Perbincangan:Senarai filem Malaysia

Senarai filem Malaysia merupakan sebuah rencana berkaitan Filem. Ia adalah sebahagian daripada WikiProjek Filem bertujuan membangunkan rencana-rencana berkaitan Filem. Sertai WikiProjek ini di WikiProjek Filem.
??? Rencana ini masih lagi tidak mendapat penilaian dari segi kualitinya.
??? Rencana ini masih lagi tidak mendapat penilaian dari segi kepentingannya.

Hapus sunting

Berikut ialah senarai laman yang sudah tak diperlukan lagi:

Sila hapuskan atau gabungkan dengan laman ini. Terima kasih.—Aviator, 18:11, 15 September 2008 (UTC)Balas

Pada pendapat saya, menggabungkan kesemua judul filem ini kurang sesuai, kerana senarai ini semakin panjang dan akan menjadi terlalu besar di masa hadapan. Yosri (bincang) 01:09, 12 November 2008 (UTC)Balas
Baru 20 KB.—Aviator, 02:52, 12 November 2008 (UTC)Balas
Senarai itu bukan lengkap sepenuhnya. Sesiapa yang ada daftar lebih lengkap boleh terus tambahkan, jadi semakin panjang. Yosri (bincang) 11:26, 12 November 2008 (UTC)Balas
Kalau menjadi terlebih panjang, bolehlah dipisahkan. Senarai filem Malaysia abad ke-21, dsb.—Aviator, 20:50, 13 November 2008 (UTC)Balas


Saya rasa tidak perlu dihapuskan, sesiapapun bebas menggunakan pandu arah mana yang lebih mudah digunakan masing-masing. Biarkan pengguna membuat pilihan, yang mana lebih mudah digunakan mereka. Yosri (bincang) 04:28, 14 November 2008 (UTC)Balas
Tak hapus pun. Cuma gabung kerana laman-laman ini terlalu pendek.—Aviator, 08:32, 14 November 2008 (UTC)Balas
Maksud saya, sesiapa nak guna daftar yang digabung boleh guna gabungan, yang mahu mengguna daftar menurut tahun boleh guna menurut tahun. Biar pengguna membuat pilihan sendiri. Yosri (bincang) 10:00, 14 November 2008 (UTC)Balas
Pengguna boleh melayari senarai filem mengikut tahun di Kategori:Filem Malaysia.—Aviator, 13:52, 14 November 2008 (UTC)Balas
Kategori tidak meyenaraikan filem yang belum ditulis. Selain itu ia memasukkan maklumat lain yang berkenaan, tidak seperti senarai filem yang khusus. Lihat contoh Daftar filem di Wki Inggeris

Filem Malaysia? sunting

Layakkah filem-filem yang digambarkan sebelum 1963 dilabelkan sebagai filem Malaysia? Setahu saya, filem-filem ini kebanyakannya dibuat di Singapura dan sebelum tarikh berkenaan Malaysia belum wujud. Jadi bagaimana Malaysia sudah mempunyai filem sedangkan ianya belum lagi ditubuhkan? Saya cadangkan filem-filem yang digambarkan sebelum 1963 dipindahkan ke laman baru dengan judul "Senarai filem Melayu sebelum 1963". kurkur 17:33, 8 November 2008 (UTC)Balas

