Perbincangan:Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu

(Dilencongkan dari Perbincangan:Pemahsyuran Kemerdekaan Tanah Melayu)
Latest comment: 11 tahun lalu by Aurora in topic Hari Merdeka

bagaimanakah saya menghargai kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh tokoh tersebut?

Jangan biarkan jiwa dan minda dijajah oleh bangsa asing. Ingat bahawa diri anda adalah setaraf dengan mereka, budaya anda, kepercayaan anda adalah setanding, malah mungkin lebih baik. Sekiranya mereka mengatakan berkelakuan seperti haiwan itu baik, jangan cepat terikut-ikut tetapi fikir dengan akal yang logik dan pertimbangan yang waras. Yosri 12:13, 27 Februari 2006 (UTC)Balas

Mana Lebih Sesuai sunting

Saya rasa pemahsyuran lebih sesuai kerana ada dokumen bertulis.DaniAsh| Nak Kritik, Klik Sini 20:22, 21 Disember 2007 (UTC)Balas

Saya rasa anda maksudkan "masyhur". ...Aurora... 15:28, 7 April 2008 (UTC)Balas

tatau lah, buku teks sejarah tlis len. PuteraLuqman Tunku Andre 16:16, 7 April 2008 (UTC)Balas

Erm... betul ke kalau pengisytiharan merujuk kepada upacara itu manakala pemasyhuran ialah dokumen itu? sebab rencana ini berkenaan upacara itu. Polar 17:06, 7 April 2008 (UTC)
Taktaulah Polar. Yg saya tau perkataan "mahsyur" tiada dalam kamus. ...Aurora... 15:12, 8 April 2008 (UTC)Balas
Cik Aurora salah eja rasanya. Masyhur ada dalam kamus. Isytihar pun ada. Cuma yang sama pernah lihat perkataan "Pemasyhuran" digunakan (sepanjang hayat saya setakat ini) ialah ketika kemangkatan baginda Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz, Agong ke-11 iaitu sebelum upacara pemakaman, di istana diadakan upacara pemasyhuran Raja Muda Selangor ketika itu, Tengku Idris Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Sharafudin Idris Shah. Rasanya Pemasyhuran lebih kepada perkataan istana kerana Tunku sendiri kerabat diraja dan pengisytiharan kemerdekaan itu dilakukan di hadapan raja-raja Melayu. Mungkin sebab itu dokumen rasmi kemerdekaan tertulisnya perkataan pemashuran. Dapat dilihat perkataan pemasyhuran tidak berapa digunakan lagi selepas itu seperti Pengisytiharan Malaysia dan Pengisytiharan Wilayah Persekutuan. Polar 15:34, 8 April 2008 (UTC)
Saya tahu "masyhur" memang ada, yang saya pertikaikan ialah "mahsyur". ...Aurora... 15:12, 9 April 2008 (UTC)Balas

Hari Merdeka sunting

Kenapa dalam Wikipedia Inggeris ia ditulis sebagai Hari Merdeka? -- i wong (bincang) 02:55, 31 Ogos 2012 (UTC)Balas

Salah tempat ni, tanyalah orang di sana. ...Aurora... (b) 07:24, 2 September 2012 (UTC)Balas
Baru saya perasan. Interwiki ke sini membawa ke laman yang sepadan manakala interwiki di en:Hari Merdeka dibawa ke sini pula. Kesalahan di interwiki laman Hari Merdeka. -- i wong (bincang) 07:50, 2 September 2012 (UTC)Balas
Oh begitu, silalah betulkan. ...Aurora... (b) 08:00, 2 September 2012 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu".