Perbincangan bantuan:Antara muka

(Dilencongkan dari Perbincangan Wikipedia:Antara muka)
Latest comment: 16 tahun lalu by Aurora in topic MessagesMs.php baru

Dari Perbualan PM Poon sunting

Saya telah melihat terjemahan antaramuka yg telah Anda lakukan. Ada beberapa hal yang menarik perhatian saya:

  • istilah seperti "ingkar" (default), "kuki" (cookies), "kecenderungan" (preference; "tatarajah" mungkin sudah OK)... apakah mereka dapat dimengerti oleh pengguna bahasa Melayu pada umumnya? Mungkin ada baiknya diberikan pula istilah bahasa Inggeris dalam tanda kurung bagi perkataan yang kurang umum pemakaiannya...
  • JavaScript harus tetap dieja "JavaScript" sebab ia adalah merek yang telah mempunyai hak cipta
  • "Halaman Utama" - bukankah :ms menggunakan "Laman Utama"?
  • ada beberapa kesalahaan ejaan "di". Coba lihat id:WP:PE#Kata_depan_di_vs._awalan_di-
  • ejaan mana yang tepat: anda atau Anda? Dalam bahasa Indonesia selalu ditulis 'Anda', namun saya kurang pasti mengenai pemakaiannya dalam Melayu
  • "Internal error" - "Ralat dalaman"?, apa mungkin "Kesalahan dalaman" lebih tepat? Ada pula terjemahan lainnya dari perkataan "error" yang menggunakan "ralat"...
  • Nama-nama menu browser seperti "Tools→Preferences" dalam perkataan "Opera users may need to completely clear their cache in Tools→Preferences" mungkin dapat dibiarkan saja (dalam bahasa Inggeris) kecuali telah ada versi bahasa Melayu untuk browser tersebut untuk mengelakkan dari membingungkan pengguna
  • "Hanya teks pada bahagian atas akan disimpan apabila anda menekan \"Simpan halaman\" - Ini tidak tepat, kerana :ms menggunakan butang "Simpan", bukan "Simpan halaman"
  • "Double Redirects" -> "Peralihan Ganda" sahaja sudah cukup sebab "ganda" telah mengandung makna "double"
  • pautan ini, Istimewa:Senarai_pantau/Lihat dan sunting senarai pantau lengkap., tidak berfungsi - mungkin ada kesalahan dalam penerjemahan
  • "bold" - "cetak tebal" atau "Cetak berat"? sebab saya lihat ada dua terjemahan yang berbeza yang digunakan

Sorry, lots of things... but some of the "errors" that I list above may not apply for Malay as they might actually be okay to use in Malay... Hope that helps. Hayabusa future 08:59, 23 Disember 2005 (UTC)Balas

Terima kasih dan tahniah atas usaha anda. Akan saya membantu menyemak dalam masa terdekat. Aurora 09:18, 23 Disember 2005 (UTC)Balas
Semasa saya mula membina antaramuka Wikipedia Melayu, saya cenderung memilih perkataan yang lebih pendek. Perkataan tersebut mungkin bukan baku. Tetapi ianya lebih mudah apabila dipaparkan di skrin. Yosri 09:42, 23 Disember 2005 (UTC)Balas
Berkenaan antaramuka dan beberapa soalan lain yang saudara timbulkan, saya lampirkan bersama pautan kepada beberapa laman yang berkaitan.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:MediaWiki_custom_elements
http://ms.wikipedia.org/wiki/MediaWiki:All_system_messages
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Pesanan_khas_MediaWiki
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Sejarah_Wikipedia_Melayu
Saya amat gembira mencapai 10K jumlah laman, tetapi saya lebih berharap mendapatkan lebih ramai penyumbang seperti yang ada di Wikipedia Indonesia. Wikipedia Indonesia lebih aktif dan lebih ramai penyumbang. Mungkin penutur bahasa Melayu ramai yang pemalu. Tetapi saya masih mengharapkan lebih ramai pelawat akan menyedari kegunaan Wikipedia dan akan menyumbang secara lebih aktif Yosri 09:59, 23 Disember 2005 (UTC)Balas

Dari Perbualan Hayabusa future sunting

Hi Hayabusa, thank you for your prompt response and incisive observation. Apparently, you seem to have gone through the whole article in Perbualan Kedai Kopi, as noted by your observation of "cetak tebal" and "cetak berat".

