Perbincangan:Pokok manggis

(Dilencongkan dari Perbincangan:Pokok Manggis)
Latest comment: 15 tahun lalu by Kamalzack in topic Undian demokrasi

Gabung? sunting

Lebih baik disatukan rencana ini dengan rencana Manggis. Jika membincangkan pokok agak terlalu singkat walhal jika digabungkan dengan rencana manggis akan nampak sedikit sempurna di sana.--Tikar aurum (bincang) 10:13, 25 Ogos 2008 (UTC)Balas

Setuju. Saya juga rasa yang semua rencana berkenaan tumbuhan tidak perlu dipisahkan kepada pokok dan buah. Bendanya sama sahaja. Kalau nak pisah, kenapa tak buat "daun manggis", "batang manggis" dan konco-konconya sekali? Lagi banyak cerita boleh ditulis. Samalah macam rencana haiwan. Kalau macam itu, baik buat "lembu" dan "anak lembu". Maaf. Bukan nak perli ya.—Aviator, 11:33, 25 Ogos 2008 (UTC)Balas
Taik lembu? hehehe... Perkara ni sebenarnya dah saya bincangkan lama dulu. Tapi takde perubahan pun. izzudin 11:42, 25 Ogos 2008 (UTC)Balas
Lihat anak lembu dan ibu lembu, bapak lembu, bapak lembu kena kasi, dan tahi lembu. Asyik komen sahaja, tambahlah sumbangan. Yosri (bincang) 12:02, 25 Ogos 2008 (UTC)Balas
Ciss... maraw nampak? siap bagi lagik taik sebijikk *hambek ko izzudin 12:12, 25 Ogos 2008 (UTC)Balas
 
