Perbincangan:Khyber Pakhtunkhwa

Active discussions

Provinsi?Sunting

Saya masih meragui penggunaan perkataan "provinsi" terutama dalam bahasa Melayu. Provinsi sebenarnya digunakan oleh pihak kerajaan Indonesia sebagai nama subbahagian negara mereka. Dalam bahasa Melayu, perkataan ini jarang digunakan. Perkataan "wilayah" masih sesuai. Kadang-kala kita tidak harus menterjemah secara terus, malah menggunakan istilah yang paling sesuai. -Yk Yk Yk 14:09, 30 November 2007 (UTC)

Perkataan provinsi memang wujud dalam bahasa Melayu. Cuma jarang digunakan. Bagi saya, gunalah yang mana sesuai. ...Aurora... 14:29, 30 November 2007 (UTC)
Yalah provinsi memang wujud.. Tapi mana yang anda rasa lebih sesuai? -Yk Yk Yk 14:31, 30 November 2007 (UTC)
Bagi saya perkataan 'provinsi' lebih tepat berbanding 'wilayah'. Perkataan territory jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu juga bererti 'wilayah' atau 'jajahan'.. Jadi, untuk membezakannya saya lebih gemar untuk menterjemahkan perkataan province sebagai 'provinsi'.. Shah 88
Wilayah mempunyai banyak terjemahan - territory, region, province. Sudah saya nyatakan, provinsi merupakan perkataan yang digunakan di Indonesia sahaja, kemudian dimasukkan dalam kamus dewan. Perkataan ini tidak digunakan dalam bahasa Melayu langsung. Itu hujah saya - penggunaan perkataan itu oleh khalayak, bukan seorang sahaja. Apa salahnya guna "wilayah", kita di Wikipedia sudah biasa menggunakkannya sebagai istilah untuk subbahagian negara, tidak kira apa namanya dalam bahasa Inggeris. Contoh: Wilayah Nakhon Ratchasima, Senarai wilayah-wilayah China. Saya amat tegas dalam kes ini kerana saya tidak mahu pengguna lain menggunakan kes ini sebagai alasan menggunakan istilah-istilah pinjaman yang tidak sesuai dalam rencana lain. -Yk Yk Yk 06:59, 3 Disember 2007 (UTC)
Saya baru perasan Bernama, mStar dan beberapa akhbar lain menggunakan "Wilayah Sempadan Barat Laut", jadi saya rasa baik kita ikut. ...Aurora... 14:33, 3 Disember 2007 (UTC)
Cuba kau orang lihat artikel Wilayah..Aku gunakan untuk perkataan 'provinsi' untuk membezakan province dengan territory..Untuk pengetahuan bro, province dengan territory adalah dua entiti yang sangat berbeza..Jadi, saya akan terus gunakan perkataan tu..Lagi 1, saya lihat banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa di wikipedia ni..Kalau boleh, sebelum edit artikel tu, rajin-rajinkan pergi ke laman web DBP!
Gunalah bahasa yang sopan sedikit. Sudah anda lihat hujah Aurora, lebih baik kita ikut penggunaan semasa, bukan mengikut agenda diri. Province dan territory mungkin berbeza, tetapi dalam bahasa Melayu, lazimnya kedua-duanya diterjemahkan sebagai wilayah. Itu fakta.
Berkenaan kesalahan bahasa dalam Wikipedia, kita semua tahu bahasa Melayu bukanlah bahasa yang mantap seperti bahasa Inggeris. Peraturan tatabahasa mungkin berubah dari semasa ke semasa mengikut hasil penyelidikan pakar bahasa di DBP. Janganlah menyalahkan pengguna lain. Sebaliknya, kita semua harus berusaha membetulkan segala kesalahan di Wikipedia. Itulah semangat Wikipedia, bukan menjadi emosional apabila ditegur. Kami bukannya nak kenakan anda, cuma berusaha membaiki Wikipedia. Maaf jika anda berasa tidak senang kerana teguran saya. -Yk Yk Yk 02:34, 4 Disember 2007 (UTC)
Dan satu lagi, kenapakah anda menggunakan istilah "wilayah" untuk province di Thailand? -Yk Yk Yk 02:41, 4 Disember 2007 (UTC)
Bro, maaf jika saya terkasar bahasa sebelum ini..Saya cuma nak betulkan apa yang salah..Cuba bro fikir, sama tak status Kuala Lumpur dengan Johor?Tak sama kan..Kuala Lumpur adalah sebuah wilayah (territory) dalam bahasa Inggerisnya..Johor adalah ahmpir sama dengan negeri (states) adalah hampir sama dengan provinsi (province)..Shah 88
lagi satu, macam mana nak membezakan antara [|province dan territory di Pakistan] jika bro masih mahu menyamakan kedua-dua entiti dengan mengekalkan perkataan "wilayah"? Menngikut pentadbiran Pakistan kedua-dua entiti adalah berbeza..Shah 88