When I was at school eons ago, we used to learn that "bold" is "huruf berat" and "italic" is "huruf miring". Apparently, when I checked the latest Dewan Bahasa & Pustaka translation halfway through my latest revision, it is now "cetak tebal" and "cetak condong"; thus, the inconsistency. However, I am going through the translation one final round as I am aware that there are also some other inconsistencies due to changes of idea as I went along. For example, should we use "butang" instead of "kekunci" and "tekan" instead of "klik"? We have to choose one or the other and use it consistently. To me, although I prefer to use bahasa asli whenever possible, there is the question of how to translate "double click". Instead of "tekankan dua kali", I suggest we use the recommended "dwiklik". Under the circumstances, we should then use "klik" and "kekunci". Then there is a further question of the use of the word "klikkan". While "klikkan" is used very often in the internet, "dwiklikkan" is not. What do we do?

For the translation posted in Perbualan Kedai Kopi, those portion where I have not formatted yet are those that I have not yet gone through. Read only the upper portion that has been formatted.

Istilah seperti "ingkar" (default), "kuki" (cookies) sunting

My personal view is that we should not put the English version in brackets, simply because it would look as if Bahasa Melayu as a language is weak. What we can do is to come up with a separate glossary page somewhere. The Dewan Bahasa & Pustaka and Sabah edu.net for IT Terminology translates the following English words as:

  • default: ingkar
  • preference: kecenderungan
  • configuration: tatarajah.
  • error: ralat.

No translation was found for cookies but "kuki" is used by some others in the internet. According to the translation system that Dewan Bahasa has developed, "kuki" is right.

Saya rasa tidak perlu versi Inggeris dalam kurungan. Seharusnya Wikipedia BM menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu. Terjemahan default sebagai "ingkar" agak pelik, sebab biasanya cuma digunakan jika berkenaan wang. Tapi saya tiada cadangan lain, dan jika orang lain tiada cadangan lain, pakailah. Begitu juga dengan "kuki". Yang lain-lain tiada masalah. Aurora
Memang betul kadang-kadang agak sukar untuk mentafsirkan perkataan Inggeris ke Bahasa Melayu supaya ia mempunyai pengertian yang sama dan untuk situasi yang sama. Saya amat tertarik dengan tafsiran ingkar untuk perkataan "default" memang betul kata Aurora ingkar lebih sesuai untuk perkara yang berkaitan dengan kewangan. Apa yang saya faham dari maksud default terutama dalam dunia IT adalah ia bermaksud "ketetapan awal" atau "tetapan awal" atau boleh juga disebut sebagai azali. Sebagai contoh lebih kurang begini. This webpage uses white as background colour as default, you can change the default colour to any colours as you wish by cilcking this button" Jadi maksudnya lebih kurang begini. "Laman ini menggunakan putih sebagai warna latar belakang sebagai azali, anda boleh menukar warna azali ini kepada warna yang anda inginkan dengan mengklik butang ini." Bagi saya perkataan "azali" lebih sesuai untuk perkataan "default" untuk bidang IT atau situasi yang mempunyai persamaan dengannya. Kerana mengikut fahaman awam azali bermaksud telah ditetapkan terlebih dahulu. Walau bagaimana pun saya bukanlah orang yang mahir dalam tatabahasa, namun sekurang-kurang apa yang saya nyatakan tadi lebih hampir kepada maksud yang sebenarnya. ~Faizal Tahir~
Saya rasa asal usul "default" adalah dari "base" atau "foundation". Jadi kita boleh membahasaka "default values" sebagai "nilai asas"; "default themes" sebagai "tema asas"; "default timezone" sebagai "zon masa asas"; "default language" sebagai "bahasa asas." Azraee
* * * * *

Terima kasih Faizal tentang huraian anda yang mendalam. Sebenarnya, Kamus Istilah Dewan Bahasa mencadangkan "ingkar" untuk default, baik untuk perkara yang berkaitan dengan kewangan mahupun tidak. Menurut Ainon Muhammad dalam bukunya "Panduan Menterjemah", beliau mengatakan bahawa ini adalah kaedah yang betul, iaitu jika tiada perkataan bahasa Melayu untuk sesuatu perkataan bahasa Inggeris, gunakanlah perkataan yang terdekat, berbanding mencipta istilah pinjaman. Prinsip ini dikatakan peluasan maksud untuk perkataan yang sedia ada.

