Perbincangan:William, Putera Wales

(Dilencongkan dari Perbincangan:Putera William, Duke Cambridge)
Latest comment: 16 tahun lalu by Yk Yk Yk in topic Nama

Nama sunting

Sepatutnya "Putera Wales William". Gelaran Prince of Wales tak bermaksud baginda putera utk negara Wales. --Edmund The King of The Woods! 16:56, 3 September 2007 (UTC)Balas

Sebenarnya ia adalah nama gelaran (nama khas). Adakah kita perlu menterjemahkannya? Yosri 00:19, 4 September 2007 (UTC)Balas

Saya rasa perlu. Kenapa harus Bahasa Melayu kita ni dicemari dgn perkataan yg memang Inggeris!? Sedih melihat Bahasa Melayu kita semakin hari semakin dijajah, walaupun Malaysia dah merdeka 50 thn... --Edmund The King of The Woods! 08:57, 4 September 2007 (UTC)Balas

Kenapa tak ikut format bapanya Charles, Putera Wales atau ibunya Diana, Puteri Wales? ...Aurora... 13:54, 4 September 2007 (UTC)Balas

Masalah ni agak kelam-kabut. Utk pemerintah-pemerintah negara lain, kalau negara mereka disebutkan, adakah mereka dipanggil "X, Raja Y"? (X=Nama; Y=Negara) --Edmund The King of The Woods! 02:39, 5 September 2007 (UTC)Balas

Saya bersetuju dengan saudara Yosri, nama gelaran tak perlu diterjemahkan. "Putera Wales William" tidak patut digunakan kerana bunyinya mengelirukan, lagipun saya tidak pernah mendengar sesiapa yang menggunakannya. Saya cadangkan kembali kepada "Putera William dari Wales" kerana ia lebih menepati maksud Prince William of Wales. Sebenarnya dia bukan Prince of Wales, itu gelaran bapanya. Dia digelar Prince William of Wales kerana merupakan zuriat Prince of Wales. Begitu juga dengan adiknya, Prince Henry of Wales. Apabila Charles menaiki takhta, barulah William akan diberi gelaran Prince of Wales, manakala Harry akan mendapat gelaran yang lain, Duke of York saya agak, selepas Putera Andrew meninggal dunia. -Yk Yk Yk 11:18, 5 September 2007 (UTC)Balas
Kalau begitu saya setuju dengan cadangan Yk Yk Yk. ...Aurora... 15:33, 6 September 2007 (UTC)Balas

Kini saya mahukan cadangan Aurora yg dulu, sebab kini saya rasa ikut format nama ibu bapanya lebih tepat. Nama "Putera William dari Wales" memberikan salah sangka bahawa baginda merupakan putera untuk wilayah Wales. --Edmund The King of The Woods! 06:49, 7 September 2007 (UTC)Balas

Yalah tetapi Prince William of Wales juga memberikan salah sangka itu. Saya cadangkan ikut sahaja nama Bahasa Inggeris asalnya. Nama itu gelaran sahaja (tak membawa maksud Putera wilayah Wales), dan penggunaan dari sudah biasa digunakan bagi menterjemah perkataan "of". Lihatlah rencana Wikipedia BM yang lain.
Lagipun kalau menggunakan "William, Putera Wales", gelaran itu salah, kerana bermakna William, Prince of Wales. Sudah saya nyatakan gelarannya ialah Prince William of Wales kerana merupakan zuriat Prince of Wales. Begitu juga dengan Princess Beatrice of York dan Princess Eugenie of York yang merupakan puteri Duke of York, Putera Andrew. -Yk Yk Yk 09:25, 7 September 2007 (UTC)Balas
Kembali ke laman "William, Putera Wales".