Perbincangan:Senarai penyanyi Malaysia

Latest comment: 7 tahun lalu by Kerina yin in topic Teks condong pada nama penyanyi berkumpulan

Terdapat banyak kumpulan muzik yang bukan penyanyi berkumpulan di dalam rencana ini. Harapnya ia dibuang kerana ini bukan tempatnya. Penyanyi berkumpulan tidak bermain muzik, manakala kumpulan muzik lain punya pemain muzik. Kumpulan pemuzik dan kumpulan muzik pula tidak sama, kumpulan muzik adalah istilah yang general kumpulan pemuzik pula mereka yang bermain muzik secara berkumpulan, contohnya Mohram. kurkur 11:30, 27 November 2008 (UTC)Balas

Kategori ini adalah dalam usaha diperkembangkan. Sekiranya ada kesilapan, sila letakkan di laman perbicaraan secara khusus / betulkannya. Kumpulan merujuk kepada pemuzik / penyanyi yang membuat persembahan secara berkumpulan. Dalam rencana itu pula dinyatakan dengan khusus samaada mereka adalah penyanyi atau pemuzik. Sila betulkan sekiranya tahu. Saya tidak tahu semua perkara. Satu lagi, kerana ini adalah dalam proses dikembangkan, tolong jangan padam struktur yang ada. Ini adalah apabila maklumat baru diterima, ia akan dikemas kini, memudahkan jika struktur sedia ada tak perlu fikir bentuk piwaian struktur. Lebih baik lagi jika anda tolong tambah dan bukan tolong padam. Yosri (bincang) 11:51, 27 November 2008 (UTC)Balas
Bagaimanapun sekiranya kumpulan tersebut langsung tidak ada penyanyi, sekadar memainkan muzik, contoh Kitaro, boleh dikeluarkan dari senarai penyanyi. 12:08, 27 November 2008 (UTC)

Menyusun nama bergelaran sunting

Bagi nama-nama yang mempunyai gelaran seperti Dato' Ahmad Daud, Dato' Shake dan sebagainya, bagaimana hendak disusun? Mengikut abjad gelaran (D untuk Dato'), atau mengikut abjad nama (A untuk Ahmad, S untuk Shake)? Kerina yin (bincang) 19:03, 12 Disember 2012 (UTC)Balas

Saya rasa kita ikut nama terkenalnya, contoh Dato Shake. Ie lihat bagai mana nama mereka dicetak di media cetak. Yosri (bincang) 23:15, 12 Disember 2012 (UTC)Balas
Maknanya, nama Dato' Shake (sebagai contoh) akan tersenarai di bawah judul D, manakala nama Tan Sri Datuk SM Salim (sebagai contoh) akan tersenarai di bawah judul T. Kan? Saya bertanya untuk mendapat kepastian. Kerina yin (bincang) 23:56, 12 Disember 2012 (UTC)Balas
Saya rasa awak kena bezakan gelaran dengan nama popular. Dato Shake itu nama popular, sedangkan Tan Sri Datuk dalam Tan Sri Datuk SM Salim hanyalah gelaran. Jadi Dato Shake di bawah D dan SM Salim di bawah S. ...Aurora... (b) 15:34, 13 Disember 2012 (UTC)Balas
Kalau tak silap saya, penggunaan nama Dato' Shake tu khusus di Malaysia sahaja dan adalah gabungan nama popularnya (Shake [1]) berserta gelarannya (Dato'). Nama popular Tan Sri Datuk SM Salim pada zamannya ialah SM Salim [2], manakala nama popularnya pada zaman kita sekarang ialah Tan Sri Dato' SM Salim [3], manakala di masa akan datang... siapalah yang tahu. Contoh lain yang menarik: Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang; nak diletak bawah judul mana: T untuk Toh atau R untuk Rafeah? Kalau ikut cadangan Yosri (mengikut interpretasi saya), boleh jadi T dan R. Kalau ikut cadangan Aurora, adalah R. Kerina yin (bincang) 00:40, 14 Disember 2012 (UTC)Balas
Sebab itu saya suruh rujuk media utama, bukannya blog. Sila rujuk nama popular menurut media utama. Yosri (bincang) 05:21, 14 Disember 2012 (UTC)Balas
Dalam blog tu ada gambar kulit album. Pada kulit album tu ada nama dan gelaran, siap dengan pelekat hologram Kementerian Perdagangan Dalam Negari dan Hal Ehwal Pengguna :). Kerina yin (bincang) 14:20, 15 Disember 2012 (UTC)Balas
Maksud saya, kita dah ada peraturan tajuk rencana, iaitu gunakan nama popular atau nama sebenar, bukan gelaran. Sebab itu saya kata anda kena bezakan gelaran dengan nama popular. Nama popular ialah seperti Mawi atau Gee, sedangkan Tan Sri atau Toh Puan Setia Datin ialah gelaran. ...Aurora... (b) 16:11, 15 Disember 2012 (UTC)Balas
Istilah nama popular yang dimaksudkan tu ialah nama pentas (bahasa Inggeris: stage name [4]) rupanya ヘ(^_^ヘ)(ノ^_^)ノ. Maaf, baru faham. Kalau macam tu, adakah gelaran tu perlu diletakkan ataupun tidak perlu dimasukkan sama sekali?
  1. (SM Salim) Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros
  2. (SM Salim) Tan Sri Datuk Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros
  3. (SM Salim / Tan Sri Datuk SM Salim) Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros
Yang mana satu? Kerina yin (bincang) 23:14, 15 Disember 2012 (UTC)Balas
Terpulang. 1 atau 2 dua-dua boleh. 3 tu nampak pelik. ...Aurora... (b) 11:30, 18 Disember 2012 (UTC)Balas
Mengikut Media utama Datuk S.M. Salim Lihat http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm atau Tan Sri S.M. Salim http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm Nama lain boleh dilencongkan. Yosri (bincang) 11:39, 18 Disember 2012 (UTC)Balas
Gabungan cadangan Aurora dan Yosri, nama yang dipaparkan ialah:
(Tan Sri S.M. Salim) Tan Sri Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros
Sumber: Tan Sri S.M. Salim [5] (Arkib: 21/08/2012) dan Tan Sri SM Salim [6] (Arkib: 10/09/2012)
Itu bermakna kita senaraikan mereka mengikut nama pentas yang terkini. Kerina yin (bincang) 12:27, 18 Disember 2012 (UTC)Balas
Cuma pastikan rujukan diambil dari media utama, bukannya blog persendirian. Yosri (bincang) 12:48, 18 Disember 2012 (UTC)Balas
Nampak tak betapa lecehnya jika anda mengambil kira gelaran. Bagi saya, nama popular (atau nama pentas) beliau cuma S.M. Salim. ...Aurora... (b) 15:19, 18 Disember 2012 (UTC)Balas
Ye, nampak. Sememangnya lebih senang disusun mengikut nama pentas tanpa sebarang gelaran sama ada pada nama pentas itu sendiri mahupun pada nama penuh (lihat contoh #1 di atas). Saya setuju dengan cadangan Aurora. Apa pendapat Yosri? Kerina yin (bincang) 15:54, 18 Disember 2012 (UTC)Balas
Sebenarnya saya juga setuju dengan cadangan Aurora. Cuma sebelum ini anda kelihatan ingin mengekalkan gelaran. Kebiasaannya nama rencana dicipta tanpa gelaran.
* http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Article_titles#Common_names
* http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Naming_conventions_(people)#Nicknames.2C_pen_names.2C_stage_names.2C_cognomens Yosri (bincang) 16:41, 18 Disember 2012 (UTC)Balas
Nampak begitu sebab saya ingat itu caranya untuk rencana ni sebab gelaran sudah sedia ada untuk nama-nama tertentu sebelum saya mula kemaskinikan rencana. Kalau begitu, selesai sudah satu perkara. Terima kasih atas sumbangan pendapat. Kerina yin (bincang) 17:48, 18 Disember 2012 (UTC)Balas