Rupa tahi lembu yang dibincangkan di atas.
Marah ke.... Heee... Heee... Heee... tak marah. nanti kena jual. Bukan apa, kita mesti berpandangan jauh, apabila bahasa Melayu mempunyai sumber yang begitu kaya sehingga dapat mengupas sesuatu perkara dengan perincian di atas. Sampai tahi pun dibincangkan. Itu lah maksud saya. Jangan pula sesiapa ambil hati lalu boikot. Cuma kalau semua saya kejar, takut yang gambar kat tepi cicir nanti. Yosri (bincang) 12:16, 25 Ogos 2008 (UTC)Balas
Aduh. Sekali kena atas muka da. Tobat tak nak buat lagi.—Aviator, 14:44, 25 Ogos 2008 (UTC)Balas
Tiba-tiba keluar gambar tahi lembu plak! Saya faham hasrat sdr. Yosri. Cuma bagi saya, lebih baik lengkapkan dahulu rencana manggis. Jikalau rencana itu terlalu panjang, barulah dibuat rencana pokok manggis sebagai rencana anak. Apa pendapat rakan-rakan yang lain? Saya sebenarnya cuba nak melengkapkan rencana manggis, tapi kurang sumber rujukan sekarang nih. --Tikar aurum (bincang) 21:16, 26 Ogos 2008 (UTC)Balas
Sebenarnya saya setuju digabungkan. Pertama sekali supaya sesuatu rencana itu nampak lebih banyak, terperinci dan tidak mengelirukan. Saya sedia melakukan inisiatif untuk menggabungkan rencana. Cuma saya tidak mahu ada pihak yang terasa. Saya menghargai sumbangan saudara Yosri yang begitu lama. Masalahnya kita tidak ada kepakaran untuk membuat rencana anak terperinci mengenai pokok manggis atau sebagainya. Kita kebanyakan bukan pengkaji tumbuhan tapi lebih kepada penyunting dan penterjemah. Kamalzack (bincang) 01:15, 27 Ogos 2008 (UTC)Balas
Kalau digabungkan, oleh kerana rencana-rencana pokok adalah lebih lengkap, sila gabung kesemuanya menjadi rencana pokok. Saya akan lebih menumpu kepada rencana pokok selepas ini, agar selaras dengan ensiklopedia Pokok berbahasa Inggeris. Saya akan menyingkirkan mana-mana fakta bertindan dari rencana pokok...... Pelihara alam sekitar. Yosri (bincang) 04:38, 27 Ogos 2008 (UTC)Balas
Baiklah kerana orang yang banyak menyumbang untuk koleksi artikel berkenaan pokok sudah setuju. Bolehlah kita mulakan konsilidasi rencana pokok dan buah. Saya akan cuba buat malam ini. Kamalzack (bincang) 05:32, 27 Ogos 2008 (UTC)Balas
Oh satu lagi. Saya lebih suka menamakan kembali rencana pokok menggunakan istilah umum Manggis sahaja. Kamalzack (bincang) 05:34, 27 Ogos 2008 (UTC)Balas
Tolong baca baik-baik persetujuan saya. Saya hanya setuju sekiranya rencana manggis dimasukkan ke dalam rencana Pokok Manggis kerana rencana manggis tidak cukup bahan, bukan sebaliknya. Begitu juga sekiranya anda hendak membuat rencana berkenaan buah belimbing, tolong jangan alihkan Pokok Belimbing kerana rencana-rencana berkenaan pokok, saya akan kembangkan. Saya tidak setuju sama sekali rencana pokok dipindahkan kepada rencana berkenaan hasil dari pokok tersebut. Tidak logik ibu menurut anak. Tulis bahan sendiri, dan jangan alihkan bahan orang lain. Yosri (bincang) 08:54, 27 Ogos 2008 (UTC)Balas
Setelah mengkaji rupa bentuk rencana di wiki-en berkaitan tumbuhan, saya telah mendapat kesimpulan berikut. Perlu ada satu rencana ibu. Dalam kes ini saya cadangkan rencana Manggis sebagai rencana ibu. Di dalamnya akan wujud bahagian-bahagian khusus yang membicarakan perihal manggis. Antaranya ialah buah, pokok, daun dan benih. Di bahagian pokok sebagai contoh, perlu dibincangkan hanya perkara berkaitan pokok, seperti taburan kedapatannya, jenis tanih yang sesuai, kulit pokok dan mungkin baja. Cuma jika terdapat lebih daripada tiga perenggan di situ, barulah wajar dibuat rencana anak yang hanya membincangkan perihal pokok manggis dengan lebih terperinci. Dengan cara ini, kita tidak perlulah buang rencana pokok manggis ini. --Tikar aurum (bincang) 09:48, 27 Ogos 2008 (UTC)Balas
Saya tak sangka Yosri begitu degil:) Ibu adalah "MANGGIS" kerana daripada manggis itu menjadi pokok manggis, buah manggis dan sebagainya. Bila saya bercakap manggis saya merujuk kepada spesis itu yang dipanggil dalam bahasa botaninya Garcinia mangostana. Yosri sendiri menggunakan bahasa botani yang sama ketika merujuk kepada Pokok manggis dan manggis (saya rasa di sini ia bermaksud buah manggis). Kandungan tentang Pokok manggis masih akan tetap dalam Manggis. Tujuan ini hanya untuk menyelaraskan Wikipedia. Kerana Wikipedia bukan hak sesiapa, apa kata kita membuat undian siapa yang setuju dengan cadangan penggabungan ini. Kamalzack (bincang) 09:52, 27 Ogos 2008 (UTC)Balas
Kenapa pula rencana manggis jadi laman nyah kekaburan? Sepatutnya rencana itu membicarakan manggis. Apabila ahli botani merujuk kepada manggis, mereka membicarakan tentang buah itu. Hatta, orang awam pun merujuk manggis kepada buahnya. Sewajarnya rencana manggis menjadi rencana ibu. Dibincangkan segala yang berkaitan dengan manggis -- dari pucuk daun hinggalah ke akarnya -- di dalam rencana bertajuk MANGGIS. Ikut ensiklopedia lain pun begitu. --Tikar aurum (bincang) 13:01, 27 Ogos 2008 (UTC)Balas

Undian demokrasi sunting

Saya ingin memanggil pengguna wikipedia untuk mengundi secara demokrasi bagi hal ini. Sila klik pautan di bawah. Terima kasih Kamalzack (bincang) 01:55, 28 Ogos 2008 (UTC) http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Kedai_Kopi#Undian_mewujudkan_rencana_ibu_bagi_tumbuhanBalas

Tolong klik url baru ini di sini Kamalzack (bincang) 01:13, 4 September 2008 (UTC) http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Kedai_Kopi/Arkib_Ogos_2008/3#Undian_mewujudkan_rencana_ibu_bagi_tumbuhanBalas

  • Jangan biarkan Manggis menjadi laman nyahkekaburan
Kembali ke laman "Pokok manggis".