Malaysia sudah wujud, tapi dengan nama lama Tanah Melayu. Jadi, tak ada masalah pun. Filem-filem yang dihasilkan oleh rakyat Singapura ketika Singapura menyertai Malaysia boleh diletakkan di sini, dan jika sebaliknya harus diletakkan dalam senarai berasingan.—Aviator, 18:28, 8 November 2008 (UTC)Balas
Malaysia sudah wujud? Setahu saya, nama itu telah wujud, tapi Persekutuan Malaysia belum. Bukankah Persekutuan Malaysia dibentuk pada tahun 1963? kurkur 21:39, 8 November 2008 (UTC)Balas
Sebelum 1963, namanya adalah Persekutuan Tanah Melayu. Sebelum merdeka, dirujuk sebagai Tanah Melayu atau Malaya sahaja. But still, it's the same thing.—Aviator, 22:02, 8 November 2008 (UTC)Balas
Bagi saya, ia tidak sama, tidak ada Sabah dan Sarawak, maka bukannya Malaysia. Lagipun, Singapura rasanya bukan di dalam Persekutuan Tanah Melayu, dan kebanyakan penerbit filem-filem dalam rencana ini terletak di Singapura, penggambaran pun dilakukan di Singapura. kurkur 01:33, 9 November 2008 (UTC)Balas
Siapa yang menubuhkan gagasan Persekutuan ini? Di mana kerajaan pusat? Malaya kan? Jadi, Malaya == Malaysia. Disebabkan Singapura sekarang ialah sebuah negara bangsa, semua filem mereka boleh diletakkan dalam senarai berasingan. Mana-mana filem yang dihasilkan oleh mana-mana negeri yang ketika itu menyertai Persekutuan boleh dikekalkan di sini.—Aviator, 01:54, 9 November 2008 (UTC)Balas
Malaysia tidak akan tertubuh sekiranya Sabah dan Sarawak tidak menyertai Malaysia. Kerana tanpa Sabah dan Sarawak, yang ada cumalah Malaya. Jangan fikir kerana yang bijak pandai ketika itu ialah mereka yang di Malaya, maka mereka berkuasa terhadap Sabah dan Sarawak. Kedua negeri menyertai Malaysia bukan untuk dijajah, tetapi sama-sama menjadi negara. Tapi kalau negara yang mereka fikir adalah semua tapi cuma satu, maka apa gunanya mereka ada di dalamnya? Sabah dan Sarawak tidak membuat filem, begitu juga dengan negeri-negeri yang lain di SM. Maka kenapa perlu asingkan Sabah dan Sarawak? Bukankah kita satu? Satu selepas 1963? Ramai orang di Sabah dan Sarawak terkorban semasa pembetukan Malaysia, dan yang mendapat nama menubuhkan Malaysia cuma Malaya? Fakta menunjukkan Malaysia tertubuh pada 1963 dan adanya filem sebelum tahun ini menafikan fakta. Pun begitu, kiranya diletakkan kenyataan "filem-filem yang wujud sebelum penubuhan Malaysia juga ada di sini" mungkin boleh diterima. kurkur 06:18, 9 November 2008 (UTC)Balas
SOKONG Saudara Kurkur "Malaysia tidak akan tertubuh sekiranya Sabah dan Sarawak tidak menyertai Malaysia." 158.143.153.244 11:37, 14 November 2008 (UTC)Balas
Maksud saya, cadangan menubuhkan gagasan Malaysia datang daripada Malaya. Penyertaan Sabah & Sarawak dikira penambahan, bukan penukaran kepada sesuatu yang baru, kerana Malaysia, sebelum dan selepas pembentukan, adalah berpandukan kepada Perlembagaan yang sama. Malaysia memang tidak akan sempurna tanpa Sabah & Sarawak, tapi tidak boleh dinafikan bahawa Malaya dulu adalah Malaysia kini. Saya minta maaf kalau menyinggung perasaan anda. "Filem-filem yang wujud sebelum penubuhan Malaysia juga ada di sini" saya setuju dengan ayat ini.—Aviator, 09:45, 9 November 2008 (UTC)Balas
Tidak mengapa. Saya telah tambahkan ayat tersebut ke dalam rencana. Kalau perlu tambah apa-apa, dipersilakan. kurkur 23:19, 9 November 2008 (UTC)Balas

Senarai filem Malaysia ‎ sunting

Pastikan anda mengguna kriteria yang sama apabila menulis mengenai filem Indonesia (Hindi Belanda), & Singapura. Yosri (bincang) 11:50, 11 November 2008 (UTC)Balas


