Perbincangan:Khadijah binti Khuwailid

Kedudukan Khadijah disisi Rasulullah s.a.w sunting

Khadijah seorang isteri yang berhati mulia , penyayang yang sentiasa mendengar kata suaminya , Khadijah tidak pernah menaikkan suara mahupun menengking Rasulullah sentiasa berkata lembut saja inilah yang menyebabkan Rasulullah sentiasa tenang dengan Khadijah .

Rasulullah juga menganggap Khadijah seperti ibu selain daripada isteri oleh kerana sifat Khadijah yang penyayang . Rasulullah pernah setelah mendapat wahyu , keliru sama ada Malaikat Jibril AS itu jin atau malaikat lalu Khadijah berkata “jika engkau ingin tahu Jibril itu malaikat atau jin beritahu aku apabila dia datang nanti” Rasulullah pun setuju lalu ketika Jibril datang , Rasulullah memanggil Khadijah “Khadijah, Jibril telah datang” seperti anak kecil memanggil ibunya .

Khadijah membalas “ayuh kita sambut kedatangannya sini, duduklah di atas peha kiriku ya Rasulullah “ Rasulullah duduk di atas peha kiri Khadijah “Jibril masih ada?” “Ada” jawab Rasulullah kemudian Khadijah berkata “cuba pindah ke peha kanan ya Rasulullah” lalu Rasulullah pun duduk di peha kanan dipeluk oleh Khadijah . “Masih nampak lagi?” “Iya , Khadijah” lalu Khadijah berkata lagi “cuba pindah kebelakangku” lalu Rasulullah pindah kebelakang memeluk Khadijah dari belakang “Ya Rasulullah, masih nampak lagi?” “iya masih”

Lalu , Khadijah berpura-pura membuka tudungnya dan ketika itu, Khadijah bertanya lagi “masih ada ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Tidak, Jibril telah pergi” “Kalau begitu benarlah Jibril itu malaikat bukan jin” kata Khadijah . “Kenapa ya Khadijah ?” tanya Rasulullah ingin tahu “Kerana malaikat tidak suka melihat aurat” .


Pernah juga kisah lain , sewaktu Rasulullah telah diangkat menjadi Rasul ketika itu semua penduduk Mekah membenci Baginda hanya Khadijah lah yang sentiasa menemani disamping dan mempercayakan Rasulullah . Ketika itu Rasulullah pulang ke rumah setelah selesai dakwah Khadijah pula sedang menyusukan Fatimah yang masih bayi ketika itu . Khadijah ingin bangun menyambut Rasulullah namun Rasulullah berkata “Khadijah, duduk saja ditempatmu” Lalu Rasulullah mendekati Khadijah dan mengambil Fatimah dari Khadijah dan meletakkan Fatimah ke tempat tidur .

Kemudian , Rasulullah membaringkan kepala Baginda di atas peha Khadijah setelah penat berdakwah dicaci dan dihina . Beberapa saat kemudian Rasulullah tertidur di peha Khadijah ketika itulah Khadijah membelai rambut Rasulullah dengan penuh kasih sayang sambil menangis . Air mata Khadijah tumpah atas pipi Rasulullah membuatkan Rasulullah terjaga dari lena , Rasulullah memandang Khadijah sedang menangis “Khadijah, mengapa engkau menangis? Adakah engkau menyesal bersuamikan aku , Muhammad?” tanya Rasulullah lembut pada Khadijah “Dahulu engkau terkenal oleh penduduk Mekah engkau bangsawan , engkau berharta kini tidak lagi , adakah engkau menyesal bersuamikan aku , Muhammad?” Rasulullah mengalihkan pandangan dari Khadijah yang sedang menangis . Khadijah menjawab “ya Rasulullah , bukan itu yang aku tangiskan tetapi aku menangis oleh kerana perjuanganmu dalam dakwah ini ya Rasulullah , dulu aku seorang kaya tetapi kini tidak lagi , nanti setelah aku mati jika engkau ingin berdakwah tetapi engkau perlu melalui sungai dan engkau tidak mempunyai jambatan untuk melaluinya , galilah kuburku ambil tulang-belulang ku jadikan jambatan agar engkau dapat melalui sungai itu . Ingatkan mereka tentang Islam perkenalkan mereka tentang Islam ya Rasululllah” setelah Khadijah meninggal , Rasulullah amat sedih mengenangkan Khadijah selama 14 tahun Khadijah meninggal Rasulullah tidak pernah melupakannya walaupun ketika itu Baginda bersama dengan isteri lain .

Ketika ajal Khadijah telah sampai , Khadijah berbaring di atas peha Rasulullah sebelum nafas terakhir Khadijah sempat berkata “ya Rasululllah , maafkan aku jika masih ada lagi yang tidak dapat aku tunaikan perintahmu selama aku menjadi isterimu” Rasulullah membalas “jauh dari itu ya Khadijah, engkau telah mendukung dakwah Islam sepenuhnya” Khadijah memandang Fatimah yang kecil di sebelahnya “wahai Fatimah, tidak lama lagi aku akan mati yang kutakutkan ialah azab kubur tolong mintakan pada ayahmu untuk memberikan serbannya jadikan kain kafan buatku nanti” lalu tak lama kemudian Khadijah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan suami tercinta . Rasulullah memeluk jasad Khadijah yang berada dipangkua Baginda sambil menangis menitik air mata lalu Rasulullah berkata kepada jasad Khadijah yang sudah tidak lagi bernyawa “wahai Khadijah isteriku sayang, demi Allah aku tidak akan pernah mendapatkan isteri sepertimu pengabdian engkau kepada Islam dan diriku sungguh luar biasa namun mengapa yang engkau minta padaku hanyalah selembar kain serban?”

Kembali ke laman "Khadijah binti Khuwailid".