Saya rasa apa yang anda kurang faham ialah flexibility terjemahan istilah. Bagi anda province mesti provinsi, territory mesti wilayah. Tapi cuba anda lihat di sini: [1] dan [2] Terjemahan yang diberi bagi wilayah ialah territory, province dan region. Ini membuktikan istilah wilayah boleh digunakan untuk mana-mana tiga perkataan itu, mengikut kesesuaian.
Point saya ialah, tidak salah anda menggunakan istilah "provinsi", tetapi saya benar-benar ingin elakkan penggunaan istilah bahasa Indonesia ini kerana:
  1. Perkataan ini tidak digunakan secara meluas oleh penutur bahasa Melayu (hampir tidak digunakan langsung, lebih-lebih lagi dalam media massa, seperti yang dihuraikan oleh saudari Aurora)
  2. Penggunaan istilah "wilayah" terbukti lebih sesuai.
Saya harap anda menerima hujah saya, dan cuba menyesuaikan diri dengan gaya Wikipedia. Saya pernah melihat permasalahan menyunting sebegini dalam Wikipedia bahasa Inggeris, kadangnya saya setuju dengan penggunaan istilah yang "tepat dari segi politik" (politically correct), tetapi akhirnya juga pengguna Wikipedia terpaksa akur kepada penggunaan istilah semasa. -Yk Yk Yk 10:00, 4 Disember 2007 (UTC)
Untuk territory Pakistan, kita boleh gunakan istilah "kawasan". (Saya bukan enggan menyerah kalah, cuma "berjuang" supaya perkataan provinsi tidak digunakan) Anda belum lagi menjelaskan mangapa kita boleh guna perkataan "provinsi" sedangkan perkataan itu jarang digunakan. Ingat, ini Wikipedia, ensiklopedia untuk rujukan khalayak. Semangat Wikipedia ialah menghasilkan rencana yang bersumberkan fahaman semua orang, dan tidak bercanggah dengan sumber lain.-Yk Yk Yk 10:00, 4 Disember 2007 (UTC)
Tak boleh bandingkan KL dengan Johor, bandingkan Wilayah Persekutuan (Federal Territory), sama saja tarafnya dengan negeri Johor. Mengenai perbezaan di Pakistan, saya tak tahu, saya cuma mengulang apa yg digunakan di media. Harap anda (Shah 88) dan Yk Yk Yk dapat penyelesaiannya. Sebagai bacaan tambahan: en:Wilayah dan en:Province#Current provinces. Mengikut pemahaman saya, wilayah sama taraf dengan provinsi, tapi bahasa Inggeris gemar menggunakan provinsi. ...Aurora... 15:00, 4 Disember 2007 (UTC)
Sebenarnya saya mempunyai perisian Dewan Eja Pro dan saya dapat istilah "provinsi" ada dalam bahasa Melayu cuma istilah ini jarang digunakan kerana masih baru..Kalau ikutkan ejaan Indonesia yang asal untuk istilah ini adalah "propinsi"..Beberapa tahun kebelakangan ini baru ejaan "provinsi" digunakan dalam bahasa Indonesia diikuti dengan bahasa Melayu..Cuba bro lihat laman web DBP....Shah 88
Yk Yk Yk, terus terang awak buat saya jadi bingung dan keliru..Masalah dah timbul kerana saya mengikut kata awak..Alasan awak langsung tak munasabah..Maaf, wikipedia BM tak akan berkembang jika ada admin macam awak..kita ni perlu berfikiran terbuka..
Adakah wikipedia mewajibkan saya mengikut kata awak???Oh cara awak adalh cara wikipedia?? macam tu ye? Saya fikir ini adalah wikipedia, kalo di forum-forum lain dah lama saya tak berkata selembut ini..

ProvinsiSunting

Ini pendirian akhir saya. Saya lebih rela menggunakan istilah "provinsi" untuk membezakan province daripada territory. Malangnya, perkataan itu tidak digunakan oleh khalayak. Ini prinsip dan semangat Wikipedia. Bukan prinsip dan semangat saya sendiri. Kan anda dah baca pendirian saudari Aurora.

Cara saya ialah cara Wikipedia, thats right. Ini kerana saya membuat suntingan berdasarkan cara Wikipedia yang dipersetujui umum. Saya bukan menetapkan cara Wikipedia. Saya hanya mengikut cara Wikipedia. Itu sebablah cara saya ialah cara Wikipedia. -Yk Yk Yk 05:25, 5 Disember 2007 (UTC)

Ok..Kalau macam tu,jom tolong saya seragamkan penggunaan istilah "wilayah" ni dengan menggantikan semua istilah "provinsi" dengan "wilayah". Shah 88
Kenapa bro kunci rencana ni? Shah 88
Oh maaf, saya sebenarnya membalas orang yang mengamuk di atas. -Yk Yk Yk 09:45, 5 Disember 2007 (UTC)

Err... jangan tukar semua. Negara2 yg istilah aslinya provinsi (negara2 Barat & Indonesia) biarlah gunakan provinsi. Cuma tukar kes2 yg perkataan asalnya wilayah (negara2 Arab) atau kes2 tak tahu (seperti Pakistan). Untuk senarai penuh lihat en:Province#Current provinces. ...Aurora... 14:21, 5 Disember 2007 (UTC)

Oh, sori, saya ada tertukar istilah "provinsi" kepada "wilayah" di kebanyakan negara kecuali Indonesia..nanti saya betulakn semula Shah 88

Yang ni senarai subbahagian peringkat pertama (1st level) (setaraf negeri di Malaysia) negara yang istilah aslinya adalah provinsi (kebanyakan negara barat dan Indonesia) berpandu pada en:Province#Current provinces..Yang tak termasuk dalam senarai ni harap gunakan istilah "wilayah" seperti Pakistan, Iran dan Thailand..melainkan istilah Inggerisnya adalah state yang bererti negeri..Harap ikut senarai ni...

Shah 88

Ini senarai subbahagian peringkat ke-2 (2nd level) (setaraf daerah di Malaysia) yang istilah aslinya juga "provinsi"..

Shah 88

Saya keluarkan Kenya, Afrika Selatan dan Vanuatu berdasarkan sejarah dan bahasa rasmi mereka. ...Aurora... 15:14, 6 Disember 2007 (UTC)
Kembali ke laman "Khyber Pakhtunkhwa".