Perbincangan:Tentera Darat Malaysia

Nama apa yang digunapakai sekarang? Tentera Darat DiRaja Malaysia atau Tentera Darat Malaysia? Dalam laman web rasmi disebut Tentera Darat Malaysia... - Aviator 08:08, 22 Oktober 2006 (UTC)Balas

Tentera Darat Malaysia. Baca wikipedia english untuk Malaysian Army. Zack2007 09:27, 20 November 2006 (UTC)Balas

istilahnya sepatutnya Tentera Darat Malaysia. di Malaysia, perkhidmatan Tentera Darat tidak diberikan gelaran Diraja tetapi gelaran Diraja itu dipakai (diberikan) kepada Kor ataupun Rejimen-rejimen di bawah Tentera Darat. Jadi, Rejimen Askar Melayu Diraja. Rejimen Semboyan Diraja, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Kor Artileri Diraja, dan sebagainya memakai gelaran Diraja, tetapi Tentera Darat sendiri tidak memakai gelaran Diraja.

Seperti juga di United Kingdom, perkhidmatannya adalah Royal Navy, Royal Air Force, Royal Marines tetapi British Army tidak memakai gelaran Royal. Begitu juga dengan Australia dan New Zealand.

Lain pula di Thailand, Tentera Daratnya diberikan gelaran Royal Thai Army, begitu juga Laos (Royal Laotian Army – kini tidak wujud lagi) dan Kemboja.

Mengenai kursus asas jurulatih jasmani dan sukan sunting

Saya ingin bertanya tentang kursus asas jurulatih jasmani dan sukan di tentera darat malaysia bilakah kursus tersebut akan diadakan pada tahun ini?. Adakah sekiranya kalau saya memohon untuk berkursus disana akan diterima oleh pihak tuan? Saya dari tentera darat brunei dan saya berkeinginan untuk menghadiri kursus asas jurulatih jasmani dan sukan di tentera darat malaysia dengan menggunakan perbelanjaan sendiri. Saya harap tindak balas dari pihak tuan secepatnya. Sekian diucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan. Addy1112 (bincang) 06:15, 2 Februari 2018 (UTC)Balas

Laman ini merupakan laman pihak ketiga. Kami tidak ada apa-apa kaitan dengan kementerian pertahanan, oleh itu tidak dapat membantu. Harap maklum. Yosri (bincang) 12:08, 2 Februari 2018 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Tentera Darat Malaysia".