Perbincangan:Sukan Olimpik Musim Panas 2008

(Dilencongkan dari Perbincangan:Sukan Olimpik Beijing 2008)
Latest comment: 15 tahun lalu by Che090572 in topic Jawapan komen penambahbaikan
Featured articleSukan Olimpik Musim Panas 2008 is a featured article; it (or a previous version of it) has been identified as one of the best articles produced by the Wikipedia community. Even so, if you can update or improve it, please do so.
Main Page trophyThis article appeared on Wikipedia's Main Page as Today's featured article on Ogos 1, 2008.
Ogos 1, 2008Featured article candidatePromoted

Komen penambahbaikan sunting

  1. Cadangkan ditukar Sukan Olimpiad XIXX ke Olimpiad ke-29 memandangkan Olimpiad itu sendiri menandakan tempoh berlangsungnya Sukan Olimpik dan dalam bahasa Melayu penggunaan angka Roman untuk membilang adalah amat jarang sekali. Hatta, penamaan rencana ini sebagai Olimpik Beijing 2008 juga pada pandangan saya tidak tepat kerana Olimpik ialah kata sifat atau adjektif dan tidak boleh berdiri dengan sendiri sebagai kata nama (noun). Tatanama yang sesuai ialah Sukan Olimpik Beijing 2008
  2. Hong Kong bukanlah negara dalam pemahaman politik semasa dunia. Berikutan wujudnya amalan dua sistem satu negara di China, Jawatankuasa Olimpik Hong Kong masih dikekalkan keahliannya dalam IOC dan mereka adalah bebas daripada pengaruh JK Olimpik Kebangsaan China. Oleh itu, harus ditekankan bahawa Olimpiad ke-29 ini dianjurkan oleh dua buah JK Olimpik Kebangsaaan yang berlainan dan masing-masing memiliki keahlian dalam IOC.
  3. Protes di dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu (selain bahasa Indonesia) ialah bantahan.
  4. Kenyataan mantan PM Li Langqing lebih molek kalau diterjemah ke dalam bahasa Melayu dan sumbernya dipetik sekali.
  5. Semakan dengan DBP menunjukkan bahawa perkataan equestrian di dalam bahasa Melayu ialah tunggang kuda dan bukannya ekuestrien.
  6. Komiti Pengurusan Olimpik Beijing lebih elok dipanggil Jawatankuasa Penganjuran Olimpik Beijing (Bejing Olympics Organizing Committee BOGOC). Hanya di Indonesia dipanggil Komiti.
  7. "Ia diumumkan bahawa Celine Dion dari Kanada[25] dan Jay Chou dari Taiwan[26] akan membuat persembahan ketika majlis perasmian iaitu pada Ogos 2008." Saya kurang faham apa yang ingin dimaksudkan di sini.
  8. Tiada petikan sumber tentang persembahan Council Rock High School North Choir.
  9. Dalam perenggan Larian Obor, disebut tentang Jalan Sutera. Panggilan yang sebetulnya ialah Laluan Sutera.
  10. "Terdapat juga pihak yang membidas China atas sokongan kerajaan China kepada kerajaan Sudan yang gagal menyelesaikan konflik Darfur." Perlukan petikan. Pihak yang membidas itu perlu dinyatakan bagi mengelakkan bias atau pandangan berat sebelah.
  11. Keseluruhan perenggan Larian Obor sukar difahami kerana diterjemah secara langsung daripada artikel dalam bahasa Inggeris atau bahasa Indonesia yang langsung menyebabkan maksudnya lari.

