Perbincangan:Senario Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12

Ulasan terkini: 15 tahun lalu oleh Che090572

Saya rasa elok pindah ke Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 atau Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.—Aviator, 17:36, 13 Februari 2008 (UTC)Balas

Rasanya tak perlu gabungkan. Rencana ini boleh jadi rencana anak Pilihan Raya Umum Malaysia 2008‎. ...Aurora... 15:32, 14 Februari 2008 (UTC)Balas
Haha.. rencana anak lagi panjang daripada rencana bapak. izzudin 16:18, 16 Februari 2008 (UTC)Balas
Saya rasa elok gak digabungkan. Pening le asyik selak sana, selak sini. Tak boleh nak beri tumpuan. cheguman 13:07, 24 Februari 2008 (UTC)Balas
Rencana ini tumpuan utamanya ialah perkara2 sebelum pilihan raya, manakala Pilihan Raya Umum Malaysia 2008‎ tumpuan utamanya ialah pilihan raya itu sendiri dan keputusannya. ...Aurora... 13:20, 4 Mac 2008 (UTC)Balas
Saya setuju dengan pendapat Aurora ..tak perlu gabungkan cuma buat satu perenggan ringkas mengenai tajuk ini dan pautkan dengan rencana anak...Che (bincang) 05:49, 20 September 2008 (UTC)Balas

Berat sebelah sunting

Artikel ini banyak merujuk kepada partai (kerajaan) yang sedang mentadbir - ada unsur biased. Juga, ada komen yang bersifat persendirian rather than factual.

Salam. Pancaragam 19:42, 13 Februari 2008 (UTC)Balas

Betul. Seeloknya kena tulis mengikut perspektif orang ketiga, bukan bersifat prokerajaan.—Aviator, 20:16, 13 Februari 2008 (UTC)Balas

Menjelang pilihan raya, banyak perkara boleh berlaku. Isu pembangkang dan kerajaan. Parti komponen BN berjaya memerintah negara kerana berjaya mempengaruhi/mengaburi mata pengundi. Di sini, bukanlah tempat untuk meluahkan isu-isu panas/kontroversi. Akan tetapi, sedikit-sebanyak dapat dikongsi info-info tambahan yang mungkin tidak terdapat pada televisyen. Sebab apa, iklan-iklan ataupun berita di stesen televisyen Malaysia lebih banyak menyiarkan kebaikan/kemajuan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Ini kerana mereka merupakan pemerintah jadi mereka jugalah yang akan menjaga kebaikan sendiri. Ia tidak bersifat neutral dan banyak yang boleh diragui. Entahlah.

Maaflah jika saya berbincang mengenai isu tak sepatutnya. Walau bagaimanapun, setelah saya meneliti betul-betul kenapa pilihan raya di Malaysia 2008 diadakan diadakan dengan begitu segera yang tidak seperti kebiasaan. Bukankah dalam perlembagaan menetapkan pilihan raya boleh diadakan setiap 5 tahun. Akan tetapi, kenapa belum cukup genap 4 tahun, sudah diadakan pilihan raya. Kenapa ye? Rupa-rupanya, parti komponen BN cuba melarikan diri daripada tempoh berakhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menghadapi pilihan raya. Kenapa perlu takut, jika sudah berkata "hanya BN yang layak memerintah Malaysia". Saya rasakan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia jika beliau menyertai UMNO/BN semula. Mungkin, pihak BN patut menjemputnya kembali ke dalam parti BN kerana mereka yang menyingkirkannya suatu masa dahulu disebabkan tercetusnya konflik persengketaan. Saya rasa BN agak sempurna sekarang tetapi perlu ditukar pucuk pimpinannya. Ini kerana hanya pemimpin BN yang mampu menentukan bagaimana dasar pemerintahan yang sewajarnya. Mungkin saya dianggap tidak berhak menyuarakan pendapat mengenai isu pilihan raya. Akan tetapi, sebagai seorang pengundi dan rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menerima pemerintahan yang sewajarnya. Maaf jika saya membincangkan isu berbaur politik pada laman ilmiah ini. Namun begitu, mungkin ia boleh dikongsi dan dapat direnungi bersama pengunjung/pengguna Wikipedia yang bermastautin di Malaysia yang lain. — Didie (bincang) 10:34, 16 Februari 2008 (UTC)Balas

