Perbincangan Wikipedia:Calon rencana pilihan/Arkib 1

Rencana pilihan

Buat masa kini saya dengan 2 orang pengguna iaitu Khairul Khalid dan Hayabusa_future akan menukarkan rencana "Tokoh" dan "Tahukah anda?" pada Laman Utama. Saya akan pilih Tokoh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan untuk Tahukah anda? saya akan pilih Piramid Giza. Rencana lain pada Laman Utama iaitu sukan dan peristiwa dikekalkan buat masa sekarang kerana kita mempunyai kesukaran dari segi teknikal. Ini kerana pada peristiwa kita kekurangan peristiwa, kedua pada sukan saya tidak tahu untuk tukar rencana sukan kepada rencana lain yang lebih menarik. Saya minta maaf kerana tidak mengikut tatacara pencalonan kerana tatacara pencalonan itu sukar bagi saya untuk memahaminya.

Berikut merupakan rancangan saya:

  • Rencana tokoh ditukar dua kali sebulan (awal & tengah bulan).
  • Rencana sukan lebih lama, sebab kita tak banyak sangat rencana sukan, mungkin boleh diselang selikan dengan rencana tempat.
  • Tahukah anda, saya nak pendekkan sikit, dan akan cuba fokus kepada benda pelik/jarang diketahui.

...Aurora... 03:53, 29 Mac 2006 (UTC)Balas

Pengguna yang akan saya pilih

Rancangan saya adalah untuk mengajak 2 orang pengguna iaitu Khairul Khalid dan Hayabusa_future kerana mereka merupakan pakar dalam projek rencana pilihan.

Saya minta maaf jika pendapat saya ini sukar untuk diterima atau tidak lengkap. — Emrrans 10:30, 12 Mac 2006 (UTC)Balas

Menurut saya, sebelum dimulai, mungkin sebaiknya kita pastikan kriterianya. Wikipedia:Apakah itu rencana pilihan? memuat kriteria yang diterjemahkan dari Wikipedia Inggeris. Wiki :ms yang masih dalam tahap perkembangan awal mungkin lebih cocok menggunakan kriteria yang lebih sederhana dan tidak seketat itu. Hayabusa future 11:37, 12 Mac 2006 (UTC)Balas

Saya bersetuju dengan pendapat Hayabusa bahawa kriteria buat sekarang tidak perlu seketat dengan kriteria di Wikipedia Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, saya berasa kandungan dalam Wikipedia:Apakah itu rencana pilihan? harus dikekalkan supaya kita dapat menuju ke arah itu. Kan kita pasti dapat mencapai taraf ini sebelum 1 Januari 2007?

Sewaktu ini, saya berasa bahawa tidak banyaknya rencana yang merupakan rencana piawai ataupun rencana kerjasama. Kemungkinannya, kita boleh menterbalikkan prosesnya. Di en:Wikipedia, mereka cuma memilih rencana-rencana yang memenuhi syarat-syarat yang tertentu sahaja. Bagi kita, kita boleh menentukan rencana-rencana yang mudah diperbaiki, iaitu rencana-rencana yang menyeluruh dari segi kandungan. Kemudian, kita harus mendapat tiga orang pengguna untuk melaksanakan tugas-tugas berikut sebelum memaparkannya:

  • seorang pengguna untuk memeriksa supaya fakta-fakta ada tepat dan benar;
  • seorang pengguna untuk mengemaskinikan tatabahasa dan ejaan;
  • seorang pengguna untuk mengemaskinikan gaya supaya mematuhi Manual Gaya Penulisan.

Kini, kita terdapat sebelas orang pengguna yang paling aktif. Bolehkah kita membahagikan tugas supaya kita boleh saling bantu-membantu? Tulislah pilihan anda antara tiga perkara di atas yang anda dapat membantu, supaya kesemua pengguna, khususnya Emrrans dan pembantunya, dapat menyelaraskan tugas ini:

  1. Aurora - tatabahasa, ejaan
  2. Cassiopeta7
  3. Che090572
  4. Coljames
  5. Emrrans
  6. Hayabusa_future - memperbaiki typo
  7. Master2841
  8. Naisi
  9. PM Poon - fakta-fakta, gaya penulisan
  10. Polar
  11. Yosri
PM Poon 13:49, 12 Mac 2006 (UTC)Balas

Rencana Sukan

14 Mac 2006

Saya ingin mengcadangkan bagi kategori sukan di laman utama diletakkan rencana mengenai Piala Thomas @ Piala Uber @ Piala Sudirman. Rencana ini telah dikemas kini oleh saya. — Master2841 13:37, 14 Mac 2006 (UTC)Balas