Bagaimanapun, beberapa bulan dahulu, Aurora telah memberikan "lalai" sebagai terjemahan untuk default. Ketika itu, saya juga berasa pelik. Kan "lalai" bermaksud careless atau negligent? Tetapi ketika saya merujuk kepada Kamus Komputer Dewan Bahasa, memang "lalai" dicadangkan untuk bidang IT. — PM Poon 13:37, 27 Ogos 2006 (UTC)Balas

JavaScript sunting

Some Malay and Indonesian websites do translate "JavaScript" as "JavaSkrip". So also do some German sites that use "JavaSkrip" as in "Directorforum - Javaskrip zum prüfen auf Shockwave Player ...". How then do the Chinese, Japanese and Tamil language translate them when they don't use Romanized alphabets? To me, it all depends on whether you are referring to the trade mark or to the script language. If you are referring to the trade mark, then I would agree that you cannot change the spelling, otherwise you can, and you should.

Saya setuju dengan PM Poon. Aurora

Halaman Utama sunting

Just because something has been done all this while is never a good enough reason to retain it if it is wrong. However, you are right for another reason.

There has been some inconsistencies in the translation of the word "webpage". At times, we use "halaman" and at times, we use "laman". As I went through the translation, I saw that we use halaman most of the time, and that was why I changed the translation of the "Main Page" to "Halaman Utama". As you know, the Indonesian Wikipedia uses "Halaman Utama".

Now that you mentioned it, I checked up the Sabah.edu.net IT Terminology and found out that it recommends the use of "Laman" for webpage. I therefore suggest we should use "laman" and use it consistently. In other words, all instances of "halaman" will be dropped and changed to "laman".

Tukar kepada laman. Aurora
Kita telah berbincang mengenai perkara ini di Wikipedia:Kedai Kopi (saya tak ingat bila, tapi ada dalam arkib). "page" menjadi "laman", oleh itu "web page" menjadi "laman web".

"Anda" dan "anda" sunting

In Bahasa Malaysia, anda is not capitalized, unless it is used at the beginning of a sentence.

Benar. Cuma saya nak ingatkan PM Poon berkenaan kata depan/awalan "di" seperti yang disebut oleh Hayabusa future. Aurora

Ralat dalaman sunting

Dewan Bahasa & Pustaka translate "internal error" as "ralat dalaman". I guess there must be a subtle difference between "internal error" and "internal mistake". Also, while we want to make the translation easy to understand, we must also ensure its accuracy, otherwise we will end up as a site with "bahasa pasar".

"Ralat dalaman" adalah istilah yang betul untuk internal error. Aurora

Opera browser sunting

I agree that we should put "Tools→Preferences" in brackets as in: "Alatan: Kecenderungan ("Tools→Preferences"), but I do not agree that the whole sentence should be in English.

Cadangan saya: Pengguna Opera mungkin harus mengosongkan cache mereka di "Peralatan→Kecenderungan" ("Tools→Preferences"). Aurora

"Simpan" and "Simpan halaman" sunting

I agree that "Simpan" is more appropriate if used in buttons. However, in translating, sometimes I do not know where the word is being used. As such, your corrections on the page that I posted would be very helpful.

Gunakan "simpan" pada butang atau yang berkenaan dengan butang. Aurora

My suggestion sunting

To make it easy for me to make the necessary adjustments, let us eat the elephant part by part, otherwise we will end up with nothing done. I have just numbered the sections. Let us focus on Sections 1-6. When all of us (you, Yosri, Aurora and hopefully some others) agree unanimously, then I will try to post it up first. Then we can proceed to another part. As we use the parts that I post, we may find some problems that are overlooked. Under the circumstances, we will do the necessary corrections in the second posting.

Please post your suggestions and recommendations in the article on Perbualan Kedai Kopi itself. It would be easier for me to see if you do this, for example:

  • "mainpage" => "LamanUtama", #"Main Page", ("halaman" ditukar menjadi "Laman Utama" kerana kita telah menggunakan "Laman Utama" sehingga ini.)

If you do this, the chance of me missing it while updating is very much less. I hope to finish this project before Chinese New Year as I may not spend much time in Wikipedia after that.

