Perbincangan:Laman Utama/Arkib3

Active discussions
Arkib Ini ialah arkib untuk perbincangan terdahulu. Jangan sunting laman ini.
Jika anda hendak membangkitkan semula topik yang lama, anda boleh mengemukakannya dalam laman perbualan yang aktif.


FAQSunting

Saya rasa perkataan FAQ di laman utama patut ditukar kepada perkataan "Soalan-soalan lazim". Perkataan FAQ ialah berasal dari perkataan Bahasa Inggeris. — Master2841 06:55, 7 April 2006 (UTC)

Benar sekali. Saya setuju. __earth 16:34, 7 April 2006 (UTC)
Bila nak tukar? Saya lagi setuju kalau ditukar kepada "Soalan lazim". - Aviator 11:48, 28 Oktober 2006 (UTC)
Macammana dengan singkatan SSL? che 17:03, 3 Mei 2007 (UTC)
SSL ialah singkatan untuk "Secure Sockets Layer", satu protokol untuk manage transmission untuk message dalam internet . Tulis saja "Soalan-soalan lazim" pun bagus juga. - Jay 01:53, 4 Mei 2007 (UTC)
Saya setuju sangat kalau ditukar ke Soalan Lazim. helmi 12:23, 5 Julai 2007 (UTC)

TentangBahasaMelayuSunting

Hello. I would like to translate this explanation into German. Can you give me the link to PengenalanLamanUtama so I can edit it please? --84.167.211.55 23:36, 27 Julai 2006 (UTC)

It's protected. Just put the translation here and an admin will add it later. ...Aurora... 02:00, 28 Julai 2006 (UTC)
Mana perginya orang yang kata mahu terjemah dalam bahasa Jerman ini? Janji nak terjemah tapi lebih sebulan tak kelihatan. Jika susah sangat lebih baik saya perolehinya juga. — Alistaire 03:52, 1 September 2006 (UTC)

Sorry, it took a while :)

A friend of mine checked my translation. It should be good now. I tested it on kotak pasir. If you want that all flags have the heigth 17px, you can write [[Imej:Flag.svg|50x17px]].

[[Imej:Flag_of_Germany.svg|50x17px|Republik Persekutuan Jerman]] [[Imej:Bendera_Austria.png|50x17px|Republik Austria]] [[Imej:Flag_of_Switzerland.svg|50x17px|Confoederatio Helvetica]] [[Imej:Luxembourg_flag_medium.png|50x17px|Kerajaan Duke Luxembourg]] [[Imej:Liechtenstein_flag_medium.png|50x17px|Imarah Liechtenstein]] '''Sprechen Sie kein Malaiisch?''' Die [[:de:Malaiische Sprache|malaiische Sprache]] stammt von der austronesischen Sprachfamilie ab, die hauptsächlich im malaiischen Archipel in Südostasien gesprochen wird, im Einzelnen in Indonesien, Malaysia, Brunei, Singapur, Südthailand, auf den südlichen Philippinen, bis hin zur Weihnachtsinsel vor Australien. Die Sprache wurde in dieser Region zur Verkehrssprache während der Blütezeit des Sultanats von Malakka im 15. und 16. Jahrhundert. In letzter Zeit wird die malaiische Sprache weltweit verstärkt wahrgenommen.

--Tantalos 03:11, 21 September 2006 (UTC)

Done. — Master2841 07:36, 21 September 2006 (UTC)

Wikipedia dalam bahasa lainSunting

Di mana pergi senarai rencana untuk Bahasa Melayu untuk Wikipedia dalam bahasa lain? Seperti ditunjukkan berikut dalam Senarai Lengkap, ada 15 773 rencana:

No. | Language | Language (local) | Wiki |Articles | Total |Edits | Admins | Users | Images 40 | Malay | Bahasa Melayu | ms | 15 773 | 34 900 | 175 | 487 12 | 6 254 | 5 572

Walaubagaimanapun, Bahasa Melayu tidak diletak pada Wikipedia dalam bahasa lain. Yang saya nampak hanya Bahasa Indonesia dan Basa Jawa. Apakah pentadbir Bahasa Melayu Wikipedia tidak berbangga dengan bahasa mereka? Tambahnya lagi, ini adalah laman Bahasa Melayu - jadi sepatutnya kita utamakan bahasa kita ke atas bahasa lain. "Tak kan Melayu Hilang Dunia!" Saya ingin merayukan pada semua pentadbir-pentadbir Wikipedia Bahasa Melayu untuk berikanlah semangat kepada pengguna berbahasa Melayu di Wikipedia dengan memasukkan Bahasa Melayu pada senarai Wikipedia dalam bahasa lain. Terima kasih untuk kerja sama anda.