Saya sokong Piala Thomas, ia paling mashyur. ...Aurora... 09:24, 14 Mac 2006 (UTC)Balas
Begitu juga saya che 17:56, 5 Mei 2006 (UTC)Balas

3 April 2006

Oleh kerana semangat Sukan Komanwel itu masih dirasai, saya mencadangkan rencana Sukan Komanwel 2006 dikekalkan untuk minggu hadapan. — Master2841 06:14, 29 Mac 2006 (UTC)Balas

Jika tidak ada bantahan, rencana Sukan Komanwel 2006 akan dikekalkan. — Master2841 11:02, 2 April 2006 (UTC)Balas

17 April 2006

Saya cadangkan rencana sukan untuk minggu hadapan ialah rencana Bina badan. Artikel ini lengkap dan menarik malah sesuai untuk menjadi rencana pilihan. Sebelum ini hanya acara-acara sukan sahaja diletakkan untuk rencana pilihan bukan sesuatu sukan itu sendiri maka rencana ini sesuai dicalonkan. — Master2841 19:26, 12 April 2006 (UTC)Balas

24 April 2006

Saya cadangkan untuk meletakkan rencana sukan mengenai catur. Saya baru sahaja siap rencana ini dan saya tidak ragu-ragu lagi untuk meletakkan rencana catur sebagai rencana pilihan. — Emrrans 10:26, 21 April 2006 (UTC)Balas

Setuju. — Master2841 18:20, 21 April 2006 (UTC)Balas

1 Mei 2006

CongkakMaster2841 09:37, 1 Mei 2006 (UTC)Balas

8 Mei 2006

Saya cadangkan Piala Thomas & Uber 2006. Kejohanan ini ialah peristiwa semasa. — Master2841 17:23, 4 Mei 2006 (UTC)Balas

saya sokong ....che 17:57, 5 Mei 2006 (UTC)Balas

24 Mei 2006

Saya mencadangkan supaya rencana sukan minggu hadapan ialah rencana Sukan Malaysia kerana sukan ini akan dilangsungkan pada minggu hadapan dan saya sudah menyiapkan rencana ini. Didie 14:30, 20 Mei 2006 (UTC)Balas

saya sokong.....che 01:04, 24 Mei 2006 (UTC)Balas

Rencana tokoh

3 April 2006

Saya mencadangkan supaya rencana tokoh minggu hadapan ialah rencana mengenai Joanne Kathleen Rowling, yang merupakan pengarang novel Harry Potter. Memandangkan semua rencana mengenai tokoh sebelum ini ialah rencana mengenai tokoh lelaki (Dr. Mahathir, Pak Lah, Isaac Newton), maka J. K. Rowling ialah orang paling sesuai. — Master2841 15:21, 28 Mac 2006 (UTC)Balas

Adakah rencana tokoh ditukar bagi setiap minggu? Saya cadangkan J. K. Rowling diletakkan pada bulan Julai memandangkan Julai (hujung bulan) adalah tarikh lahirnya dan juga permulaan siri Harry Potter serta tarikh yang amat penting dalam siri tersebut. Tetapi, saya hanya mencadangkan sahaja. Adakah kita kekurangan rencana tokoh wanita? Saya cadangkan tokoh wanita untuk minggu depan adalah Cleopatra. — Polar 15:32, 28 Mac 2006 (UTC)Balas
Setuju dengan Polar. ...Aurora... 03:53, 29 Mac 2006 (UTC)Balas
Jika tidak ada bantahan, rencana Cleopatra akan diletakkan untuk hari esok. — Master2841 11:02, 2 April 2006 (UTC)Balas

7 April 2006

Hmm... saya cadangkan untuk 7 April nanti saya akan letakkan rencana baru tokoh iaitu Catherine de' Medici, heheh, memandangkan rencana ini belum wujud, saya akan terjemahkannya dari Wikipedia Inggeris ke bahasa Melayu. Adakah sesiapa ada persetujuan atau bantahan? — Emrrans 09:31, 4 April 2006 (UTC)Balas

Saya bersetuju (saya telah tukar tarikh di tajuk ke 7 April, untuk mengelak pengeliruan). Baiklah kalau kita boleh mendapatkan lebih lagi rencana mengenai tokoh berpengaruh dalam sejarah barat. Pada kini, kita mempunyai banyak rencana baik mengenai Malaysia, tetapi kuranglah untuk tempat lain. Johnleemk 17:38, 4 April 2006 (UTC)Balas

Saya ubah fikiran saya, saya berasa rencana Catherine de' Medici ini tidak begitu sesuai diletakkan dalam Laman Utama kerana mutu recananya tidak begitu memuaskan. — Emrrans 13:35, 7 April 2006 (UTC)Balas