(P/S: Translation is the first part of the exercise. The second part involves "patching" and the third is "posting". As at the moment, I have not found the way to do it. I have written to en:Wikipedia about two to three weeks ago, but until now, there has been no response. Do you have any idea how to do it?) — PM Poon 18:53, 23 Disember 2005 (UTC)Balas

Sambungan perbincangan sunting

Di atas ialah jawapan kepada sebahagian persoalan Hayabusa future dan PM Poon. Yang lain saya letakkan di sini:

  1. Double Redirects: "Peralihan Berganda" lebih tepat.
  2. Pautan yang betul ialah: "Istimewa:Watchlist/edit". Walau bagaimanapun, ia cuma berfungsi jika anda log masuk.
  3. Tukarkan bold dan italic kepada "tebal" dan "condong".
  4. Saya setuju dengan "butang" dan "klik/dwiklik".

Selain itu:

  1. Wiki-en menggunakan recent changes, kita menggunakan "perubahan terkini", bukan "perubahan-perubahan terkini".
  2. Cache telah digunakan dalam bahasa Melayu.
  3. Saya rasa baik ditukarkan about menjadi "perihal".
    • "about" => "Maklumat",
    • "aboutsite" => "Tentang Wikipedia",
    • "aboutpage" => "Wikipedia:Perihal", #"Wikipedia:About",
  4. "Hal semasa" dan Wikipedia:Hal Semasa
    • "currentevents" => "Peristiwa Semasa",
    • "currentevents-url" => "Peristiwa Semasa",
  5. "Penafian" dan "Projek:Penafian umum"
    • "disclaimers" => "Penyangkalan",
    • "disclaimerpage" => "Projek:Penyangkalan_Umum"
  6. "Pautan ke halaman ini"
    • "whatlinkshere" => "Halaman yang dipautkan ke sini", #"Pages that link here",
  7. "Pergi"
    • "go" => "Paparkan",
  8. "Sejarah"
    • "history" => "Sejarah Halaman",
  9. "Peralatan peribadi"
    • "personaltools" => "Alat peribadi",
  10. "Halaman dilindungi"
    • "protectedpage" => "Halaman Terlindung", #"Protected page",

Nanti selepas siap terjemahan saya akan bantu membetulkan ejaan dan tatabahasa. Sekarang ini saya biarkan dulu. Harap anda dapat kemaskan perkara-perkara di atas kerana saya mungkin tidak sempat. Aurora 10:48, 29 Disember 2005 (UTC)Balas

MessagesMs.php baru sunting

Baca perbincangan di Perbualan_Pengguna:Aviator#Antara_muka.

Saya telah memuat naik analisis perbezaan MessagesMs.php versi Wikipedia bahasa Melayu dengan MessagesMs.php milik saya. Sila kunjungi http://www.novavizio.com/merge/. Untuk senarai mesej/pesanan yang memerlukan pemilihan, sila lihat http://www.novavizio.com/merge/?filter=ambig.

Perbandingan ruang nama tidak disertakan dalam pautan tersebut, jadi saya senaraikannya di sini:

Wikipedia Inggeris Saya Wikipedia Melayu
Media Media Media
Special Khas Istimewa
Talk Perbincangan Perbualan
User Pengguna Pengguna
User_talk Perbincangan_pengguna Perbualan_Pengguna
Image Imej Imej
Image_talk Perbincangan_imej Perbualan_Imej
MediaWiki Perbincangan_MediaWiki Perbualan_MediaWiki
Template Templat Templat
Template_talk Perbincangan_templat Perbualan_Templat
Category Kategori Kategori
Category_talk Perbincangan_kategori Perbualan_Kategori
Help Bantuan Bantuan
Help_talk Perbincangan_bantuan Perbualan_Bantuan

Saya akui penggunaan huruf besar bagi ruang nama pada laman perbualan adalah lebih tepat. Cuma saya lebih suka "Khas" digunakan berbanding "Istimewa". Bagaimana pula dengan "Perbincangan" vs. "Perbualan"? Mana satu agaknya lebih tepat?

