"Sekuel" atau "susulan" - mana lebih jadi tajuk muktamad? sunting

Saya fikir "sekuel" lebih lazim dipakai ramai walaupun "susulan" ada tercatat dalam peristilahan rasmi DBP, lalu kita perlu mengiktiraf perkataan lebih diketahui agar senang dicari orang ramai. Tambahan lagi, kebanyakan media dalam negara-negara Nusantara menggunapakai "sekuel" dengan meluas...:

  • Contoh dari Singapura:
  1. "Dwayne Johnson: Sekuel filem 'Jumanji' sedang disiapkan". Berita Harian Singapura. 23 Julai 2018.
  • Contoh dari Malaysia:
  1. "Sekuel Kabali diterbitkan menantu Rajnikanth". Berita Harian. 6 September 2016.,
  2. Asyraf Roslan (30 Jun 2019). "Zombi kembali mengganas dalam 'Bando'? Kang Dong Wong beraksi dalam sekuel 'Train To Busan'". Astro Awani.
  • Contoh dari Indonesia:
  1. Indra Rosalia (1 Februari 2019). "The Batman dan sekuel Suicide Squad bakal tayang pada 2021". Beritagar.

...sebaiknya kita perlu mengelak sebarang kecenderungan yang terlalu Malaysia-sentrik. --Anumengelamun (bincang) 10:21, 29 Ogos 2019 (UTC)Balas

Saya sangat setuju Wikipedia ini menggunakan perbendaharaan kata piawai yang lebih difahami di negara di mana bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi iaitu Brunei, Malaysia dan Singapura. Sebab itu kita memanggilnya bahasa Melayu, bukan bahasa Malaysia atau Indonesia seperti yang dipersetujui semasa pewujudan Wikipedia ini. Bagi saya, perkataan "sekuel" lebih seperti yang saudara cakap "Malaysia-sentrik" kerana kebanyakan penulisan di Malaysia ke belakangan ini tidak begitu teliti dalam penulisan dan hanya menterjemah terus sahaja tanpa peduli kalau ayat ini tidak rasa pelik apabila dibaca dan tidak menggunakan perkataan sedia ada seperti perkataan "bajet" yang dicipta oleh Tun Dr Mahathir dahulu, sedangkan "belanjawan" sudah ada.
Jangan lupa Brunei pun menggunakan bahasa Melayu. Bisdia (Mereka) ada juga menggunakan "filem susulan" dan perkataan "sekuel" tidak wujud dalam Gerbang Bahasa DBP Brunei dan Kamus BM Nusantara. Ini contoh rencana berita yang menggunakan "susulan" [1] dan [2]
Gaya bahasa Melayu saya tidak lebih cenderung kepada bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia yang dikatakan "Malaysia-sentrik". Saya lebih kepada Borneo (Brunei) dan saya cuba sedaya upaya memastikan pemilihan perbendaharaan kata di sini dapat difahami oleh kedua-dua pihak.
Sama, dalam media bahasa Melayu di Singapura (iaitu Berita Harian Singapura dan Berita Mediacorp), perkataan "filem susulan" lebih digunakan berbanding "filem sekuel". Sama juga dengan media bahasa Melayu di Malaysia seperti Berita Harian Malaysia. Maka, hujah anda tidaklah tepat.
  • Berita Mediacorp: 40 carian "filem susulan" lawan 4 carian "filem sekuel"
  • Berita Harian Singapura: [ carian] "filem susulan" lawan 8 carian "filem sekuel".
Sebab ada penulis menggunakan istilah "sekuel" adalah akibat penterjemahan terus. Kebanyakan perkataan "sekuel" digunakan dalam rencana berita tentang filem asing manakala filem tempatan menggunakan istilah filem susulan. -- TofeikuBincang 11:34, 29 Ogos 2019 (UTC)Balas
Saya sendiri baru sedar rujukan kandungan dari Brunei yang tersedia - mungkin silap saya juga kerana tidak teliti lagi pencarian saya... (media Brunei pun mungkin kurang terserlah berbanding media negara-negara lain di Internet)
Saya agak berpendirian bahawa tiada masalah menggunakan kata pinjaman Barat yang dimelayukan ejaannya untuk menggambarkan konsep baru selagi keadaan yang membenarkan ia tidak melampau (lihat situasi penggunaan "eksis" dalam konteks sejarah lama misalnya) - saya tidak gemar berfikir preskriptivis yang membenci menafikan langsung kewujudan sinonim sebegini, kerana penuturan bahasa seharian tidak sepatutnya merumitkan. Saya sedar penciptaan kata jati sedia ada hasil tindakbalas wujudnya kata pinjaman tersebut - namun saya juga pertimbangkan kebarangkalian lingkungan pembaca sasaran yang lebih kenal kata pinjaman terus Barat yang ada berbanding sinonim "jati"-nya...ia memang hakikat bahawa orang muda akan lebih arif dalam situasi ini, dan kita perlu lebih mesra hasil pendekatan ini. (Jarang saya mendengar orang pakai kata "susulan" dalam konteks media popular malah dalam lingkungan umum berbahasa Melayu penuh sini sekurang-kurangnya dari pengalaman saya, at least there is where my biases lie..)
Tambahan lagi, pemilihan "sekuel" turut inklusif pengunaan Indonesia (di mana banyak orang Nusantara juga akan menemukan melalui pembacaan media mereka) dan saya lebih mahukan penyuntingan saya menegaskan kedudukan peristilahan dan perbahasaan Indonesia dalam payung bahasa Melayu lebih besar. Demikianlah pendirian saya, sekurang-kurangnya. -- Anumengelamun (bincang) 14:19, 29 Ogos 2019 (UTC)Balas
@Anumengelamun: Maaf lambat membalas. Walaupun "sekuel" wujud di semua negara bahasa Melayu namun "sekuel" hanya banyak digunakan di Indonesia. Di negara-negara yakni Brunei, Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand, gaya bahasa mereka serupa dan istilah pun sama serta berbeza dengan Indonesia. Saya tiada masalah jika terdapat catatan di rencana mengatakan di Indonesia, istilah ini digunakan. Namun, tajuk rencana haruslah guna istilah yang sering digunakan di keempat-empat negara tersebut. Tindakan saudara seolah-olah mengetepikan keempat-empat negara tersebut sedangkan istilah tersebut kurang digunakan di negara berikut. Hal ini dapat mengurangkan bilangan pembaca ms.wp kerana mengutamakan istilah Indonesia sedangkan istilah Indonesia sudah diutamakan di id.wp. Sudahlah ms.wp kurang lengkap dan jauh ketinggalan dengan id.wp. Sama juga, saudara perlu berbincang dengan komuniti terlebih dahulu sebelum melakukan perubahan sebegini. Masalah ini akan diusulkan di Kedai Kopi dan diselesaikan. Harap maklum. -- TofeikuBincang 08:39, 9 Oktober 2019 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Sekuel".