Perbincangan:Kesultanan Melayu Melaka

Latest comment: 2 tahun lalu by Yukiaika3 in topic Malaka, mughal, dan ottoman
Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka" sambil mengangkat tangan di Dataran Merdeka, Malaysia pada 31 Ogos 1957. WikiProjek Sejarah
Rencana Kesultanan Melayu Melaka ini merupakan sebahagian daripada WikiProjek Sejarah. Ia merupakan suatu usaha kerjasama antara pengguna bagi meningkatkan dan memperbaiki rencana-rencana berkaitan dengan Sejarah. Jika anda mahu menyertai, silalah ke laman projek. Sebarang pertanyaan dan komen mengenai laman projek, silalah kemukannya di laman perbincangan projek.

saya seronok membaca kisah kesultanan melaka. hebat sungguh

Siam atau Majapahit sunting

Setelah membunuh wakil Raja Siam di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu tersebut tetapi tidak lama kemudian, beliau diserang dan dihalau oleh Siam.

Betulkah Parameswara melarikan diri kerana diserang oleh Siam atau kerana diserang oleh Majapahit? Boleh beri penjelasan lanjut mengenainya. — Master2841 18:18, 19 Mac 2006 (UTC)Balas

Ianya bergantung kepada sumber mana yang dirujuk. Saya perlu semak semula sumbernya. Yosri 05:13, 20 Mac 2006 (UTC)Balas


Menurut sumber yang saya dapati, terdapat percanggahan tentang fakta yang menyatakan Parameswara telah melarikan diri akibat baginda mengambil alih takhta Temasik selepas pembunuhan pemerintah Di sana iaitu Temagi. Walau bagaimanapun, saya terbaca Sejarah Singapura yang menyatakan ianya sama ada Parameswara melarikan diri dari diserang Majapahit. Percanggahan ini disebabkan Singapura ataupun Temasik ketika itu menjadi rebutan antara kerajaan Siam dan Majapahit. (Karya Tun Seri Lanang meggunakan nama Sultan Iskandar Syah

(Inggeris)Sumber Singapura 1
(Inggeris)Sejarah Singapura
(Inggeris)Sumber mengatakan Parameswara dihalau penduduk tempatan
(Inggeris)Sumber mengatakan Parameswara melarikan diri sebanyak dua kali iaitu daripada Majapahit (keluar dari Palembang) dan daripada Siam (dari temasik)
(Inggeris)Pertembungan fakta di antara Tun Seri Lanang (Sejarah Melayu) dan Tom Pires (Suma Oriental) mengenai hal ini

Nasib baik masa ambil PMR dulu, tak tanya tentang yang mana satu betul. Tapi kalau tak silap, bebudak sekolah guna fakta yang Temagi adalah orang Siam dan Parameswara melarikan diri daripada Majapahit kerana serangan terhadap Palembang dan ingin menaklukinya dan daripada Siam setelah Parameswara memerintah Temasik kerana ingin menuntut bela.

Rujukan Sekolah sunting

  • Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Bab 3: Parameswara dan pengasasan Melaka. Sejarah Tingkatan 1 (pp. 21-22). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Ahmad Fawzi Mohd. Basri, Mohd. Fo'ad Sakdan, & Azami Man. (2002). Bab 4: Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka. Sejarah Tingkatan 1 (pp. 47-48). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Maaf, tiada sumber rujukan terus dari Sejarah Melayu kerana saya dah hilang buku tersebut Polar08:39, 20 Mac 2006 (UTC)Balas

Nama sunting

Saya rasa rencana ini patut dialihkan kepada Kesultanan Melayu Melaka. Banyak buku teks dan sejarah menggunakan nama itu. — Master2841 07:55, 24 Mac 2005 (UTC)Balas

Saya setuju untuk mengalihkan rencana ini kerana Kesultanan bermaksud Pemerintahan Sultan dan tidak bermakna Melayu (cuma raja Melayu yang lazim menggunakan gelaran itu berbanding bangsa lain). Ianya lebih menepati akan ciri-ciri sejarah ketamadunan Melayu dan penggunaan istilah serta kosa kata yang betul. — Polar 08:39, 24 Mac 2006 (UTC)Balas

'Ugama' adalah ejaan yang salah. ejaan yg sebetulnya adalah 'agama'. rujuk kamus dewan

Tahniah sunting

Oleh kerana Sejarah Melayu sendiri mempunyai banyak versi maka saya berpendapat rencana ini sebuah rencana yang baik dan menggunakan sumber secara berimbang. Tahniah. cheguman 16:14, 6 Mei 2008 (UTC)Balas

Sultan Iskandar Atau Parameswara..? sunting

Saya agak musyhkil dengan 2 nama di atas..? Soalan saya ialah sewaktu sampai di Tanah Melayu dan membuka Melaka, siapakah beliau ketika itu..? Masih Parameswara atau telah Islam..? Bagi saya nama ini sangat penting walaupun org yg sama tetapi berbeza sbb jika Parameswara yg membuka Melaka bererti beliau seorang Melayu Kafir ketika itu.. Tetapi jika Sultan Iskandar yg membuka Melaka bererti beliau seorang Melayu Islam ketika itu.. Jadi siapakah yg dapat menjawab persoalan ini dan kalau boleh tunjukkkan bukti tentang kenyataan yg bakal di beri.. Kalau sumber dari dgr cerita org tak usah komen.. Trima kasih.. --115.132.101.155