Berikut pula adalah cadangan saya bagi perubahan beberapa istilah dalam Wikipedia:

  • "Wikipedia:Kotak pasir" kepada "Wikipedia:Uji" (tapi MSWiki sudah tolak)
  • "cache" kepada "simpanan" atau "simpanan pelayar"
  • "Paparkan" dalam kotak sunting kepada "Pratonton"
  • "Polisi" dalam Polisi privasi atau yang seumpamanya kepada "Dasar"
  • "Gelintar" (kalau ada) kepada "Cari" atau "Carian"

Selain yang dinyatakan di sini, saya lebih cenderung kepada terjemahan versi saya (dah saya yang buat!).

~ Aviator 16:30, 28 Ogos 2007 (UTC)Balas

Gelintar adalah istilah DBP.
Setuju dengan Dasar menggantikan Polisi, Pratonton menggantikan Paparkan, Khas menggantikan Istimewa.
Perbincangan biasanya mempunyai matlamat tertentu. Perbualan lebih santai, tanpa perlu matlamat khas. Yosri 12:33, 29 Ogos 2007 (UTC)Balas
"Gelintar" adalah istilah DBP dan digunakan dalam Windows XP Starter Edition Malaysia. Tapi ramai sangat pengguna tak kenal perkataan ini. Saya sudah buat terjemahan untuk projek lain, dan telah diarahkan oleh bos untuk menukar "gelintar" kepada "carian". ~ Aviator 13:51, 29 Ogos 2007 (UTC)Balas

MediaWiki sekarang membenarkan terjemahan nama bagi laman khas (seperti Recentchanges dan Userlogin).

Nama-nama ini perlu diubah dalam MessagesMs.php

Berikut adalah senarai laman khas dan cadangan terjemahan:

Bahasa Inggeris Cadangan terjemahan
DoubleRedirects Pengalihan_berganda
BrokenRedirects Pengalihan_rosak
Disambiguations Nyahkekaburan
Userlogin Log_masuk
Userlogout Log_keluar
Preferences Keutamaan
Watchlist Senarai_pantau
Recentchanges Perubahan_terkini
Upload Muat_naik
Imagelist Senarai_imej
Newimages Imej_baru
Listusers Senarai_pengguna
Statistics Statistik
Randompage Laman_rawak
Lonelypages Laman_tunggal
Uncategorizedpages Laman_tanpa_kategori
Uncategorizedcategories Kategori_tanpa_kategori
Uncategorizedimages Imej_tanpa_kategori
Uncategorizedtemplates Templat_tanpa_kategori
Unusedcategories Kategori_tak_digunakan
Unusedimages Imej_tak_digunakan
Wantedpages Laman_diperlukan
Wantedcategories Kategori_diperlukan
Mostlinked Laman_paling_banyak_dipaut
Mostlinkedcategories Kategori_paling_banyak_dipaut
Mostlinkedtemplates Templat_paling_banyak_dipaut
Mostcategories Kategori_terbanyak
Mostimages Imej_terbanyak
Mostrevisions Semakan_terbanyak
Fewestrevisions Semakan_tersikit
Shortpages Laman_pendek
Longpages Laman_panjang
Newpages Laman_baru
Ancientpages Laman_lapuk
Deadendpages Laman_buntu
Protectedpages Laman_dilindungi
Allpages Semua_laman
Prefixindex Indeks_awalan
Ipblocklist Sekatan_IP
Specialpages Laman_khas
Contributions Sumbangan
Emailuser E-mel_pengguna
Whatlinkshere Pautan_ke
Recentchangeslinked Perubahan_berkaitan
Movepage Pindah_laman
Blockme Sekat_saya
Booksources Sumber_buku
Categories Kategori
Export Eksport
Version Versi
Allmessages Semua_mesej
Log Catatan
Blockip Sekat_IP
Undelete Nyahhapus
Import Import
Lockdb Kunci_pangkalan_data
Unlockdb Buka_kunci_pangkalan_data
Userrights Hak_pengguna
MIMEsearch Carian_MIME
Unwatchedpages Laman_tidak_dipantau
Listredirects Senarai_pengalihan
Revisiondelete Hapus_semakan
Unusedtemplates Templat_tak_digunakan
Randomredirect Pengalihan_rawak
Mypage Laman_saya
Mytalk Perbualan_saya
Mycontributions Sumbangan_saya
Listadmins Senarai_pentadbir
Popularpages Laman_popular
Search Carian
Resetpass Lupa_kata_laluan
Withoutinterwiki Laman_tanpa_interwiki

Lihat juga: http://www.mediawiki.org/wiki/Special_page_names. ~ Aviator 13:51, 29 Ogos 2007 (UTC)Balas