Sekian, --Fantastic4boy

Seperti yang dinyatakan, templat tersebut bertajuk Wikipedia dalam bahasa lain... iaitu bahasa selain Bahasa Melayu. Ia hanyalah pautan mudah untuk ke laman utama bahasa lain selain bahasa Melayu, bukan senarai bahasa yang wujud di atas dunia ataupun bahasa yang wikipedia miliki. Meletakkan pautan bahasa Melayu di situ ibarat meletakkan jalan ke rumah sendiri ketika diri sendiri sudah pun berada di rumah.
Orang yang mengunjungi laman ini pun tidak perlu mencari-cari di mana pautan ke wikipedia bahasa melayu apabila sudah terang lagi bersuluh di atasnya tertulis Versi Bahasa Melayu.... Saya harap anda faham dan jelas. Lagipun, Melayu tidak akan hilang di dunia jika ia digunakan dengan baik dan berhemat. Pastikan bahasa Melayu masih tersemat di jiwa, tertera di atas kalam dan ditutur di bibir.
Tetapi terima kasih kerana menjelaskan kekeliruan yang mungkin timbul di laman utama kerana tiada tanda yang sangat jelas menyatakan ini Wikipedia Bahasa Melayu melainkan beberapa baris kecil. Pihak pentadbir akan berbincang mengenainya. Harap maklum. — Polar 18:52, 6 November 2006 (UTC)
Oh, begitu rupanya. Terima kasihlah untuk penjelasan anda. Sekarang saya memahami keadaannya denga jelas.

Fantastic4boy

Ubah Suai Laman UtamaSunting

Saya tidak bersetuju apabila Ms Wiki mengikuti laman utama daripada en wiki. Seharusnya ms wiki bisa lebih baik daripada en wiki. Sebagaimana dalam berita terkini, ms wiki masih terus mengikuti dari perkembangan yang ada di en wiki. Terkesan seolah-olah bahwa ms wiki hanya men translet dari en wiki. Kalau boleh tampilan lama dari ms wiki bisa lebih baik dibandingkan dengan wikipedia yang lain. Andi Ramadhan 12:57, 5 Oktober 2006 (UTC)

Benar. Saya setuju dengan anda. Lagipun, perlu diingat bahawa ini adalah portal ensiklopedia, bukan portal berita. ...Aurora... 15:26, 5 Oktober 2006 (UTC)

Mana interwiki di Laman Utama?Sunting

Setelah saya perhati, rupa-rupanya Laman Utama kita tidak mempunyai pautan interwiki ke laman-laman utama wikipedia lain. Mana-mana admin yang perasan? Ataupun memang perkara ini disengajakan? Harap beri penjelasan. Aviator 23:03, 7 November 2006 (UTC)

Interwiki ke laman-laman utama lain terletak di bawah iaitu dalam kotak templat Wikipedia dalam bahasa lain. Ia diletakkan di situ kerana terdapat terlalu banyak pautan ke laman utama wikipedia lain dan akan bertambah dari masa ke masa maka amat sukar untuk diletakkan di tepi seperti rencana lain. Harap anda menemuinya. — Polar 13:27, 9 November 2006 (UTC)
Owh. Baru perasan. Aviator 15:21, 9 November 2006 (UTC)

ms:wikiquoteSunting

Perlukah kita mewujudkan ms.wikiquote untuk mewujudkan subwiki bagi mengumpulkan segala petikan dari buku, filem, drama, ucapan tokoh dan peribahasa? Sila sambung di Wikipedia:Kedai Kopi. — Polar

Pengenalan bahasa Melayu ke bahasa FinlandSunting

Di bawah ini adalah pengenalan bahasa Melayu ke bahasa Finland. Terjemahan sudah disemak oleh teman saya yang bahasa ibundanya ialah Finland. Saya harap terjemahan dapat dimasukkan ke laman utama ini. Terima kasih.