17 April 2006

Apa kata kalau diletakkan rencana mengenai seseorang yang daripada industri muzik? Kerana sebelum ini kita telah ada rencana tokoh daripada politik (Dr. M & Pak Lah), Fizik (Newton), dan Sejarah (Cleopatra). Tak kiralah sama ada tokoh itu berasal dari barat atau Asia. — Master2841 17:15, 7 April 2006 (UTC)Balas

24 April 2006

Saya cadangkan rencana P. Ramlee. Beliau ialah seorang seniman yang terkenal dan terbaik di Malaysia, malah kemahirannya yang boleh mengarah, berlakon, menyanyi, mengarang lagu, dan menari tidak boleh dipertikaikan lagi. Kali ini tiba pula masa untuk tokoh tempatan selepas Isaac, Cleoptara, dan terbaru Florence Nightingale. — Master2841 19:26, 12 April 2006 (UTC)Balas

Sokong Master2841. — Polar 12:49, 13 April 2006 (UTC)Balas

1 Mei 2006

Nadia Comaneci. ...Aurora... 01:55, 26 April 2006 (UTC)Balas

8 Mei 2006

Saya fikir allahyarham Tun Ghafar Baba memandangkan beliau baru sahaja meninggal dunia baru-baru ini che 16:19, 1 Mei 2006 (UTC)Balas

24 Mei 2006

Nicol David Didie 14:30, 20 Mei 2006 (UTC)Balas

Rencana Tahukah Anda

3 April 2006

Raja Arab Saudi ialah rencana paling sesuai memandangkan kesemua yang menjadi raja di sana ialah anak kepada pengasas Arab Saudi. Kita boleh mulakan rencana dengan menyatakan Tahukah anda bahawa kesemua raja yang dilantik di Arab Saudi ialah anak kepada pengasas negara itu.. Rencana ini sesuai untuk menambahkan unsur dramatik ketika membacanya di laman utama. — Master2841 15:21, 28 Mac 2006 (UTC) 06:15, 29 Mac 2006 (UTC)Balas

Saya baru telah menulis semula Parlimen. Saya rasa rencana ini amat sesuai untuk menjadi rencana pilihan kerana ia merupakan sesuatu sinopsis yang baik mengenai parlimen, dan sesuatu penciptaan ori -- ia tidak diterjemah daripada Wikipedia yang lain. Semua gambarnya adalah bebas, dan dalam "public domain". Di laman utama, ia boleh dimulakan dengan "Tahukah anda bahawa bukan semua negara dengan parlimen mengikut sistem Westminster?" Saya rasa mungkin kurang sesuai untuk dua rencana mengenai sistem kerajaan untuk dipilih bagi laman utama pada masa singkat sahaja (takkan nak letak rencana ini untuk hari/minggu selepas Raja Arab Saudi?), jadi tidak perlulah diletak pada laman utama dengan segera.

Selain itu, saya ingin tahu macam mana rencana pilihan dipilih untuk laman utama. Berapa kerap rencana-rencana ini ditukar? Saya agak-agak setiap minggu, tetapi mungkin saya salah. Johnleemk 07:21, 30 Mac 2006 (UTC)Balas

Jika tidak ada bantahan, rencana Raja Arab Saudi akan diletakkan untuk hari esok. — Master2841 11:02, 2 April 2006 (UTC)Balas
Bagus juga rencana Parlimen dipilih sebagai rencana pilihan. Saya sokong kerana saya dapati ramai yang jahil tentang parlimen walaupun mereka mengundi setiap 5 tahun... Ychmatematik 13:27, 2 April 2006 (UTC)Balas

7 April 2006

Saya cadangkan pada 7 April untuk letakkan rencana mengenai formula satu. Barangkali saya telah pun meciptakan rencana mengenai formula satu hasil terjemahan dari Wikipedia Inggeris. Ini kerana rencana ini mempunyai kesesuaian mengikut hal semasa dan rencana ini boleh menarik perhatian ramai pengunjung yang datang ke sini. — Emrrans 09:31, 4 April 2006 (UTC)Balas

Saya rasa rencana Formula Satu lebih sesuai diletakkan di dalam rencana sukan berbanding rencana tahukah anda dan sekiranya ia diletakkan di dalam rencana sukan, saya bersetuju sebab ia adalah peristiwa semasa. — Master2841 12:21, 4 April 2006 (UTC)Balas
Setuju dengan Master2841. Tapi mengapa 7 April? Saya cadangkan kekalkan penukaran pada hari Isnin, iaitu 10 April. Senang nak ingat. ...Aurora... 14:37, 4 April 2006 (UTC)Balas
Saya juga bersetuju. (Saya juga telah menukar tarikh di tajuk ke 7 April daripada 4 April.) Johnleemk 17:35, 4 April 2006 (UTC)Balas
Saya setuju dengan sepenuh hati. Tiada bantahan memandangkan ianya satu sukan yang mendapat tempat di Malaysia dan terkenal di mata dunia... — Polar 02:15, 5 April 2006 (UTC)Balas