Saya mintak maaf, kerana kekurangan masa nak menatap, boleh letakkan hanya yang hendak ditukar di sini. Saya tak sempat membanding satu-satu. Cuba lihat yang dah ada Laman istimewa. Mana yang sesuai akan saya tukarkan. Mengenai gelintir, alah bisa tegal biasa.... Yosri 14:19, 29 Ogos 2007 (UTC)Balas
Er, ini adalah pautan, bukan tajuk. Contohnya Istimewa:Recentchanges menjadi Istimewa:Perubahan_terkini. Pautan ini hanya boleh diubah dari dalam MessagesMs.php, bukannya secara terus dari dalam Wikipedia. Saya hanya cadangkan di sini untuk mendapatkan persetujuan. ~ Aviator 15:03, 29 Ogos 2007 (UTC)Balas
  1. Ruang nama: Rasanya terjemahan anda "Khas" dan "Perbincangan" lebih tepat, kekalkan format huruf besar.
  2. Istilah:
    • Kotak pasir/Uji, saya tiada pilihan, ikut majoriti.
    • DBP mentertemah cache memory sbg "ingatan para", dan kita ada rencana cache. Jadi?
    • Setuju "pratonton" dan "dasar".
    • Lebih baik "gelintar". Seeloknya gunakan istilah rasmi kalau ada.
  3. Untuk pautan laman khas, saya rasa elok kekalkan format asal (tiada jarak), sbg contoh DoubleRedirects --> Alihanberganda. Untuk tajuk, baru letakkan jarak.
    • DoubleRedirects --> Alihanberganda
    • BrokenRedirects --> Alihanrosak
    • Preferences --> Pilihan
    • Lonelypages --> Lamanyatim
    • Wantedpages --> Lamandikehendaki
    • Wantedcategories --> Kategoridikehendaki
    • Fewestrevisions --> Semakantersedikit
    • Emailuser --> Emelpengguna
    • Log tak payah terjemah, ada dlm kamus
    • Listredirects --> Senaraialihan
    • Randomredirect --> Alihanrawak
    • Search & Talk seperti di atas.
  4. Untuk penggabungan MessagesMs.php di novavizio, saya komen lain kali. ...Aurora... 09:35, 30 Ogos 2007 (UTC)Balas
Aurora sudah lihat http://www.mediawiki.org/wiki/Special_page_names? Bahasa Inggeris juga telah menjarakkan pautan-pautan ini. Perkara ini baru lagi, saya akan cuba hubungi pihak pembangun. ~ Aviator 13:06, 30 Ogos 2007 (UTC)Balas
Setelah dikaji, pautan bagi laman khas hanya dicadangkan untuk perisian MediaWiki dan belum dilaksanakan dalam mana-mana Wikipedia. Walau bagaimanapun, saya akan masukkan juga dalam fail baru ini. ~ Aviator 03:21, 2 September 2007 (UTC)Balas

Istilah baru bagi redirection sunting

Berikut adalah definisi "redirect" dalam KIMD:

vt 1. (mail) forward, menghantar [sst] ke alamat baru: he asked me to ~ his letter to his college address, dia meminta saya menghantar surat-suratnya ke alamat kolejnya; 2. change course of traffic, melencongkan: all flights to Orly have been ~ed to Charles de Gaulle, semua penerbangan ke lapangan terbang Orly telah dilencongkan ke lapangan terbang Charles de Gaulle; 3. change to a different activity etc, mengalihkan: ~ed my energies to growing orchids, saya mengalihkan tenaga saya kpd berkebun orkid.

Redirection dalam Wikipedia ialah mengubah haluan laman yang dikehendaki kepada tajuk yang sepatutnya. Contohnya, jika "nyiur" di-redirect-kan kepada "kelapa", apabila pengguna membuka laman nyiur, rencana bertajuk kelapa akan muncul. (Dalam bidang website administration, kaedah ini lebih kurang sama dengan "server-side redirection" atau "URL rewriting".) Jadi, dalam konteks ini, "pelencongan" lebih tepat. :) ~ Aviator 10:08, 11 September 2007 (UTC)Balas

