Perbincangan:Negara (politik)

Ulasan terkini: 17 tahun lalu oleh PM Poon

Hai Alistair, beberapa nota:

  1. Saya mengeluarkan templat {{politik}} dalam rencana kerana tidak sesuai untuk rencana ini. Templat {{politics}} dalam Wikipedia bahasa Inggeris itu tidak sama dengan templat {{politik}} dalam Wikipedia bahasa Melayu. Templat {{politik}} di portal ini dicipta untuk tokoh politik, umpamanya rencana Tunku Abdul Rahman. Semasa itu, saya tidak tahu ada rencana negara, hehehe.
  2. Oleh sebab (1), saya telah mencipta templat {{politik1}} untuk rencana anda. Berhati-hati tentang terjemahan saya!!
  3. Saya juga mencipta Templat:Subnational entity, tetapi tidak tahu menterjemahkannya kerana terlalu teknikal. Kini, saya dah tak yakin terjemahan untuk "country" ialah apa, hehehe.
  4. Untuk tajuk bahagian, garis panduan Wikipedia menetapkan peraturan berikut:
Gunakan huruf besar untuk huruf pertama bagi perkataan pertama serta nama khas dalam tajuk bahagian, tetapi biarkan perkataan lain dalam huruf kecil. Umpamanya, "Peraturan-peraturan dan syarat-syarat", bukannya "Peraturan-peraturan dan Syarat-syarat".

Alistair, tekan pautan garis panduan Wikipedia ini supaya anda boleh membaca dan membiasakan diri dengan garis panduan Wikipedia sedikit demi sedikit, lama lama jadi bukit, hehehe.

Memangnya, gaya Wikipedia untuk tajuk bahagian amat pelik. Biasa, untuk title, kita menggunakan title case, iaitu huruf besar untuk semua huruf pertama bagi setiap perkataan tajuk. Sewaktu saya menyertai Wikipedia bahasa Inggeris buat pertama kali, saya menggantikan semua tajuk bahagian dengan title case. Saya ingat mereka silap kerana tidak menggunakan title case untuk tajuk bahagian. Sebaliknya, saya dipanggil smart alec oleh seorang admin yang merupakan pensyarah Universiti Oxford, hehehe. Mereka memang kasar, tak kasi muka. Cakap saya pandai-pandai menggantikan dari betul menjadi salah, dan "menasihatkan" saya supaya jangan lagi menyunting... cuma mencipta rencana baru, hehehe. Memang saya kena banyak teruk di sana. Di sana ialah The University of Hard Knock. Knock sampai kepala bengkak, tetapi satu kelebihan di sana ialah seorang pengguna membelajari garis panduannya dengan cepat.

Di portal ini, saya berasa hanya saya, Aurora, Ychmatematik, dan beberapa orang lagi yang lebih fasih dalam garis panduan Wikipedia (tetapi masih buat kesilapan, kerana terlalu banyak). Hampir semua yang lain mungkin tidak tahu tentang kewujudannya, hehehe. — PM Poon 19:42, 16 Mei 2006 (UTC)Balas


Memang sukar tetapi saya telah terjemah setakat mana saya fahami setakat ini nama-nama kawasan dalam Templat:Subnational entity itu. Sesetengahnya yang lagi saya fikir, ada yang tidak dapat diterjemahkan kerana perkataan-perkataan itu tidak langsung mempunyai perkataan yang sama maksudnya dalam Bahasa Melayu. Bagi mereka itu, saya rasa kita terpaksa kekalkan perkataan Bahasa Inggeris mereka. Nantilah saya bacakan kesemua rencana-rencana itu untuk dapat idea apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan makna perkataan-perkataan itu. Alistair 阿力斯特伊儿 06:10, 17 Mei 2006 (UTC)Balas

Tidak lama selepas mengarang komen diatas, teringat pula LinguaWeb yang membantu saya menterjemah beberapa lagi nama tempat. Tidak sangka bahawa canton adalah mukim. Terdapat satu terjemahan yang saya tidak berapa setuju, iaitu Province = Wilayah. Hakikatnya perkataan wilayah merujuk kepada Territory sebagai contoh, Wilayah Persekutan = Federal Territory. Walaupun konvensyen adalah untuk menganggap perkataan Wilayah merujuk kepada kedua-dua Province dan Territory, saya tidak bersetuju kerana Province dan Territory bukan ditadbir dengan cara yang sama. Province adalah lebih kurang sama statusnya sebagai negeri, manakala wilayah biasanya merujuk kepada sesuatu yang lebih kecil saiznya. Oleh itu, saya menggunakan perkataan "Provinsi" sama daripada Bahasa Indonesia yang membahagikan wilayahnya dengan perkataan "Propinsi". Alistair 阿力斯特伊儿 09:06, 17 Mei 2006 (UTC)Balas

Saya ini macam burung nuri. Mengikut Kamus Dewan Bahasa:

Bagaimanapun, Dewan Bahasa mempunyai "Kaedah Pengejaan Istilah Pinjaman". Mengikut kaedah untuk ejaan transkripsi:

Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang bersangkutan, iaitu istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan. Misalnya:
  • police = polis
  • ambulance = ambulans

Oleh itu, province harus dieja sebagai provins, tanpa akhiran 'i'. Jika anda menggunakan "provins", tiada seorang pun yang boleh mengatakan anda salah, kerana anda telah mengikuti "Kaedah Pengejaan Istilah Pinjaman" yang diberikan oleh Dewan Bahasa, pengembang bahasa Malaysia yang rasmi.

PM Poon 10:18, 17 Mei 2006 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Negara (politik)".