Saya petik anda: - "Bagi saya, ia tidak sama, tidak ada Sabah dan Sarawak, maka bukannya Malaysia. Lagipun, Singapura rasanya bukan di dalam Persekutuan Tanah Melayu, dan kebanyakan penerbit filem-filem dalam rencana ini terletak di Singapura, penggambaran pun dilakukan di Singapura. kurkur 01:33, 9 November 2008 (UTC) "
Sungguhpun kebanyakan filem di buat di Singapura, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura berada di bawah hubungan pentakbiran rapat. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia dengan rasmi, barulah ramai pelakon filem Melayu meninggalkan Singapura dan berpindah ke Kuala Lumpur. Yosri (bincang) 00:55, 12 November 2008 (UTC)Balas
Saya tahu, tapi tidak adil dikatakan ia ialah filem Malaysia, sedangkan dibuat oleh syarikat di Singapura, dan rasanya sumber turut menyatakan begitu. Mungkin kalau orang Malaysia yang buat sesuatu rencana, ia akan mengatakan yang filem-filem itu adalah filem Malaysia. Tapi pada saya, ini tidak neutral, masih berbaur semangat kenegaraan. Saya juga orang Malaysia, tapi pada saya, Malaysia cuma wujud semenjak 1963 dan ia ialah fakta. Apa-apa pun, pada rencana tersebut, telah saya letakkan kenyataan "filem sebelum pembentukan Malaysia juga ada di sini", yang tinggal cuma sumber rujukan untuk menyokong ia benar-benar filem Malaysia. Sekian. kurkur 01:10, 12 November 2008 (UTC)Balas
Ia dihasilkan di Singapura kerana ketika itu Singapura dan Malaysia ditakbir bersama di bawah pentakbiran British sehingga 1957 apabila Malaysia merdeka. Singapura kemudian menyertai Malaysia pada 1963 - Ogos 1965. Selain itu ramai pelakon adalah yang berasal dari Malaysia. Bagaimanapun yang saya maksudkan mengguna kriteria yang sama apabila menulis mengenai filem Indonesia (Hindi Belanda), & Singapura adalah filem sebelum kemerdekaan kedua negara tersebut dan negara-negara lain mesti menggunakan kriteria yang sama, "filem-filem yang wujud sebelum penubuhan XXXX juga ada di sini." Yosri (bincang) 05:28, 12 November 2008 (UTC)Balas
Selain itu anda mesti ingat, asal Singapura adalah sebahagian kerajaan Melayu Johor sehingga disewakan kepada British oleh Sultan Husein dengan bayaran tahunan. Pemisahan sebenar adalah Ogos 1957 - 1963, dan Ogos 1965 seterusnya. Yosri (bincang) 05:37, 12 November 2008 (UTC)Balas
Oh! Maaf. Mungkin saya kurang jelas kebimbangan saudara. Apa yang saya maksudkan adalah rencana sebelum merdeka boleh di kongsi bersama Singapore & Malaysia kerana ia terhasil gabungan usahasama satu entiti ketika itu (ketika kedua negara adalah satu.) Oleh itu bagi filem yang dihasilkan sebelum kemerdekaan, ia diletakkan di bawah kedua kategori Filem Malaysia & Filem Singapura. Yosri (bincang) 07:59, 12 November 2008 (UTC)Balas

Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan sunting

Saya percaya Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan mesti dibuat halaman lain kerana halaman ini adalah untuk senarai filem Malaysia sahaja. --Jufert (bincang) 10:54, 28 Januari 2011 (UTC)Balas

Kalau nak buat laman lain, saya sarankan buat lebih drpd 20, kalau tak nanti pendek sangat. Ataupun mungkin boleh tambah 'mengikut genre' atau sesuatu. ...Aurora... (b) 13:57, 29 Januari 2011 (UTC)Balas
Ya, memang saya bercadang nak buat lebih drpd 20. Biar saya tambah dulu, nanti dah panjang, mungkin dapat dipindahkan ke laman baru. --Jufert (bincang) 06:10, 31 Januari 2011 (UTC)Balas
Saya telah memindahkan Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan ke laman baharu kerana panjang halaman ini telah melebihi 30 kilobait. --Jufert (bincang) 07:45, 1 Februari 2011 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Senarai filem Malaysia".