Cadangan mengemas Senarai penyanyi berkumpulan sunting

Saya mencadangkan untuk diubahkan cara penyenaraian penyanyi berkumpulan dari bentuk jadual ke bentuk senarai (seperti Senarai penyanyi solo). Maklumat Tahun aktif dan Genre boleh dikekalkan jika mahu. Maklumat Album ternama saya kira boleh didapati di rencana untuk kumpulan terbabit, jadi adalah lewah jika disebutkan di sini. Contoh yang dicadangkan:

  • Amuk (1980-an - 2008. Heavy metal) ... ... untuk kumpulan yang mempunyai maklumat Tahun aktif dan Genre.
  • As-Shoff (Nasyid) ... ... untuk kumpulan yang mempunyai maklumat Genre sahaja.
  • Alif Ba Ta (1990-an) ... ... untuk kumpulan yang mempunyai maklumat Tahun aktif sahaja.
  • ChickenDisk ... ... untuk kumpulan yang tiada maklumat.

Sebab saya mencadangkan bentuk ini:

  • Banyak ruang kosong kerana kekurangan maklumat.
  • Nampak lebih kemas dan mudah dibaca. (Sebab ini subjektif, jadi terpulang kepada pandangan mata masing-masing)
  • Boleh rujuk penyenaraian di Wikipedia Bahasa Inggeris sebagai contoh:

Mohon pendapat. Kerina yin (bincang) 04:17, 12 Mei 2013 (UTC)Balas

Sebenarnya senarai penyanyi berkumpulan digunakan bagi menyenarai menurut turutan nama. Untuk pembahagian kategori boleh menggunakan [[Kategori:....]]. Jadual digunakan kerana di masa akan datang ia boleh diubah menjadi boleh disusun (sortable). Bagaimanapun terpulang pada sesiapa yang rajin untuk mengolahkannya kerana pada saya tidak penting, asalkan ia boleh digunakan. Yosri (bincang) 07:51, 12 Mei 2013 (UTC)Balas
Sebenarnya saya telah ubah sedikit, tetapi malas hendak betulkan lagi. Ia sudah boleh di susun, tetapi kehilangan garis petak. Sesiapa yang berminat boleh gunakan rujukan di meta Yosri (bincang) 07:57, 12 Mei 2013 (UTC)Balas

Teks condong pada nama penyanyi berkumpulan sunting

Setelah sekian lama, baru hari ini terlintas di fikiran saya: "Apakah tujuan dicodongkan teks nama-nama penyanyi berkumpulan?".

Saya bercadang mahu mengemas kini format senarai penyanyi berkumpulan, antaranya dengan membuang format condong itu. Pendapat? Kerina yin (bincang) 09:46, 13 Jun 2016 (UTC)Balas

Memandangkan tiada apa-apa maklum balas, saya akan teruskan rancangan mengemas kini format rencana ini. Kerina yin (bincang) 08:16, 2 Ogos 2016 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Senarai penyanyi Malaysia".