Soalan anda ada dijawab di perenggan pertama. Melaka pengasasnya Parameswara. Rujukan juga diberi (Perpustakaan Negara Malaysia). Anda baca atau tidak? ...Aurora... (b) 04:29, 14 Ogos 2010 (UTC)Balas

tun nyemah mulya sunting

Saya mmbaca karya faisal tehrani yg brjudul 1515 bberapa hari lpas.. mgisahkan mgenai seorg wanita mlayu yg brusia 20an mnentang pnjajahan portugis.. mnentang alfonso de al burquerque.. sjarah yg amat mngagumkan.. namun begitu, sejarahnya dkatakan tlah dgelapkan.. jejaknya telah dihapuskan.. prsolannya skarang.. adakah bliau sbenar2nya wujud??

say harap, mereka yang mmpunyai maklumat mgenai beliau.. silalah brkongsi..
Rasanya ia adalah Tun Fatimah http://salam-srikanditunfatimah.blogspot.com/2009/10/blog-post.html Yosri (bincang) 09:08, 20 September 2010 (UTC)Balas
1515 itu kan karya cereka. ...Aurora... (b) 10:41, 21 September 2010 (UTC)Balas
1515 mungkin cereka, tetapi kepahlawanan Tun Fatimah ada tercatat dalam sejarah. Yosri (bincang) 11:26, 21 September 2010 (UTC)Balas

Raja Noor Jan Shah sunting

Saya saya minta tolong, adakah Melaka sekarang ada sultan? Sebab saya pelik bila lihat dia punya facebook dengan tunjukkan bukti yang statusnya telah diiktiraf oleh Mahkamah Antarabangsa dan juga ada kaitan dengan Sultan Melaka terdahulu. Mohon pencerahan semua, saya keliru kerana ada yang mengatakan beliau telah diiktiraf oleh Mahkamah Antarabangsa tetapi dinafikan oleh kerajaan Malaysia.--Ng Pey Shih 07 (bs) 17:47, 2 Januari 2014 (UTC)Balas

Hanya Sultan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia boleh diterima. Ini kerana kuasa kerajaan Malaysia datangnya dari para sultan yang bersetuju menyerahkan sebahagian kuasa mereka bagi membentuk Persekutuan Malaya kemudian menjadi Malaysia. Dia bukan salah seorang darinya. Yosri (bincang) 22:02, 2 Januari 2014 (UTC)Balas

Begitu, patutlah saya rasa keliru dengan adanya status menyatakan Melaka sudah kembali bersultan. Apa2 pun terima kasih atas pencerahan itu.Ng Pey Shih 07 (bs) 14:21, 3 Januari 2014 (UTC)Balas

Kejatuhan Kota Melaka sunting

Kota Melaka hanya ditawan oleh Portugis pada 24 Ogos 1511 dan Empayar Kesultanan Melayu Melaka masih ada. Sultan Mahmud Shah sering memindahkan ibu kota Kesultanan Melayu Melaka bagi merancang strategi untuk merebut kembali kota Melaka. Haziqshiro (bincang) 07:16, 22 November 2020 (UTC)Balas

Parameswara dan sang nila utama sunting

pendiri kesultanan malaka itu adalah parameswara yang berasal dari tumasik bukan berasal dari sriwijaya. Dia adalah keturunan sang nila utama. Sang nila utama ini yang berasal dari palembang, di era sriwijaya sudah runtuh . Yukiaika3 (bincang) 10:04, 3 Februari 2022 (UTC)Balas

Malaka dan ottoman empire sunting

Yang menjadi pelindung malaka bukan lah kekaisaran ming china. Tetapi adalah kekalifahan ottoman turkey, hal ini terlihat dari lambang bendera malaka yang mirip seperti bendera ottoman. Dan pada saat malaka jatuh, ming china tidak ada membantu malaka sama sekali. Sedangkan ottoman mengirimkan bantuan kapal perang dan meriam, lalu bersama kerajaan-kerajaan lainnya seperti kerajaan aceh, palembang, kerajaan demak. Membantu sultan malaka untuk merebut malaka kembali . Yukiaika3 (bincang) 10:16, 3 Februari 2022 (UTC)Balas

Malaka, mughal, dan ottoman sunting

Tolong di buat hubungan antara malaka, mughal india dan ottoman turkey. Karena mughal india dan ottoman turkey adalah kerajaan islam besar yang sezaman dengan malaka dan merupakan sekutu malaka. Kedekatan malaka dengan mughal dan ottoman jauh lebih dekat di bandingkan dengan ming china. Hal ini terlihat dari bendera malaka yang mirip dengan bendera ottoman turkey. Yukiaika3 (bincang) 10:25, 3 Februari 2022 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Kesultanan Melayu Melaka".