Etkö osaa puhua Malaijia? Austronesialaiseen kieliryhmään kuuluvaa malaijinkieltä puhutaan pääasiassa Malaijan saaristossa Kaakkois-Aasiassa: Indonesiassa, Malesiassa, Bruneissa, Singaporessa ja sen lisäksi myös eteläisessä Thaimaassa, eteläisillä Filippiineillä ja jopa niin kaukana kuin Australian Joulusaarella. Kieli saavutti lingua franca statuksen Malakan Kuningaskunnan huippuaikoina 1400- ja 1500-luvulla. Viime aikoina malaijikielen tärkeys on alettu tunnistaa maailmanlaajuisesti. --Fern 15:11, 21 Februari 2007 (UTC)

Kemaskini laman utamaSunting

Untuk perhatian penyelia, Suomi (bahasa Finland) sudah mempunyai lebih dari 100000 rencana. Sumber wikipedia laman utama.--Fern 17:48, 24 Februari 2007 (UTC)

Telah ditukar. — Master2841 07:30, 25 Februari 2007 (UTC)

"Rencana pilihan sebelum"Sunting

Sila lihat bahagian Rencana Pilihan. Pada bahagian terakhirnya:

"Rencana pilihan sebelum": Realiti maya – Bahasa Melayu – Julius Caesar

Terdapat salah dari segi tatabahasanya, sepatutnya, Rencana pilihan sebelum ini Terima kasih. --Zack2007 04:45, 4 Mac 2007 (UTC)

Wikinews Bahasa MelayuSunting

Saya telah melihat wikinews Bahasa Inggeris: [1]. Lamannya menarik. Saya cuba. Dapatkah salah satu anda menghasilkan berita untuk laman Bahasa Melayu? [2] Alangkah bagusnya kalau kita mengetahui apa yang berlaku dikeliling dunia. --Fantastic4boy 05:46, 21 Mac 2007 (UTC)

Saya fikir elokkan kita tumpukan kepada wikipedia ini dahulu ...kita pun tidak ramai..masih di kedudukan yang ke-40 lagi..che 10:48, 22 Mac 2007 (UTC)

Mari kita sama-sama berganding bahu memajukan Wikipedia BM ini dengan menghasilkan rencana yang tepat, berkualiti, dan banyak di sini dan semoga kita boleh ditempatkan dalam kedudukan bawah 40 di laman List of Wikipedias agar kita tidak ketinggalan ke belakang daripada wiki2 yang lain. Terima kasih. Tidak perlu lagi diwujudkan Wikinews itu. sokong dengan saudara Che Det -Didie 11:05, 22 Mac 2007 (UTC)

Kita dah ada Wikibooks dan Wiktionary, majukan itu dahulu. ...Aurora... 14:00, 22 Mac 2007 (UTC)
Saya bersetuju dengan Che, Didie dan Aurora. Saya juga menyarankan agar para penulis tidak meninggalkan “perenggan-perenggan bahasa Inggeris” atau membuat rencana ringkas atau terjemahan separuh jalan. Bagi saya, tak ada guna menambahkan jumlah rencana atau menaikkan ranking kalau rencana-rencana tersebut tidak ada gunanya dibaca, samada tidak difahami kewujudannya atau cuma sebaris ayat bahasa melayu mengatakan “xxxx ialah xxx” (dan selebihnya bahasa lain) sepertimana yang sungguh banyak dijumpai dalam wiki Melayu sekarang. Tak perlulah kita buat wikinews buat masa kini saya berharap agar ahli-ahli wiki melayu dapat menghabiskan kerja yang dibuat separuh jalan. Itu lagi bagus. Tak kisahlah kalau kita di ranking 100 tetapi jikalau kualiti kita bagus, di masa akan datang, rakyat Malaysia tidak perlu lagi pergi ke pautan bahasa Inggeris untuk mendapatkan maklumat lanjut. Buat masa ini, saya terpaksa meletakkan banyak pautan bahasa Inggeris (seksyen khas “Lihat juga”) di dalam rencana-rencana yang saya buat kerana banyak lagi terjemahan yang perlu dibuat dan mungkin akan ambil masa bertahun untuk saya habiskan kesemuanya (insyallah). Sakit mata saya melihat “merah” bila saya buat pautan wiki Melayu. Harap-harap, semuanya akan jadi “biru” bila saya ada masa kelapangan. - Jay 05:56, 27 Mac 2007 (UTC)

