Perbincangan:Ketuanan kulit putih

Ulasan terkini: 3 tahun lalu oleh Anumengelamun

Kalau ikutkan penerangan istilah kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, supremacy lebih menjurus tranlisterasi kepada keagungan, keulungan, atau kehandalan. Manakala, ketuanan lebih dekat istilah overload atau overloadship. Maka, perkataan ketuanan perlu ditukar dengan yang lebih tepat seperti definasi dalam kamus Dewan Bahasa, justeru, tajuk artikel ini perlu diubah kepada Keagungan/Keulungan/Kehandalan Kulit Putih, Keagungan/Keulungan/Kehandalan Orang Putih, atau Keagungan/Keulungan/Kehandalan Putih.

Boleh rujuk pencarian dua istilah tersebut dipautan dibawah:

Saya harap boleh diubah tajuk artikel ini mengikut definasi istilah dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih. --Hafrul (bincang) 05:31, 4 November 2018 (UTC)Balas

Saya agak tidak setuju. "keagungan" dari kata "agung" itu lebih menunjukkan ciri sifat abstrak bernada positif, lalu ia dikhuatiri boleh memihak atau menyebelahi; "Ketuanan" lebih neutral di mana ia menggambarkan juga tindakan dan perbuatan langsung para pendukung ia, orang kulit putih, yang berpendirian seakan "tuan" ke atas orang tidak serupa mereka (contohnya orang peribumi Amerika dan kulit hitam). Hal ini boleh diibaratkan contoh difahami paling dekat serantau iaitu "Ketuanan Melayu" di Malaysia, di mana orang Melayu yang dokong fahaman ini menjadi seakan "tuan" ke atas orang bukan Melayu (orang Asli, orang Cina, dan sebagainya).
Istilah "ketuanan" pun sudah diterima luas media bahasa Melayu sebanyak 2 negara iaitu Malaysia dan (yang saya baru sudah dapati) Singapura, lalu takrifan berdasarkan badan bahasa Malaysia sahaja agak sempit dan tidak selari peranan WBM yang melampaui batasan sempadan negara. Maka, istilah sedia ada tidak perlulah ditukar sekarang. -Anumengelamun (bincang) 08:38, 14 September 2020 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Ketuanan kulit putih".