Perbincangan:Peristiwa Memali 1985

Ulasan terkini: 16 tahun lalu oleh Yosri

Peristiwa Memali merakamkan sejarah berdarah akibat percaturan politik. Dalam membincangkan tragedi ini, kita harus mengimbas kembali suasana politik dan kesedaran agama dalam tahun-tahun awal 1980an. Revolusi Islam di Iran dan kebangkitan Mujahiddin di Afghanistan turut memberi semangat kesedaran kepada umat Islam yang ingin kembali kepada penghayatan islam.

Misalnya, Dewan Pemuda Pas awal tahun 1980an begitu ghairah untuk mendokong kepimpinan ulamak dalam PAS. Jesteru itu ramailah pemuda-pemuda berpendidikan tinggi agama dan aktivis-aktivis berpaksi kepada agama tampil ke dalam Pas. Ceramah-ceramah politik dan agama anjuran Pas dikatakan mampu menarik ribuan pendengar. Slogan jihad, syahid dan kafir menjadi mainan di bibir penceramah. Di satu pihak lain iaitu parti berasaskan sekular telah melihat kecelaruan ini dan memaksa pemerintah untuk membendungnya.

Kebangkitan Islam atau kesedaran untuk kembali kepada pejuangan ini turut dirasai di lain-lain negara seperti negara jiran Indonesia. Peristiwa Tanjung Periuk umpamanya telah menyaksikan tragedi berdarah apabila puluhan pendokong Islam dibunuh. Selang beberapa bulan berikutnya, terjadi pula pembantaian di Memali. Di sana kita melihat pertembungan yang berlaku apabila pemerintah melihat kebangkitan pendokong tersebut benar-benar boleh memberi kesan kepada kestabilan pemerintahan.

Di Malaysia, pucuk pimpinan negara sendiri kelihatan bijak untuk mengambil pendekatan terancang. Di mana kemasukan aktivis utama ABIM seperti saudara Anwar Ibrahim ke dalam UMNO dianggap serampang dua mata pemerintah. Namun, semangat yang dilontarkan oleh pemimpin muda Pas ibarat api dalam sekam yang bila-bila masa boleh momentum kepada kebangkitan rakyat. Apatah lagi, desakan ahli-ahli UMNO dan 'pergeseran rahsiapucuk pimpinan UMNO telah memberi laluan untuk menghalalkan cara. Ibrahim Libya dan pengikutnya bolehlah dianggap kambing hitam kepada permasalahan pucuk pimpinan UMNO.

Ini terbukti bila berlakunya perpecahan dalam UMNO tahun 1987 iaitu dua tahun selepas tragedi Memali, media massa utama negara secara tidak sedar telah membongkarkan 'rahsia dalaman' pimpinan UMNO. Mereka saling tuduh menuduh siapa punya angkara dalam peristiwa berdarah itu. Tuduhan amalan sesat terhadap pihak Ibrahim Libya tersisih dengan sendiri dan sesuatu yang di luar dugaan ialah kunjungi Sultan kedah untuk menyiram air mawar di kubur panjang mangsa. Kesaksian ahli-ahli yang hidup terhadap tanda-tanda kesyahidan mangsa adalah jelas dan telah terbongkar siapa punya angkara?


Sebahagian isi kandungan berbunyi seperti khayalan, penulisnya boleh membaca fikiran orang lain. Sebahagian isi disembunyikan sehingga terdapat bukti bertulis/rujukan bagi dakwaan tersebut. Sementara itu bahagian itu akan kami sembunyikan sementara menunggu rujukan. Yosri 01:17, 30 November 2007 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Peristiwa Memali 1985".