Bantu sayaSunting

Saya ada satu matlamat, iaitu "membirukan" daftar bahasa pengaturcaraan. Saya rasa penat membuatnya seorang diri. Jadi bolehkah sesiapa membantu saya. :{ ~~ Kurniasan 06:19, 16 April 2007 (UTC)

Saya faham :)) sebab saya pun orang IT, untuk terjemahan teknikal, kita perlu orang yang faham atau bekerja dalam bidang itu. Tetapi saya tak dapat tolong sebab saya pun tengah penat nak "membirukan" skop pilihan saya - Opera . Saya menyertai "Wikipedia: WikiProject Opera En" untuk membirukan rencana-rencana berkaitan opera dalam "Wiki English" dan dalam masa yang sama cuba "membirukan" rencana-rencana berkaitan opera dalam wiki kita yang lagi meriah "merah"nya. Oleh sebab itu, saya buka "Wikipedia:WikiProjek Opera ms" dalam bahasa Melayu untuk cari orang-orang kita yang hendak membantu - kalau ada lah. Kalau tak ada, saya kenalah buat sendiri perlaha-lahan. Ini memang makan tahun! - Jay 01:15, 25 April 2007 (UTC)
Saya telah cuba membantu setakat termampu. Jangan berputus asa. Teruskan perjuangan mu. Wikipedia Boleh!!! Yosri 02:18, 25 April 2007 (UTC)
Insya-Allah saya akan tolong. Aviator 09:14, 3 Mei 2007 (UTC)
Kebelakangan ini saya sibuk dengan peperiksaan, jadi tidak dapat meneruskan usaha saya, tambah lagi mungkin apabila cuti akhir semester nanti saya akan berehat selama 2 bulan lebih daripada meWiki. Lepas tu baru saya akan teruskan perjuangan. Kurniasan 07:20, 5 Mei 2007 (UTC)
Mahukah anda membantu binakan rencana ini http://ms.wikipedia.org/wiki/Portal:Malaysia?

Penggunaan perkataanSunting

Merujuk kepada perkataan "Lebih..." di Laman Utama, saya berpendapat, perkataan "Lebih..." di situ kurang tepat penggunaannya. Kerana ia seperti alih bahasa secara terus dari perkataan "More..." di wikipedia berbahasa Inggeris. Cadangan saya untuk perkataan "Lebih..". di ruangan Rencana pilihan lebih tepat jika kita menggunakan perkataan Selanjutnya... kerana di Laman Utama, rencana tersebut adalah petikan daripada rencana penuh dan kita perlu menekan capaian "Lebih..." itu untuk membaca keseluruhan rencana tersebut.

Ini sekadar pendapat saya berdasarkan pemahaman bahasa melayu saya selama ini. Terima kasih

Masuk akal. Saya setuju. Master2841 16:53, 19 Julai 2007 (UTC)
Setuju untuk rencana dan gambar pilihan sahaja. Yang lagi tiga, mungkin perkataan "lagi" lebih baik. ...Aurora... 14:44, 20 Julai 2007 (UTC)
Nampaknya perubahan telah dibuat untuk perkataan lagi... namun perkataan lebih... masih tiada apa² perubahan... adakah disebabkan Aurora adalah penyelia maka cadangan akan diterima dengan secara terus menerus? tidak semestinya menggunakan perkataan yang saya cadangkan, mungkin ada perkataan lain yang lebih tepat. Ini sekadar pertanyaan. kerana tujuan cadangan ini untuk memajukan Wikipedia Bahasa Melayu ini sendiri. Harap di ambil perhatian kerana ramai yang merujuk halaman ini untuk tujuan pembelajaran terutama murid-murid. Jika wikipedia sendiri tidak dapat memberikan penggunaan bahasa yang baik, mungkin ianya akan memberi kesan buruk kepada sesetengah golongan. Sekadar pendapat. terima kasih... eizil 04:40, 27 Julai 2007 (UTC)
Cadangan saya diterima, cadangan anda juga diterima. Bezanya, saya laksanakannya sendiri. Kalau tiada orang buat, mungkin saya akan tolong minggu depan. ...Aurora... 14:17, 27 Julai 2007 (UTC)