--Tikar aurum 20:25, 13 Julai 2008 (UTC)Balas

Jawapan komen penambahbaikan sunting

Minta perhatian, saya sesekali tidak menterjemahkan rencana ini secara terus daripada Wikipedia bahasa Indonesia ye. Sumber penterjemahan saya hanya satu iaitu Wikipedia bahasa Inggeris. Adakah terjemahan saya mirip akan bahasa Indonesia. Harap maaf. Saya harap saudara Tikar aurum tidak hanya membantah tetapi menambahbaik dan memperbaiki apa-apa yang dianggap kurang tepat dalam rencana ini. Lagipun, temasya ini merupakan temasya sukan yang paling bersejarah, berprestij, dan bertaraf dunia yang akan dilangsungkan bulan depan. Jadi, takkanlah sekalian ingin melepaskan kehangatan temasya ini untuk tidak menjadikan ia sebagai rencana pilihan ms.wikipedia ini. Ayuh, kita sama-sama bersedia melakukannya. — Didie (bincang) 01:47, 14 Julai 2008 (UTC)Balas

Mengenai soalan #5, sememangnya ejaan bagi equestrian diterjemahkan kepada ekuestrian. Bukannya ekuestrien ataupun tunggang kuda kerana ia kurang tepat untuk digunakan. — Didie (bincang) 01:49, 14 Julai 2008 (UTC)Balas

Kalau begitu, baiklah. Tapi anda perlu ingat, jika anda lihat kesalahan tatabahasa rencana ini, perbaikikan jika anda mampu. Jangan nak tau kutuk aje rencana ni, maaf banyak2 ye jika saya terkasar bahasa. Walau apapun, saya fikirkan rencana ini sudahpun sempurna. Kerana rencana ini sudahpun dicalonkan sebanyak 2 kali. — Imran Al-Sahih 10:42, 14 Julai 2008 (UTC)Balas

Kepada Didie dan Imran, saya bukan berniat untuk mengutuk. Saya cuba memberi pandangan saya terhadap beberapa perkara yang saya kenalpasti sebagai kurang tepat. Jika saya mengutuk saya tak akan berikan cadangan alternatif. Sebaliknya saya bubuh di ruangan perbincangan ini untuk DIBINCANGKAN. Sebabnya mungkin saya sendiri tersalah faham. Jika saya RASA BETUL, sudah lama saya tukar sendiri. Kalau cadangan dan kritikan macam ini pun tak boleh diterima, tak perlulah rasanya menulis di dalam projek terbuka seperti ini. --Tikar aurum 09:51, 15 Julai 2008 (UTC)Balas

Apa yang ingin ditunggu lagi, perbaikilah apa-apa yang kurang tepat. Sememangnya Wikipedia merupakan laman komuniti dan bebas disunting oleh siapa saje. Lagipun, cadangan saudara mungkin ada kebenarannya untuk diperbetulkan. — Didie (bincang) 11:57, 15 Julai 2008 (UTC)Balas
Sebahagian cadangan Tikar aurum telah saya laksanakan. Saya juga bersetuju dengan "Sukan Olimpik Beijing 2008". ...Aurora... 14:35, 15 Julai 2008 (UTC)Balas
Saya juga bersetuju dengan cadangan istilah "Sukan Olimpik Beijing 2008". — Didie (bincang) 15:18, 15 Julai 2008 (UTC)Balas

Tumpang tanya. Bagaimana dengan perkembangan sukan itu sendiri? Adakah rencana 'pilihan' ini akan dikemaskini sepanjang acara itu berlangsung atau perkembangan terkini tentang sukan itu dibuat di rencana lain? Sebab saya ingat hujah yang dipersoalkan ketika pemilihan rencana pilihan yang dicadangkan oleh Didie berkenaan iaitu pencalonan rencana Akademi Fantasia Musim 5 ialah hanya kerana peristiwa tersebut belum berlaku (walaupun berlaku pada bulan ia terpilih sebagai renacan pilihan). Saya rasa, dapat diperjelaskan hal ini. Hal yang lain, saya tidak merasakan apa-apa masalah. Polar 16:32, 15 Julai 2008 (UTC)

Sememangnya akan dikemaskini sepanjang temasya ini berlangsung secara giat. — Didie (bincang) 14:19, 17 Julai 2008 (UTC)Balas

Saya rasa korang memang hebat la...teruskan dan syabas!...Che (bincang) 18:35, 9 Ogos 2008 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Sukan Olimpik Musim Panas 2008".