Saya cadangkan untuk hari Ahad 9 April saya akan letakkan rencana mengenai Star Wars. Ini kerana Star Wars merupakan filem kegemaran saya. Jika setuju saya akan letakkan sebagai gantian kepada rencana Formula Satu, dimana lebih sesuai diletakkan pada bahagian sukan. — Emrrans 18:51, 8 April 2006 (UTC)Balas

17 April 2006

Saya cadangkan Perang Kelang sebagai "Tahukah anda?" Tetapi rencana itu mungkin memerlukan pemeriksaan dari segi aturan dan tatabahasa. __earth 17:08, 3 April 2006 (UTC)Balas

Boleh sahaja. ...Aurora... 14:37, 4 April 2006 (UTC)Balas
Saya fikir Master2841 boleh aturkan setiap minggu akan ada artikel yang boleh diletakkan sebagai artikel pilihan...sebagai contoh..bagi bulan April..ada 4 artikel pilihan..artikel mestilah mengikut gaya sebuah rencana...mungkin PMPoon boleh betulkan...akhirnya saya mencadangkan artikel minyak diletakkan sebagai artikel tahukah anda?? che 11:07, 11 April 2006 (UTC)Balas
Setuju dengan Che. Master2841 11:47, 11 April 2006 (UTC)Balas

24 April 2006

Saya fikir Master2841 boleh aturkan setiap minggu akan ada artikel yang boleh diletakkan sebagai artikel pilihan...sebagai contoh..bagi bulan April..ada 4 artikel pilihan..artikel mestilah mengikut gaya sebuah rencana...mungkin PMPoon boleh betulkan...akhirnya saya mencadangkan artikel minyak diletakkan sebagai artikel tahukah anda?? che 11:07, 11 April 2006 (UTC)Balas

Setuju dengan Che. Master2841 11:47, 11 April 2006 (UTC)Balas

1 Mei 2006

Oleh kerana minggu berkenaan adalah minggu pekerja..maka saya calonkan Hari Pekerja. che 18:23, 24 April 2006 (UTC)Balas

Setuju. — Polar 13:29, 25 April 2006 (UTC)Balas

8 Mei 2006

saya mencadangkan Gunung Merapi sebab sekarang ni gunung itu sedang meletup! che 03:35, 15 Mei 2006 (UTC)Balas

24 Mei 2006

saya mencadangkan TV 9 kerana stesen televisyen tersebut baru melancarkan siarannya. Didie 14:32, 20 Mei 2006 (UTC)Balas

Rencana Peristiwa

Saya berharap yang pada setiap minggu tarikh-tarikh di rencana ini sentiasa diubah. Tidak kekal pada tarikh yang ada sekarang. — Master2841 06:16, 29 Mac 2006 (UTC)Balas

Saya sedikit hairan mengenai peristiwa-peristiwa yang dipilih. Pada masa sekarang, mereka nampak amat rambang, dan boleh mengelirukan pembaca yang baru. Mungkin ia lebih baik jika kita hanya memasukkan peristiwa yang berlaku dalam singkat masa minggu ini, dua minggu ini, ataupun bulan ini. (Jika kita hanya termasuk peristiwa yang berlaku pada bulan ini, tidak bermakna kita hanya mengubahnya tiap-tiap bulan. Boleh diubah dengan lebih kerap, kerana ada ramai peristiwa yang berlaku setiap bulan.) Masalahnya mencari orang yang berminat untuk sentiasa mengubah dan menambah peristiwa-peristiwa yang baru. Jadi ini idea sahaja. Mungkin kalau ada orang lain yang berminat, kita boleh ambil giliran mengubahnya. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, hehehe. Johnleemk 07:32, 30 Mac 2006 (UTC)Balas
Itu sebab ia dibubuh oleh beberapa orang berbeza. Seharusnya ikut tarikh. Saya boleh tukar setiap bulan. Kalau nak lebih kerap, kena ada orang tolong cari. ...Aurora... 08:33, 30 Mac 2006 (UTC)Balas

Masalah ini telah pun diselesaikan dengan sempurna. Court dismissed!PM Poon 00:44, 16 Mei 2006 (UTC)Balas

Kembali ke laman projek "Calon rencana pilihan/Arkib 1".