Perbincangan:Sejarah Kelantan

Latest comment: 5 tahun lalu by Yosri in topic Rujukan
Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka" sambil mengangkat tangan di Dataran Merdeka, Malaysia pada 31 Ogos 1957. WikiProjek Sejarah
Rencana Sejarah Kelantan ini merupakan sebahagian daripada WikiProjek Sejarah. Ia merupakan suatu usaha kerjasama antara pengguna bagi meningkatkan dan memperbaiki rencana-rencana berkaitan dengan Sejarah. Jika anda mahu menyertai, silalah ke laman projek. Sebarang pertanyaan dan komen mengenai laman projek, silalah kemukannya di laman perbincangan projek.
Malaysia Rencana Sejarah Kelantan ini merupakan sebahagian daripada WikiProjek Malaysia. Ia ialah satu usaha kerjasama bagi memperbaiki liputan rencana-rencana dan topik-topik yang berkaitan dengan Malaysia. Jika anda mahu menyertai, lawatilah laman projek. Sebarang pertanyaan dan komen mengenai laman projek, silalah kemukakannya di laman perbincangan projek.
??? Rencana ini masih lagi tidak mendapat penilaian dari segi kualitinya.
??? Rencana ini masih lagi tidak mendapat penilaian dari segi kepentingannya.

Untuk makluman penulis-penulis blog ini , keturunan Raja Reman iaitu Tuanku Luang Rhaya (Tuan Lebeh) masih berada di Kampung Selarong, Keroh atau sekarang dikenali sebagai Pengkalan Hulu, Hulu Perak, Perak. Putera Sulong Raja Reman yang dicatat dalam blog ini "Long Ghafar" telah menjadi tanda-tanya dan kekeliruan akan hubungkaitnya oleh keturunan Almarhum Tuanku Luang Rhaya @ Tuan Lebeh. Untuk makluman penulis dalam blog ini, saya ingin mendedahkan keturunan Raja Reman (pertabalan semula pada tahun 1810) sebenarnya ialah Almarhum DYMM Tuanku Tuan Tok Nik Tok Leh atau lebih dikenali sebagai Tuan Mansur (1810-1836) diikuti oleh DYMM Tuan Nik Ulu @ Tuan Kundur (1849-1867), DYMM Tuan Timun (1867-1875) DYMM Tuan Jagong atau Tengku Abdul Qandis sebagai Raja Reman terakhir dalam sejarah (1875-1901). YTM Luang Rhaya Prakdi(Tuan Lebeh)mangkat/ghaib ketika bergelar Raja Muda Reman iaitu pewaris takhta Kerajaan Reman yang terakhir. Untuk kepastian, di Kampong Selarong terdapat juga Makam Diraja. Salah seorang anaknda Tuanku Luang Rhaya Prakdi Tuan Lebeh ialah Almarhum Tuan Man dan mempunyai 5 orang putera iaitu Almarhum Tengku Yahya (Makam di Kuala Kangsar), Almarhum Tengku Mohd. Jiwa (Makam di Sik, Kedah), Almarhum Tuan Seberang ( Tengku Putera ) Almarhum Tuan Syed Ngalam Alwi (Tengku Haji) Almarhum Tuan Cherit ( Tengku Hamzah ) semuanya telah dikebumikan di Masjid Kampong Selarong. Waris - waris generasi yang ke 4 keturunan Almarhum Tuanku Luang Rhaya ini yang masih berada di Pengkalan Hulu ialah Tengku Razman ,Tengku Yahya ,Tengku Idris, Tengku Mohd Najib dan Tengku Amin (anak kepada Almarhum Tengku Haji). Tengku Zulkarnain (anak kepada Almarhum Tengku Putera) sekarang berada di Kuala Lumpur. Tuan Azhan @ Tengku Azhan berada di Subang Jaya , Selangor, Tuan Fuad @ Tengku Fuad berada di Sungai Petani Kedah manakala Tengku Kaifi Mirza di Pulau Pinang (anak2 kepada Almarhum Tengku Hamzah @ Tuan Cherit). Sila dapatkan bukti-bukti kukuh melalui waris-waris tahta di Selatan Thailand iaitu di bahagian Kota Bahru, Yala atau datang sendiri ke Pengkalan Hulu untuk maklumat lanjut. Sekian terima kasih kepada semua penulis-penulis blog kerana pendedahan sejarah ini untuk pengetahuaan umum.

Untuk rujukan Long Ghaffar, sila rujuk buku [Panduan ke tempat-tempat beresejarah, Kelantan, oleh Abdul Halim Nasir.] juga http://lloni.wordpress.com/2009/10/03/sejarah-pemerintahan-di-kelantan-versi-long-ghafar/ Sila hubungi penulis buku secara langsung, dan bukannya di sini. Yosri (bincang) 12:57, 25 November 2010 (UTC)Balas

Raja Reman Tuan Lebeh Long Raya. Raja yang bergelar Luang Raya Prakdi (1899-1902) Beliau dipenjarakan di Bangkok selama 20 tahun atas tuduhan cuba memberontak.

