Perbincangan:Sekolah Sultan Alam Shah

Latest comment: 17 tahun lalu by Yosri in topic Kes disiplin
Sekolah Sultan Alam Shah merupakan sebuah rencana tentang sekolah. Ia merupakan sebahagian daripada WikiProjek Sekolah bertujuan membangunkan rencana-rencana berkaitan sekolah. Sertai WikiProjek ini di WikiProjek Sekolah.
Mula Rencana ini telah dinilai sebagai rencana bertaraf Mula dalam skala kualiti.
Sederhana Rencana ini telah dinilai sebagai mempunyai kepentingan Sederhana dalam skala kepentingan.

Nama panggilan sunting

203.126.18.107 meletakkan pesanan :"Encik, bin dan haji bukan nama batang tubuh; ensaiklopedia perlu ringkas."

10:37, 14 Apr 2004 . . 203.126.18.107 (ini ensaiklopedia bukan laman mengagungkan sekolah masing-masing; ensaiklopedia bukan tempat mencari glamor tapi tempat membentang fakta...)

10:35, 14 Apr 2004 . . 203.126.18.107 (honorifik DYMM tidak lagi digunakan untuk YDP Agong, honorifik YAB dan YB tidak sesuai untuk ensaiklopedia, pingat kebesaran tidak sesuai dan tidak tepat kerana YDP Agong II juga mempunyai DKM, dll..)


Yosri menjawap :

  1. Encik, bin dan haji adalah nama rasmi dan digunakan di dalam dokumen rasmi seperti kad pengenalan, surat menyurat pada ketika itu. Sesiapa yang berhak menukar maklumat rasmi boleh pergi ke pejabat pendaftaran dan membuat pertukaran rasmi.
  1. Maklumat di ambil dari laman rasmi SAS. Sekiranya fakta tidak tepat, nyatakan bahagian yang tidak tepat. Sebarang kenyataan yang berbaur "mencari glamor" tidak disengajakan dan akan dibuang apabila diberitahu. Sila rujuk kepada pautan di laman.

Walaupun mungkin gelaran "honorifik" DYMM tidak lagi digunakan untuk YDP Agong masa kini, ia pernah digunakan pada masa yang disentuh. Oleh itu dikekalkan.

"Honorifik YAB dan YB tidak sesuai untuk ensaiklopedia" menurut siapa? Nyatakan sumber. Menuruh hemat saya, YAB dan YB adalah gelaran sama seperti LORD dalam bangsawan Inggeris dan gelaran ini digunakan dalam ensaiklopedia Inggeris.

"pingat kebesaran tidak sesuai dan tidak tepat kerana YDP Agong II juga mempunyai DKM" -> Pingat kebesaran yang diberikan tidak boleh ditarik balik oleh penulis, walaupun sekiranya sekarang telah dimansuhkan. Pingat YDP Agong II akan disebut apabila menulis mengenai YDP Agong II. Penjelasan mengenai setiap pingat dan kebesaran akan dibuat apabila mempunyai maklumat mengenainya.

Oleh itu saya akan kembalikan kepada asal. Sila gunakan laman perbincangan sekiranya ada yang kemushkilan.

WassalamYosri 04:21, 14 Apr 2004 (UTC)

Alasan yang diberikan oleh si-penyunting Yosri adalah tidak logik, spt berikut:

1. Encik, Cik, Haji dan hajjah dan lain-lain bukannya nama batang tubuh tetapi gelaran honorifik. Walaupun terdapat pada dokumen rasmi ia bukannya nama batang tubuh dan boleh bertukar-tukar sepanjang hayat. Gelaran "Mr" dan 'Mrs" iaitu Encik dan puan, juga tidak terkandung dalam ensaikloopedia. 2. Gelaran DYMM adalah terjemahan langsung bagi "His Majesty" atau Her Majesty"; juga tidak terkandung dalam ensaiklopedia. Tulisan ensaiklopedia adalah ringkas, padat dan tepat, bukannya panjang berjela-jela untuk menunjuk-nunjuk dan gila glamor. Cukup sahaja dengan nama baginda semasa hayat iaitu Sultan Hisamuddin Alam Shah (rujuk: Buku Pertabalan Sultan Sharafuddin Idris Shah, 8 Mac 2002). Gelaran ini tidak terkandung dalam Perlembagaan Malaysia yang mewujudkan jawatan Yang di-Pertuan Agong. 3. Hanya penyunting yang tidak faham sejarah sahaja yang menyatakan "Lord" adalah gelaran honorifik. "Lord" adalah kependekan bagi gelaran Marquess, Earl, Viscount atau Baron yang mana status yang sama ialah "Senator" di Malaysia (mereka ini ahli dewan Ketuanan atau House of Lords di UK). Itulah sebabnya ia digunakan dalam ensaiklopedia. 4. Anda tidak faham tujuan Wikipedia ialah untuk memberi maklumat ringkas dan tepat secara objektif. Secara subjektif, maklumat yang dicedok buta-buta dari laman sekolah penuh dengan pujian dan mengagung-agungkan tanpa fakta sebenar. Ensaiklopedia menunjukkan fakta, bukannya mengulang propaganda pihak berkepentingan seperti murid tua sekolah dsbnya. 5. Si Penyunting tidak faham maksud tidak menggunakan gelaran dan pangkat kebesaran. Jika ia dibuat dalam ensaiklopedia lain, silaklan, tetapi tidak ada penyunting yang waras yang akan menggunakan gelaran "Her Majesty Elizabeth II, by the Grace of God, of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, and all her other realm and dependencies, Queen, Head of Commonwealth, Defender of the Faith, GCVO, Lady of the Garter, Lady of the Thistle...etc" - ini menunjukkan penyunting tidak ada disiplin dalam menyunting dan lebih gila glamor. 6. Sila rujuk Buku Pertabalan Sultan Sharafuddin Idris Shah (spt di atas) untuk gelaran dan pangkat penuh nenda baginda Sultan Hisamuddin Alam Shah, selain Darjah Kerabat yang Amat Mulia bagi Malaysia (DKM), baginda juga CMG (Companion of the Order of St Michael and St George) dan CB (Commander of the Order of the Bath). Kenapa tidak diletak juga supaya lebih panjang dan glamor lagi? 7. Perangai penyunting yang lebih mementingkan gengsi dan bukannya fakta yang tepat mencacatlan ensaiklopedia ini terutama untuk golonfan muda. Tidak mengapa jika tidak mahu mendengar nasihat dan tidak berjaya menghidupkan semangat Wikipedia untuk berkongsi ilmu, tetapi beriya-iya memadam pembetulan yang berniat baik menunjukkan niat tidak baik penyunting. Tidak mengapa, mungkin maklumat sebenar mengenai sekolah ini boleh saya muatkan di ruang lain dan bukannya mencedok bulat-bulat propaganda Alumni Sekolah.


Pertama sekali saya ingin menyatakan sila elakkan menuduh secara melulu seperti gila glamor, menunjuk-nunjuk dan lain lain. Wikipedia dilaksanakan secara sukarela dan tiada bayaran diterima. Malah bil telekom dan Internet ditanggung sendiri. Saya pun tidak mahu dikenali. Tidak ada glamor menyunting Wikipedia. Kena kutuk biasalah.

Kedua pastikan fakta yang diutarakan berasaskan fakta dan bukannya pendapat persendirian. Sila nyatakan sumber apabila menyatakan sesuatu fakta. Gelaran ini tidak lagi digunakan? Nyatakan sumber rujuka yang mengatakan sedemikian.

Saya sentiasa meneliti rencana yang dipetik agar mempunyai fakta yang jelas dan boleh disahkan. Memandangkan banyak yang perlu ditulis, mungkin ada fakta yang kurang tepat terlepas pandang. Sumbangan saudara memperbetulkan fakta yang salah amat dialu-alukan, asalkan berasaskan fakta.

Kedua, adalah benar honorifik bertukar sepanjang hayat. Bagaimanapun, ia kekal diletakkan dalam rencana yang berkenaan, tetapi pautan kepada batang tubuh untuk penjelasan lanjut hanya akan menggunakan nama batang tubuh. Sebagai contoh, En Aminuddin Baki dalam rencana Sekolah Alam Shah apabila dipautkan kepada riwayat hidup, hanya nama batang tubuh Aminuddin Baki akan digunakan.