Kesalahan tatabahasa dan penggunaan kataSunting

Sumbangan anda dialu-alukan! Laman web ini diusahakan oleh penutur bahasa Melayu tanpa mengira negara asal, dan anda semua digalakkan untuk turut serta. Anda boleh menyumbang apa jua rencana yang anda ingini, yang jika pada pandangan anda, dapat memberi manfaat kepada pembaca, terutama sekali rencana berbentuk akademik. Setiap rencana di dalam Wikipedia ini mempunyai pautan sunting di bahagian atas; anda hanya perlu tekan pautan tersebut untuk membuat perubahan pada rencana tersebut. Anda digalakkan membuat percubaan di kotak pasir untuk mempelajari bagaimana anda boleh menyunting sebarang rencana sekarang.

Terdapat beberapa kesilapan dari segi tatabahasa dalam petikan perenggan di atas. Kesalahan yang berwarna merah menunjukkan kesalahan dari segi tatabahsa dalam frasa tersebut. Manakala kesalahan yang berwarna biru, menunjukkan kesalahan dari segi penggunaan kata yang tidak tepat.

apa jua sepatutnya digantikan dengan apa-apa jua

yang jika pada perkataan yang, jika, dan pada tidak boleh digunakan bersama. Kata sendi nama tidak boleh diletakkan bersebelahan dengan satu sama lain.

di dalam menunjukkan ruang. Frasa yang sepatutnya digunakkan ialah dalam. Di tidak boleh digunakan kerana di menunjukkan tempat.

tekan sepatutnya digantikan dengan menekan

tersebut Perkataan ini telah digunakan sebanyak dua kali dalam ayat ini. Gantikan perkataan ini dengan perkataan itu atau berkenaan.

di kotak pasir Di digunakan untuk menunjukkan tempat.

bagaimana Perkataan itu tidak boleh diletakkan pada tengah-tengah ayat sahaja dan mesti diletakkan dengan pertikal -kah pada belakangnya. Oleh itu, perkataan cara-cara lebih sesuai digunakan.

sekarang Perkataan itu harus digugurkan.

Pada pandangan saya, ayat kedua dalam perenggan tersebut terlalu panjang. Ayat itu harus dibahagikan kepada beberapa bahagia supaya penjelasan yang lebih jelas dapat dinyatakan.

Saya berharap penerangan tentang kesalahan tatabahasa dan penggunaan kata dalam petikan perenggan di atas jelas. Sekiranya anda tidak setuju dengan penerangan di atas, maklumkan kepada saya. Diharapkan kesilapan tersebut dapat ditukar tanpa bantahan daripada pihak-pihak tertentu. Harap maklum ---MSWiki 04:29, 24 Ogos 2007 (UTC)---

Saya ok je. ...Aurora... 15:31, 25 Ogos 2007 (UTC)
Haha.. Saya juga berasa pelik dengan kesalahan-kesalahan sebegini. Seolah-olah Wikipedia bahasa Melayu dikendalikan oleh orang bukan Melayu (seolah-olah! Jangan marah ya kalau ada yang terasa). Satu lagi tentang "kotak pasir". Pengguna baru mesti garu kepala kerana keliru bila membaca "kotak pasir". Kena fikir banyak kali baru perasan yang "kotak pasir" sebenarnya diterjemahkan secara harfiah (bulat-bulat) daripada bahasa Inggeris. Kanak-kanak mat saleh diajar bermain sandbox untuk merangsang fikiran dan imaginasi. Tapi istilah ini tiada dalam budaya Melayu. Semuanya berpunca daripada perangai 'terjemah bulat-bulat'. Kenapa tidak gunakan nama "Wikipedia:Uji"? Lebih mudah difahami dan diingati. ~ Aviator 20:06, 25 Ogos 2007 (UTC)

