan 4 sahaja, kan? Kalau hendak kekalkan muka ini, jangan lupa kaum Bumiputera, kaum asli dan serani.
  • Ingat, rencana ini bertajuk "Kaum-kaum Di Malaysia", bukan "Kaum-kaum Utama di Malaysia" atau "Ringkasan Kaum-kaum di Malaysia". Kalau tidak, baik di padam kerana buku Kajian Tempatan sekolah rendah lebih lengkap. Polar 09:15, 21 September 2007 (UTC)Balas
Oleh kerana ini adalah rencana hidup ('Living document') boleh ditambah kaum yang lain-lain. Ada sesiapa yang ada buku Kajian Tempatan sekolah rendah??. Yosri 09:36, 21 September 2007 (UTC)Balas
Bercakap berkenaan hal ini, kalau ada rencana yang lemah dan boleh dibaiki, janganlah dipadamkan. Sebaliknya tambah atau letak tunas. Kalau tunas dah dipangkah siang-siang lagi dah padam. Tak sempat tumbuh besar. Yosri 09:38, 21 September 2007 (UTC)Balas
Terdapat lebih banyak info tentang kaum lain 2001:E68:543C:2C5B:8B2:C0D6:707C:B813 16:19, 6 Oktober 2023 (UTC)Balas

SUKU kaum Bisaya sunting

bangsa Bisaya merupakan antara kaum di Sabah. Bangsa ini dipercayai terdapat di Sabah,Sarawak dan Filipina. bangsa Bisaya merupakan keluarga kaum kadazan dan Dusun.

bahasa : Bisaya ( mempunyai persamaan dengan bahasa Dusun ) agama : Islam,Kristian dan kepercayaan nenek moyang ciri-ciri orang Bisaya : Biasanya mereka ini berkulit kuning atau putih, bermata sepet , tinggi agak sederhana dan agak menyerupai orang bangsa Dusun.

Alamak... sunting

Saya hairan terhadap pakaian tradisional orang Cina... Walaupun zaman sekarang kebanyakan orang Cina menganggapkan cheongsam dan samfu sebagai pakaian tradisional mereka, namun sebenarnya ia bukan pakaian tradisional orang Cina, kedua-duanya dimiliki oleh orang Manchu. Orang Cina, juga dikenali sebagai kaum Han, pakaian tradisional yang sebenar ialah Hanfu. Lebih 400 tahun lalu, nenek moyang mereka masih berpakaian Hanfu, tetapi selepas berperang dengan Manchu yang ingin memperluaskan tanah jajahan, mereka telah menyuruh kesemua lelaki Cina mencukur rambutnya serta menukarkan pakaiannya sama seperti orang Manchu (Orang Cina akan dipancung selagi mereka cuba mengingkari arahan ini). Walaupun orang Cina mencetuskan kedua dan ketiga peperangan dengan orang Machu, namun ia masih gagal, lalu terpaksanya orang Cina pun mengikut arahan yang zalim.

Saya ingin mengubah fakta tersebut dengan betul, tetapi saya masih risau kerana masih banyak orang tidak mengetahui tentang fakta ini. Anda semua ada komen tak? Esther Siaw (bincang) 03:15, 25 Oktober 2013 (UTC)Balas

Tetapi saya lihat orang Cina di Malaysia menganggap cheongsam dan samfu sebagai pakaian tradisional mereka. Mungkin anda lebih banyak mengetahuinya. Semasa belajar di sekolah dulu pun guru2 mengajar yang cheongsam dan samfu ni pakaian tradisional orang Cina. Saya pun tidak pasti akan hal tersebut.--Apli kasi 03:27, 25 Oktober 2013 (UTC)Balas
Silakan. Macam biasa, janji penulisan disertakan rujukan (kalau boleh dapat dibaca dalam talian). Saya fikir maklumat tentang kebudayaan dan peradaban Cina harus dikembangkan di sini kerana tamadun Cina ialah tamadun yang lama dengan adab yang tinggi, bukan macam tamadun negara pelopor cheeseburger, Starbucks dan X-factor. Saya dimaklumkan baru2 ini bahawa naga Cina ada dua jenis, naga utara dan naga selatan dan peribadi seseorang (kelas, pendidikan, keluarga) dapat dilihat dengan cara dia memegang dan mengendali "chopstick", serta kehalusan seni khat Cina. Selamat menyunting. --Algazel (bincang) 03:41, 25 Oktober 2013 (UTC)Balas
Wikipedia adalah berdasarkan sumber rujukan. Jika anda memiliki rujukan, anda boleh menambah fakta tersebut, tetapi fakta bahawa zaman sekarang kebanyakan orang Cina menganggapkan cheongsam dan samfu sebagai pakaian tradisional mereka tidak dapat ditukar lagi. Jika tiada rujukan dan merupakan pendapat peribadi, ia akan dihapuskan. Yosri (bincang) 10:36, 25 Oktober 2013 (UTC)Balas
Sebab itulah saya tidak mahu menyunting fakta dulu. Saya juga orang Cina, dan selama ini saya asyik menganggapkan cheongsam sebagai pakaian tradisional sendiri. Namun pada satu tahun lalu saya ternampak satu rencana yang berdasarkan pakaian tradisional orang Cina yang sebenar dalam bahasa Cina. Selepas saya membaca keseluruhan rencana tersebut, saya mula rasa sedih dan kecewa terhadap kisah sebenar di sebalik pakaian tradisional orang Cina. :( Saya percaya bahawa orang Cina banyak tertumpah darah demi mempertahankan kebudayaan sendiri, tetapi ia masih tidak dipertahankan lalu diambil alih oleh orang Manchu, hampir segalanya telah berubah dalam masa 400 tahun.
Pada zaman sekarang, selain daripada iklan yang disiarkan oleh kerajaan yang berkaitan dengan masyarakat majmuk di Malaysia dapat melihat orang Cina berpakai pakaian tradisional yang tidak tepat, dalam dunia sebenar orang Cina suka memilih memakai pakaian Barat untuk menyambut perayaan istimewa berbanding pakaian tradisional (cheongsam dan samfu). Antara sebabnya ialah mereka rasa kolot dan mundur kalau berpakaian baju tradisional, keduanya ialah penjejasan fikiran Barat yang terlampau setelah dinasti terakhir di China telah disingkirkan. Anda semua dapat merasai fakta ini melalui penampilan cheongsam yang diubahsuai untuk menjadi lebih pendek dan seksi. Jikalau anda semua ingin mengetahui lebih lanjut, sila klik sini. Esther Siaw (bincang) 12:36, 25 Oktober 2013 (UTC)Balas
Tolong jangan gunakan rencana Wikipedia (walau apa bahasa sekalipun) sebagai sumber rujukan. Ia tidak di anggap sahih. Sila ambil dari sumber sahih seperti buku, akhbar, laman kerajaan dan yang sepertinya. CTMakerbot (bincang) 13:30, 25 Oktober 2013 (UTC)Balas
Saya tidak berfikir untuk menggunakannya sebagai rujukan, ia hanya untuk pengetahuan am anda sahaja. Saya akan menambahkan rujukan dan fakta sebentar lagi. Esther Siaw (bincang) 14:03, 25 Oktober 2013 (UTC)Balas
Maaf, internet saya sangat lambat, ia memang susah untuk saya untuk menyunting rencana ini. Jikalau internet saya berpulih, saya akan menambahkannya. <_> Esther Siaw (bincang) 14:16, 25 Oktober 2013 (UTC)Balas
Noted. CTMakerbot (bincang) 14:30, 25 Oktober 2013 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Kaum-kaum di Malaysia".