Perbincangan:Krisis politik Perak 2009

Ulasan terkini: 15 tahun lalu oleh Yosri pada topik Simpati pada Rakyat Malaysia

Sekali lagi, BN mengecewakan rakyat dengan terus menerus dengan amalan beli ADUNnya. Mungkin mereka menang kali ini tetapi PRU 13, lihatlah. PRU 12 dahlah saya masih belum undi. Tapi nanti bila PRU 13.... — Alistaire | عليستير (bincang) 11:09, 4 Februari 2009 (UTC)Balas

Ya, jika BN sememangnya kukuh dan tetap di hati rakyat. BN tidak perlu gentar dengan pilihan raya mengejut nanti. Ini tidak, mengamalkan pulak amalan membeli ADUN. Kalau ya pun BN menafikan sekeras-kerasnya sekalipun, rakyat cuma boleh geleng kepala je dengan penipuan BN itu. Kalau nak Malaysia bebas daripada korupsi, jangan bawa amalan korupsi itu walau dalam apa-apa jua perkara sekalipun. Sekadar memberi pendapat. — Didie (bincang) 12:16, 4 Februari 2009 (UTC)Balas

Malangnya mereka kehilangan sekurang-kurangnya satu penyokong yang setia (iaitu saya) dari semua ni. Saya pun bukan tua sangat (lahir 1985) dan zaman Mahathir dulu sayalah pengikut BN yang setia, kerana banyak yang Mahathir kata mengenai Barat memang menggegar. Saya juga takkan malu kata saya menyelebelahi Mahathir berikutan pemecatan Anwar pada tahun 1998 dan saya dah lama sangsi Anwar Ibrahim tu. Sebab tulah benci dengan zaman Pak Lah-Nahjib ni, masih harap jugak mereka akan berubah. Tapi baru hari ini saya sedar, meskipun BN dan Pakatan dua-dua bukan sempurna, jelas yang mana lebih buruk, yang mana lebih baik. — Alistaire | عليستير (bincang) 12:43, 4 Februari 2009 (UTC)Balas

Tajuk

sunting

Saya rasa tajuk yg lebih tepat ialah "krisis kerajaan Perak 2009" ...Aurora... (b) 15:11, 10 Februari 2009 (UTC)Balas

  Setuju Alistaire | عليستير (bincang) 03:28, 11 Februari 2009 (UTC)Balas

  Setuju Saya tidak tahu pun sebenarnya ada rencana mengenai krisis politik di Perak sebelum saya mencipta rencana Krisis perlembagaan Perak 2009. Saya rasa lebih baik kesemua bahan di dalam rencana ini dipindahkan ke situ ataupun guna nama yang dicadangkan itu. Lagipun, nama "Senario politik negeri Perak" berbunyi terlalu umum - ia boleh juga digunakan jika keadaan politik Perak menjadi baik dan tidak kucar-kacir seperti sekarang. Bagaimana pendapat semua? Hezery99 (bincang) 03:36, 19 Mac 2009 (UTC)Balas

  Setuju. Krisis Kerajaan Perak 2009. — Didie (bincang) 13:50, 19 Mac 2009 (UTC)Balas

  Setuju <*)))>< Mr Ikan (bincang) 16:03, 19 Mac 2009 (UTC)Balas

Saya dah pindahkan, tapi masih perlu digabungkan dengan "Krisis perlembagaan Perak 2009". ...Aurora... (b) 09:58, 20 Mac 2009 (UTC)Balas

Terima kasih. Jika kita hendak gabungkan, lebih elok kita turut menggunakan bahan-bahan daripada rencana "Krisis perlembagaan Perak 2009" kerana ia mempunyai lebih banyak sumber rujukan walaupun belum lengkap sepenuhnya. - Hezery99 (bincang) 12:30, 21 Mac 2009 (UTC)Balas
Ok. ...Aurora... (b) 15:55, 23 Mac 2009 (UTC)Balas

Tolong kemaskini!

sunting

Baru-baru ini kita dapat berita ahli-ahli DUN PR bersidang di bawah pokok kerana tak dapat masuk dewan! Tapi dah berminggu-minggu rencana ini tidak dikemaskini, kenapa? 115.133.72.151 01:46, 6 Mac 2009 (UTC)Balas


Simpati pada Rakyat Malaysia

sunting

Saya ingin menyampaikan simpati mendalam saya kepada rakyat negara Malaysia yang telah dirampas demokrasinya. Saya berharap saudara sekalian bisa bertabah. Salam dari saya. 158.143.153.244 15:50, 6 Mac 2009 (UTC)Balas

Sebelum membuat apa-apa komen sila lihat fakta siapa yang membelakangi undang-undang, adakah speaker yang berlagak seperti sultan, atau Menteri Besar yang membelakangi perlembagaan (jelas bukan lagi majoriti masih tidak meletak jawatan seperti jelas dalam perlembagaan Perak). Masa dahulu mereka menggalak lompat parti, tetapi kini melaung-laung lompat parti itu salah. http://www.google.com.my/search?hl=en&q=lompat+parti+pkr&meta= Sekarang bukan simpati tetapi tahniah kerana undang-undang dapat ditegakkan. Yosri (bincang) 00:44, 10 Mei 2009 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Krisis politik Perak 2009".