Rujukan Dunia Melayu - Mohd. Yusof Hasan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Yosri (bincang) 13:38, 25 November 2010 (UTC)Balas

http://www.geocities.ws/prawat_patani/sejarawanpatani.htm

http://www.geocities.ws/prawat_patani/bab3.htm

http://sembangkuala.wordpress.com/2010/05/31/the-state-of-reman-in-hulu-perak/#comment-1443

http://sembangkuala.wordpress.com/2010/06/08/further-information-on-the-reman-sultanate/

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKWa) (2007), Senarai Tapak Warisan untuk diwartakan dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Makam YM Raja Perempuan Che Neng,Hulu Perak. http://buildingconservation.blogspot.com/2009/01/senarai-tapak-warisan-untuk-diwartakan.html


Tokoh-Tokoh Pejuang Melayu Patani

Raja Reman Tuan Lebeh Long Raya. Raja yang bergelar Luang Raya Prakdi (1899-1902) Beliau dipenjarakan di Bangkok selama 20 tahun atas tuduhan cuba memberontak Dalam erti kata keturunan Raja Reman Tuan Lebeh Long Raiya ini iaitu cucunda dan cicitnda beliau telah diberitahu bahawa Tuan Lebeh Long Raiya ini telah hilang (ghaib) semasa dalam perjalanan untuk mengadap raja siam dan bukannya telah dipenjarakan . Kesahihan ini perlu dirungkai kerana kesedaran dalam sejarah perlu di ambil kira memandangkan keturunan-keturunan Almarhum Raja Patani ini perlu mendapat cerita yang sebenarnya.

Bukti sahihnya Almarhum Tuan Lebeh Long Raiya ini telah membina kerajaan beliau di daerah Pengkalan Hulu , Grik dan Lenggong . Perang saudara juga berlaku di daerah ini dimana Almarhum dan kerajaannya cuba untuk memperluaskan wilayah pemerintahannya dan namun kebijaksanaan Sultan Perak pada masa itu telah mengarahkan keturunan Syed-syed untuk menjadi pahlawan perang dibarisan hadapan semasa berdepan dengan bala tentera Almarhum raja reman ini. Hulubalang Negeri Perak ketika itu, telah mendapat tahu kelemahan keturunan Raja Reman yang tidak akan menentang darah keturunannya sendiri yang dikatakan juga berketurunan atau bernasabkan Rasullullah SAW. Setelah mengetahui keturunan-keturunan syed-syed ini berada dibarisan hadapan maka Almarhum telah mengarahkan bala tentera beliau supaya berundur ( bukti sahihnya di daerah lenggong ini terdapat perkuburan keturunan syed-syed). Negeri Perak terselamat dari serangan Raja Reman yang dikatakan amat kuat dan mampu menewaskan mana2 Kerajaan pada masa tersebut.

Kepada penulis-penulis sejarah melayu patani ini pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah membuka mata dunia tentang wujudnya kerajaan Reman dan pihak kami memohon agar ahli sejarah dapat mencari bukti yang sahih dan menyelidik dari setiap sudut agar sejarah-sejarah ini tidak di pesongkan.

Sejarah Kelantan..melayu reman.. sunting

Saya ingin mengulas berkenaan Ayat"TUN SABAN CUCUNDA TUN PERAK"Saya adalah salah seorang keturunan beliau dan juga menetap di Hulu Perak,tolong betulkan fakta tuan tu,Tun Saban bukanlah cucunda Tun Perak tapi anak Tun Perak.Seperkara lagi bila masanya Tun Saban mengarahkan bala tenteranya berketurunan syed untuk menentang reman?padahal Tun Saban dalam banyak riwayat dan semasa hayatnya hidup dalam tahun-tahun 1500-an hingga 1550-an(Selepas Portugis menakluk Melaka)?reman datang menjajah hulu perak dalam akhir abad 18?mana logiknya kenyataan tuan?jangan sekali-kali "mencipta sejarah sendiri"tanpa rujukan sahih.Terima kasih.– komentar Wikipedia:Tandatangan oleh 202.184.209.98 (bs).

Apa kaitan Tun Saban dan sejarah Kelantan? ...Aurora... (b) 09:30, 26 Januari 2011 (UTC)Balas

Rujukan sunting

Nampaknya masih ada yang menggunakan sumber yang tidak rasmi/berbentuk khayalan untuk dikemukakan sebagai sejarah. Sila gunakan hanya rujukan ilmiah sebagai rujukan. Rujukan lain perlu dimasukkan sebagai sumber tidak rasmi/ di bawah perenggan cerita rakyat / mitos. Yosri (bincang) 18:00, 29 Ogos 2018 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Sejarah Kelantan".