Kesalahan dari segi tatabahasa dilakukan oleh sesiapa sahaja. Oleh itu, ini tidak hairan. Semua orang melakukan kesilapan. Istilah kotak pasir tidak mempunyai sebarang masalah. Asalakan istilah itu dikenali umum. Pada pandangan saya, Wikipedia bukanlah milik orang Melayu. Justeru, hal-hal berkaitan dengan bangsa seseorang tidak harus dibangkitkan. ---MSWiki 07:04, 26 Ogos 2007 (UTC)--

Uji lebih umum maknanya. Jangan silap sangka semua anak mat salleh ada sand box. Tetapi perkataan "sand box" di sini adalah konsep di mana tempat anak-anak bermain/berlatih dalam persekitaran terkawal. Berkenaan kesalahan tata-bahasa semua orang boleh membetulkan sebarang kesilapan yang ada. Tetapi jangan berharap sumbang baru akan sempurna sepenuhnya, kerana bukan semua orang adalah pakar bahasa. Sekiranya hendak tunggu tulisan sempurna baru diletakkan di sini lebih baik tulis buku. Bukan tidak mahu sempurna, tetapi jangan terlalu mementingkan semuanya sempurna sehinggakan menakutkan pengguna baru. Yosri 11:57, 29 Ogos 2007 (UTC)
Konsep? Saya anggap sandbox seperti "simpulan bahasa" (idiom) dalam bahasa Inggeris. Jadi simpulan bahasa tidak diterjemah secara bulat-bulat, bukan? Ambil makna tersirat sahaja. Contoh simpulan bahasa yang lain ialah "unsung hero". Takkanlah nak terjemah "wira yang tidak dinyanyikan" sedangkan terjemahan yang lebih baik ialah "wira yang tidak diraikan"? Sekadar berhujah. ~ Aviator 02:09, 30 Ogos 2007 (UTC)

Gambar pilihan...ralatSunting

Terdapat kesalahan ejaan pada teks gambar pilihan

Cakera padat (bahasa Inggeris: compact disc atau CD) adalah cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital. Alur runut yang terdapat pada sekeping CD boleh bertndak sebagai jeriji dan menghasilkan pantulan berwarna-warni.

Izzudin 09:33, 7 Disember 2007 (UTC)

 Done --King Edmund of The Woods 10:18, 7 Disember 2007 (UTC)

PengenalanSunting

takda ke dalam bahasa tamil? →Izzudin 10:36, 7 Disember 2007 (UTC)

Sedihnya~ Setakat ini kita belum temui seorang pengguna berbangsa Tamil yg aktif :'( Harap-harap seorang Tamil boleh datang berdaftar dan menyumbang di sini mewakili bangsa India di Malaysia! --King Edmund of The Woods 10:40, 7 Disember 2007 (UTC)
huhu... dah dapat pengenalan dalam bahasa tamil!

மலாய் மொழி ஆஸ்திரே-ஆசிய குடும்பத்தைச் சார்த ஒரு மொழி. இது தெற்காசியாவின் மலாய் Archipelago பிரதேசத்தில் உள்ள இந்தோனேசியா, மலேசியா, புருனி, சிங்கப்பூர், தாய்லாந்து, பிலிப்பைன்ஸ், ஆஸ்திரேலியா ஆகிய நாடுகளில் பேசப்படுகின்றது. 15 ஆம், 16 ஆம் நூற்றாண்டுக் காலப்பகுதியில் இந்தப் பகுதிகளை ஆண்ட அல்லது தொடர்புகளை பேணிய மலாக்கன் சுல்தானின் ஆட்சியில் இம்மொழி செல்வாக்கு பெற்றது.

original: dekat kedai kopi bahase tamil.. atau kat sini: மலாய் மொழ

ditulis oleh: IzZ pada: 14:53, 17 Disember 2007 (UTC)

Salah eja 'Negara'Sunting

Saya telah mendapati ejaan salah pada ayat di berikut:

"... bahawa Sultan Brunei merupakan pemerintah mutlak negera Brunei?"

Ejaan salahnya adalah 'negera'. Sepatutnya dieja 'negara'

--BukanTeamBiasa 07:08, 20 Disember 2007 (UTC)

Sebenarnya anda juga boleh menyunting bahagian "tahukah anda" di Wikipedia:Tahukah anda. -Yk Yk Yk 07:13, 20 Disember 2007 (UTC)
Kembali ke laman "Laman Utama/Arkib3".