Benar. Memandangkan semua media massa aliran perdana di Malaysia terdiri daripada stesen TV / radio milik kerajaan (RTM) dan juga syarikat milik kerajaan (Media Prima, merangkumi TV 3, ntv7 dan beberapa lagi stesen radio dan TV), adalah amat mustahil jika media aliran perdana tidak membuat liputan yang lebih memihak kepada parti pemerintah (Barisan Nasional). Saya bukanlah bermaksud hendak menyebelahi pembangkang atau mana-mana, tetapi kita sebagai ahli Wikipedia Bahasa Melayu sudah tentunya akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sumber rujukan yang adil dan tidak berat sebelah. Hezery99 19:43, 21 Februari 2008 (UTC)Balas
Saya walaupun belum boleh mengundi, membesar di Kedah dan dilahirkan pula dari keturunan ibu yang pro-PAS walaupun keluarga ayah saya pro-UMNO. Tetapi dalam keluarga saya tidak terjadi kau-kau,aku-aku. Saya rasa rencana ini berat sebelah. Rencana lebih mengutamakan dan meyokong kerajaan pemerintah. Tidak patut saya bercakap hal politik kerana saya belum layak, tetapi ulasan tentang negara kebajikan PAS dan negara Islam PAS itu memburukkan lagi keadaan. Adakah sememangnya jika sesebuah negeri itu apabila diperintah BN, negara itu akan makmur bahagia. Ada satu ulasan dari TV1 yang seorang mak cik mengatakan yang dia tidak dapat menyambung pelajarannya ke unoversiti kerana kerajaan negeri Kelantan tidak menolong. Sedangkan mak cik tu dah umur dekat 30 tahun? Kerajaan PAS mengambil alih kerajaan Kelantan baru 18 tahun. Ini menunjukkan kepincangan dan ketidak sehaluan pada kerajaan negeri Kelantan pada masa itu(UMNO). Macam Masjid Kristal, masjidnya dibina berjuta ringgit dan banyak kemudahan didalamnya. Tapi masjid itu tidak menganjurkan solat jumaat. Buat apa buat masjid yang kapasiti 700 jemaah jika tiada solat jumaat? Waktu lain, orang jarang pergi masjid tapi solat jumaat orang selalu pergi. Ini kerana ia sunat muakkad itu sunat yang wajib dilakukan bagi lelaki. Dan ia ada syaratnya. Fikirkanlah, bukannya saya menyiarkan manifesto PAS tapi buat renungan semua. Ubah-ubahlah sikit minda itu. Cari kajian sendiri. Buknnya dari surat khabar dan berita yang sentiasa menyokong kerajaan(nk mapus klu TV ngan paper sokong BA). Al-aqlu salim fil jismu salim. Banyakkan berukhuwah. 2 otak lebih baik dari satu otak. PuteraLuqman Tunku Andre 13:33, 24 Februari 2008 (UTC)Balas

Bilangan calon wanita yang menjadi calon pilihan raya di Malaysia tidak memadai, baik parti pemerintah apatah lagi parti pembangkang.

Penggunaan apatah lagi mereflekskan ketidakadilan, sepatutnya digantikan baik partai pemerintah atau partai pembangkang. Satu lago, harus ditambah bilangan calon wanita telah meningkat kali ini, walaupun nisbah calon cowok:cewek masih tinggi.

Suatu lagi, informasi yang terdapat di sini ada yang rujuk kepada kemenangan sit pada tahun 2004, jadi haruslah dibangkitkan. Salam. 158.143.134.197 14:00, 24 Februari 2008 (UTC)Balas

Bias sunting

Artikel dianggap bias kerana belum lengkap ditulis dan perlu ditokok-tambah oleh pihak-pihak lain. Saya mengesyorkan agar kita menambah bukan memotong . Ini kerana sesuatu ayat itu mungkin ada double meaning, triple meaning, sindiran, analogi dan 'pukul anak sindir menantu'. Apabila dibuang sesuatu ayat yang anda tafsir bias, ia telah mencacatkan maksud artikel. Betulkan ejaan tidak jadi masalah. Tetapi saya rasa tidak selesa jika dibuang. Apakah anda faham kedalaman maksud ayat tersebut. Malekhanif 17:26, 14 Februari 2008 (UTC)Balas

Kalau setakat menyindir pembangkang, memang bias. Kalau nak kasi double meaning ke, triple ke, ni kan ensiklopedia, bukan karya sastera.—Aviator, 17:57, 14 Februari 2008 (UTC)Balas

Gabungkan dulu sunting

Tumpang tanya, siapa yang patut buat kerja 'menggabungkan' rencana ni? Selagi tak digabungkan, saya cukup pening, tak tau nak mula dari mana. Bila dah gabung nanti bolehlah kita tumpukan kerja2 memurnikan rencana tunggal tu. Saya cadangkan guna tajuk Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 cukuplah. Tak perlu perkataan 'senario'. cheguman 13:31, 3 Mac 2008 (UTC)Balas

Sesiapa sahaja boleh melakukannya sekiranya terdapat sepersetujuan. ...Aurora... 13:20, 4 Mac 2008 (UTC)Balas

Sunting sunting

Saya cadangkan pernyataan berikut dibuang kerana kes-kes yang disebutkan tidak berkaitan dengan pilihan raya:

"Sementara empat ahli politik Malaysia pernah dibunuh tetapi bukan semasa musim pilihan raya. Mereka ialah Datuk Mazlan di Raub. Christopher Fernandez di Sungai Petani. Datuk Taha di Mantin, Negeri Sembilan." cheguman 13:47, 3 Mac 2008 (UTC)Balas

Saya membuang perenggan berikut kerana fakta yang bercanggah antara satu sama lain:

"Terdapat pelbagai gossip berhubung calon yang akan bertanding dalam pilihan raya , baik parti pemerintah mahupun parti pembangkang. Bagi mereka yang baru sepenggal menjadi calon tentulah mahu dilanjutkan kerana pencen diberi jika berkhidmat selama dua penggal. Kerajaan telah mengubah tempoh pencen kepada sepenggal sahaja." cheguman 14:46, 3 Mac 2008 (UTC)Balas

Ok. ...Aurora... 13:20, 4 Mac 2008 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Senario Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12".