Berkenaan "penyunting yang tidak faham sejarah sahaja yang menyatakan "Lord" adalah gelaran honorifik.", saya akui saya kurang faham dengan gelaran kesemuanya. Mungkin saudara boleh menyumbang tentang penggunaan yang tepat. Bagaimanapun, pada pendapat saya, sekiranya ia digunakan, maka ensaiklopedia perlu merakamkan maklumat tersebut. Terpulanglah kepada pembaca samada memendekkan atau membuangnya dalam penggunaan mereka. Sila rujuk kepada penggunaan Sir di laman berikut :-

Tentang ensaiklopedia yang sepatutnya ringkas dan bukannya panjang berjela-jela, sila bandingkan Wikipedia bahasa Melayu dengan ensaiklopedia Britanica, ataupun Wikipedia Inggeris tentang kaum Maya, dan banyak lagi rencana lain. Hendak menangis saya melihat kedaifan maklumat dalam bahasa Melayu. Sekiranya hendak ensaiklopedia ringkas, lihat pula Wikipedia Simple English.

Saya sentiasa cuba untuk meletakkan maklumat yang tepat dan terperinci dan apabila saya mengalihkan penyuntingan anda, saya meletakkan penjelasan di ruang perbualan agar jelas. Saya memohon maaf sekiranya saudara tersinggung kerana saya tidak betul-betul mengenali saudara, dan tiada faedahnya saya menyinggung saudara.

Diakhir kata, semoga saudara jelas dengan penjelasan saya dan akan kekal menyumbang. Sumbangan saudara amat diperlukan. Janganlah disebabkan perkara kecil saudara menjauhi diri.

Sekian sahaja wassalam dari saya.


ISP 203.126.18.107 (Singapore) have provide certain info which I will include in at a later date, but I have to revert the page as most information is more suitable in talk page. As I'm not free for a following few weeks, I will eloberate in talk page later. I will also translate his points in English as to give non Malay chances to comment on his remark, which I have repeatly request proof, instead he just repeat his personal attack. Yosri 08:14, 23 Apr 2004 (UTC)


I have integrated the displine case as per attached by 203.126.18.107. I have edited the teks as it is a cut and past from news web and not integrated well as per paste.

I would advice 203.126.18.107. to read the guidelines in English Wikipedia before making any comment. I did not have resources to translate all guide and rules. Please refer to English version for the moment. [1] Non compliance will be removed. Persistant Vandal will be reported and deal accordingly. (1)

Refer to usage of His Majesty in English Wikipedia:- http://en.wikipedia.org/wiki/Juan_Carlos_of_Spain http://en.wikipedia.org/wiki/Carl_XVI_Gustaf_of_Sweden http://en.wikipedia.org/wiki/John_Buchan

If 203.126.18.107 wish to have simplified all Malay article, I recommend him to open Simple Malay Wikipedia and will even actively support him. But Wikipedia Bahasa Melayu will not have second rate information. If I have necessary resource, it will have quality information at par or better than English Wikipedia.

Instead of trying to proof bad side of thing, I would encourage 203.126.18.107 to have open mind and start to contribute. It is a lot of work and I would welcome every assistant that I can get. I would love to get to know about school in Singapore. The good side I mean... :)

RegardsYosri 12:14, 13 May 2004 (UTC)

Kes disiplin sunting

Saya selaku pembaca bebas artikel ini merasa pelik kenapa artikel mengenai kes disiplin diletakkan dalam ensklopedia ini. Secara perbandingan bukanlah sesuatu yang menjadi sejarah cerita sebegini kerana cerita sebegini turut berlaku kepada sekolah lain malah lebih dashyat lagi. Sebagai contoh bukan maksud saya untuk memalukan sekolah lain seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar yang pernah heboh di suratkhabar dengan kegiatan samsengnya dan juga perlakuan sumbang sesama lelaki yang berlaku di antara pelajar-pelajarnya. Jadi saya berharap artikel seperti kes disiplin ini hendaklah ditarik balik kerana cerita sebegini tidak berasas dengan ensaiklopedia ini.
62.252.32.11

boleh saya kenal siapa 62.252.32.11 sebab saya nie ASAS jugak..

che 03:44, 25 Mei 2006 (UTC)Balas


Tak faham apa yang dibincangkan di sini. — Master2841 07:39, 25 Mei 2006 (UTC)Balas

Hidup ASAS!!!! Yosri 09:17, 25 Mei 2006 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Sekolah Sultan Alam Shah".