Perbincangan:Solat tahajud

(Dilencongkan dari Perbincangan:Solat sunat tahajud)
Ulasan terkini: 13 tahun lalu oleh Aurora

Saya lihat rencana ini dipindahkan dari solat sunat tahajud kepada sembahyang tahajud. Saya rasa solat sunat tahajud adalah lebih sesuai kerana istilah solah adalah istilah yang diterima oleh DBP dan ia khusus kepada penganut Islam, sedangkan sembahyang adalah umum bagi semua ugama.

Petikan

solat
sembahyang (dlm agama Islam).

bersembahyang
1. melakukan sembahyang (solat): pd suatu hari raya, Rasul Allah berjalan-jalan di Madinah selepas ~ raya; 2. (Kristian) berdoa pd petang hari (agama Kristian), bermohon kpd Tuhan; ~ pujian upacara berdoa pd petang hari (agama Kristian); 3. (di kalangan orang Cina) upacara utk menghormati nenek moyang; Yosri (bincang) 11:39, 14 Februari 2011 (UTC)Balas

Saya juga setuju. Lagipun solat sunat tahajud itu ibadat sunat. عبد الله Pesanan? 11:45, 14 Februari 2011 (UTC)Balas
Saya cuma mengikut panduan DBP, sudah diberi pautan rujukan dalam rencana yang menunjukkan istilah yang digunakan DBP ialah sembahyang tahajud sementara solat tahajud tidak wujud. Namun, andai kita ingin gunakan yang lebih popular, saya setuju nama solat tahajud atau tahajud sahaja. --Kurnia [ bual ] 11:52, 14 Februari 2011 (UTC)Balas
Jika dilihat lebih lanjut, DBP menggunakan kedua-dua istilah sembahyang = 1. perbuatan menyembah Allah, solat; ~ lima waktu (fardu, wajib) sembah-yang yg wajib dikerjakan dlm sehari semalam (iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib, dan isyak); air ~ air utk bersuci sebelum sembahyang,.... . Yosri (bincang) 12:40, 14 Februari 2011 (UTC)Balas
Ya, tapi di sini, bukan dinyatakan solat tahajud, tapi sembahyang tahajud. Maksudnya, istilah yang rasmi digunakan ialah sembahyang tahajud, bukan solat tahajud. Lema solat tahajud pun tidak wujud, maksudnya ia bukannya yang rasmi. Pada pautan yang anda beri, tilde (~) bukan merujuk kepada solat tapi sembahyang, sedang petikan yang anda beri terletak dalam takrifan sembahyang. Tilde digunakan sebagai perujuk kepada kata yang ingin ditakrifkan. Lagi, jika anda perhatikan, ada titik koma (;) selepas solat pada takrifan (1). Titik koma digunakan sebagai pemutus ayat, mengasingkan antara frasa-frasa berbeza. --Kurnia [ bual ] 13:35, 14 Februari 2011 (UTC)Balas

DBP memang mengutamakan istilah 'sembahyang' berbanding 'solat'. Lihat sahaja masukan untuk sembahyang subuh, namun frasa solat subuh tetap diterima. Begitu juga istilah solat sunat boleh digunakan. ...Aurora... (b) 13:56, 14 Februari 2011 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Solat tahajud".