Bukan "lencongan"? ...Aurora... 13:58, 11 September 2007 (UTC)Balas
Lencongan dan pelencongan adalah berbeza. Berikut adalah entri-entri dalam Kamus Dewan:
lencongan: jalan dsb yg melencong dr jalan asal yg dibaiki dsb;
pelencongan: perihal melencong: ada beberapa ~ berlaku ketika novel ini ditulis.
Jadi, "lencongan" adalah sebuah kata nama konkrit, manakala "pelencongan" pula abstrak. ~ Aviator 14:30, 11 September 2007 (UTC)Balas
Apa dimaksudkan dengan kata nama konkrit..? Adakah ianya hanya digunakan pada perkara-perkara yang bersifat fizikal semata-mata? seperti jalan dll. che 16:09, 11 September 2007 (UTC)Balas
Nampaknya ya. Tapi itu hanyalah pandangan saya. ~ Aviator 17:30, 11 September 2007 (UTC)Balas
Bagaimana pula dengan AWAS LENCONGAN DI HADAPAN!. Bukankah ini bererti perubahan arah. Pelencongan kelihatanya sebagai perbuatan atau pelaku. Contohnya Pelencongan jalan oleh pelencong menimbulkan kesulitan kepada pengguna jalan tanah merah kerana ketiadaan tanda AWAS LENCONGAN DI HADAPAN!. - Yosri 00:57, 18 September 2007 (UTC)Balas
Kan redirection memang perbuatan? Mengenai contoh tadi, "lencongan ialah jalan dan sebagainya yang melencong dari jalan asal yang dibaiki..." sudah lari daripada makna asal "redirection". Jalan tersebut tidak mengubah si pejalan kaki atau pemandu kenderaan daripada sampai ke destinasi yang ingin dituju. ~ Aviator 03:08, 21 September 2007 (UTC)Balas

Stub sunting

WikipediaMs masih menggunakan istilah "stub" untuk rencana ringkas. Ini adalah pandangan-pandangan saya sebagai memulakan pembentukan istilah baru:

  • Wikipedia bahasa Arab menggunakan istilah "budzrah", bermaksud benih.
  • Perkataan "stub" bermaksud puntung (rokok) atau tunggul.
  • Bagimana pula dengan perkataan yang bermaksud baru atau muda?
    • rencana baru
    • rencana muda
    • rencana tunas
    • rencana hijau
    • rencana hingusan
    • rencana anak
    • rencana rebung (anak buluh yang boleh dilentur-lentur, seperti dalam peribahasa masyhur)
  • Perkataan-perkataan yang bermaksud "pendek":
    • rencana pendek
    • rencana ringkas
  • rencana dalam pembinaan

Saya lebih suka "rencana tunas" kerana bunyinya seolah-olah menggalakkan pertumbuhan :). ~ Aviator 16:22, 14 September 2007 (UTC)Balas

Setuju dengan tunas. ...Aurora... 15:32, 17 September 2007 (UTC)Balas
Saya sokong tunas. Yosri 00:57, 18 September 2007 (UTC)Balas

Hmm. "Rencana tunas" atau "tunas" sahaja? Saya tak pernah jumpa perkataan "tunas" didahului oleh perkataan lain, melainkan sebaliknya, seperti "tunas pokok", "tunas cipta" dsb. ~ Aviator 12:23, 21 September 2007 (UTC)Balas

Saya pun tak pernah jumpa. Bagaimana dengan "tunas rencana" ? ...Aurora... 14:54, 21 September 2007 (UTC)Balas
Saya panggil Kamus Dewan :).
tunas bahagian tumbuhan yg mulai tumbuh (pd batang, dahan yg diparas, dll), bakal cabang (dahan, ranting), kecambah, taruk;
"Tunas rencana": bahagian pada rencana yang mulai tumbuh??? Kalau guna "tunas Wikipedia" (bahagian pada Wikipedia yang mula tumbuh) tepatlah sikit.
"Tunas" sahaja: Tak perlu fikir panjang-panjang, habis cerita. Lagipun, apa salahnya giving everyone the benefit of doubt? :). ~ Aviator 19:28, 21 September 2007 (UTC)Balas
Masalahnya ialah ada banyak templat tunas seperti {{tunas}}, {{Malaysia-tunas}}, {{Geo-stub}} dan {{Nombor-stub}}. Kalau semua masuk ke kategori yang sama tidak apalah, tetapi tidak. ...Aurora... 14:32, 24 September 2007 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Antara muka".