Perbincangan:Pandemik COVID-19 di Malaysia

Latest comment: 2 tahun lalu by Shahsukanulis in topic Mohon jangan buang petikan yang tiada rujukan

Usul pemindahan jadual senarai pesakit kepada bentuk templat sunting

Saya rasa lebih elok kalau jadual senarai pesakit dalam bahagian "Garis masa pandemik virus" dipindahkan dan diolah menjadi bentuk templat, kerana jadual tersebut membawa kepada saiz rencana yang begitu besar (kini hampir 155 ribu bait). Saya takut apabila rencana menjadi semakin besar (lebih-lebih lagi dengan perkembangan terkini pandemik serta perkembangan akan datang), rencana menjadi lebih sukar untuk dimuat naik bagi tujuan paparan pembaca serta tujuan penyuntingan. PEACE SEARCHΞR [Bincang] 11:00, 16 Mac 2020 (UTC)Balas

Hai PEACE SEARCHΞR, boleh. Saya cadangkan saudara ciptakan rencana Garis masa pandemik COVID-19 di Malaysia. Sesuai dalam mengembangkan lagi maklumat berkaitan bencana kesihatan itu di Malaysia. Terima kasih juga kerana terus menerus mengembangkan rencana Pandemik COVID-19 di Malaysia. -Ricky250 (bincang) 11:42, 16 Mac 2020
@Ricky250 Boleh saja, tetapi lebih elok kalau kita dapatkan perbincangan dan persetujuan para penyunting aktif rencana ini. Selepas ini, kita boleh buka sebuah tajuk perbincangan baharu khusus untuk pemindahan ini. PEACE SEARCHΞR [Bincang] 06:51, 17 Mac 2020 (UTC)Balas
@Ricky250 dan PeaceSearcher: Saya setuju je dengan apa yang dicadangkan oleh Ricky250 (bincang · sumbangan). Kita ikut format garis masa seperti rencana Garis masa pandemik COVID-19 pada Mac 2020. Pasal templat carta bar bagai, serahkan kepada saya. Tapi buat masa ni lebih elok memindahkan jadual-jadual tersebut. Bukan apa, disebabkan rencana ini akan menjadi tumpuan ramai dan juga menjadi tumpuan penyunting, untuk mengelak percanggahan suntingan, data yang sentiasa disunting lebih baik ditukar bentuk kepada templat. SNN95 Talk to me, beybeh! 07:35, 18 Mac 2020 (UTC)Balas
@Ricky250 dan PeaceSearcher: Jika tiada apa-apa bantahan, saya akan pindahkan jadual-jadual tu kepada bentuk templat. SNN95 Talk to me, beybeh! 07:40, 18 Mac 2020 (UTC)Balas
@SNN95: Terpulang kepada kamu. Terima kasih! PEACE SEARCHΞR [Bincang] 09:19, 18 Mac 2020 (UTC)Balas

@Ricky250 dan PeaceSearcher: Oh ya... saya akan menggunakan data seperti yang dipaparkan di WBInngeris, ya? SNN95 Talk to me, beybeh! 07:43, 18 Mac 2020 (UTC)Balas

Saya sokong. --Claude (bincang) 10:31, 18 Mac 2020 (UTC)Balas

Pindahkan semua kandungan dalam subtajuk "Kes" dalam laman templat sunting

Saya usulkan perkara ini bukan apa, data dalam subtajuk tersebut sentiasa dikemaskini saban hari, dan tadi pon sudah berlaku satu percanggahan suntingan saya dengan penyunting yang lain. Jika apa-apa suntingan berlaku seperti mengemaskini yang bukan berkenaan dengan data, berkemungkinan percanggahan akan berlaku walaupon sebenarnya penyunting yang berkaitan tidak langsung menyunting tajuk bahagian yang sama. Harap semua bersetuju dengan usul ni. SNN95 Talk to me, beybeh! 13:43, 20 Mac 2020 (UTC)Balas

@SNN95: Bagi jadual kes mengikut negeri, saya setuju. Bagi graf garis di bawah sekali itu tak perlu sebab itu ialah gambar. Bagi jadual-jadual lain, saya tak kisah sangat, terpulang kepada kamu. Terima kasih! PEACE SEARCHΞR [Bincang] 15:21, 20 Mac 2020 (UTC)Balas
Saya buat dahulu yang mana patut. Jika rasa tidak sesuai, kita undurkan sahaja. SNN95 Talk to me, beybeh! 17:10, 20 Mac 2020 (UTC)Balas

Kerjasama sunting

Jika sesiapa disini ada kelapangan, boleh turut sama membantu untuk mengemaskini rencana ini. Kalau nak diikutkan, agak banyak juga isi sebenarnya yang nak dikemaskini jika merujuk kepada versi bahasa Inggeris. @SNN95:, @PeaceSearcher:, @Ricky250:, @Anne4321:, @Fandi89:. Claude (bincang) 12:15, 6 April 2020 (UTC)Balas

Pemerluan kemas kini rencana ini. sunting

Saya dapati ada beberapa maklumat yang tidak dikemaskini sejak Mei tahun lalu (2020). Ada sesiapa yang ingin bekerjasama mengemas kini rencana ini berdasarkan artikel versi Bahasa Inggeris yang sering dikemas kini?Shahsukanulis (bincang) 15:16, 31 Januari 2021 (UTC)Balas

Mohon jangan buang petikan yang tiada rujukan sunting

Saya sebagai salah seorang penyunting tegar artikel ini memohon agar sesiapa jangan membuang suntingan yang dibuat pada petikan yang dibuat sekiranya tiada rujukan. Hal ini kerana setiap petikan maklumat tersebut mempunyai rujukan yang sahih dan telah disitasi. Namun, akibat masalah teknikal di rencana ini, kebanyakan rujukan terbaru tidak dapat ditunjuk dan telah rosak.Shahsukanulis (bincang) 09:50, 31 Januari 2022 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Pandemik COVID-19 di Malaysia".