Perbincangan Wikipedia:Dasar dan garis panduan

Latest comment: 12 tahun lalu by Smim90 in topic Mewujudkan sub-tajuk takrifan

Perubahan Yang Saya Cadangkan sunting

  1. Maklumat laman ini amat penting untuk kemajuan wikipedia. Ia seharusnya Kemas.
  2. Selain itu, tema "polisi" dan "garis panduan" harus dijelaskan supaya pembaca tidak kelam kabut. Malah saya mencadangkan kedua perkara ini dibincangkan dalam dua rencana yang berbeza.
  3. Perkataan "polisi" sendiri adalah satu yang bermasalah. Biasanya ia merujuk kepada "rancangan kerajaan". Pengguna adalah sukar untuk memahami apakah polisi ini. Saya mencadangkan "polisi" ini diganti dengan perkataan
  • Prinsip Asas
  • Adat
  • Peraturan
  • Norma
  • Kebiasaan
  • dll

Ychmatematik 12:23, 31 Mac 2006 (UTC)Balas

Saya rasa tiada masalah dengan polisi. Istilah polisi syarikat, polisi insuran biasa digunakan. Perkataan lain adalah dasar. Dasar syarikat, dasar kerajaan. Yosri 12:27, 31 Mac 2006 (UTC)Balas

Kemaskini sunting

Saya lihat bahawa senarai dasar dan garis panduan kita telah berkembang semenjak ketiadaan saya dan Ychmatematik. Kini ada dasar dan garis panduan baru yang tidak dimasukkkan dalam senarai laman utama tetapi wujud pula dalam templat. Bagaimana boleh menjadi begini. Kemaskini laman utama diperlukan. Alistaire (bincang) 09:25, 25 Januari 2009 (UTC)Balas

Membetulkan ejaan sunting

Bagi menghormati laman Wikipedia:Dasar dan garis panduan]] sebagai halaman polisi Wikipedia pertama yang juga merupakan kompenan Perlembagaan Wikipedia, saya memaklumkan yang saya akan membetulkan ejaan menggamparkan kepada menggambarkan pada perenggan ke-dua halaman tersebut. Ini dibuat bagi membetuli perkataan bahasa Melayu padanya dan menjaga kualiti Wikipedia bahasa Melayu. Harap maklum.--Smim90 (bincang) 19:39, 20 Mei 2011 (UTC)Balas

Jika sekadar membetulkan ejaan, anda tidak perlu meminta izin atau memaklumkan sesiapa. ...Aurora... (b) 03:05, 21 Mei 2011 (UTC)Balas

Mewujudkan sub-tajuk takrifan sunting

Salam Wikipedia, sukacita dimaklumkan saya telah mewujudkan sub tajuk takrifan pada laman dasar dan garis paduan Wikipedia. Tujuan pelaksanaan ini adalah untuk menjelaskan maksud istilah yang kabur serta memperteguhkan istilah umum yang telah sedia ada. Takrifan istilah adalah merujuk kepada maksud ringkasan sesuatu istilah asas yang digunakan di laman dasar dan garis panduan atau laman - laman lain yang bersangkutan atau berkaitan dengannya dalam Wikipedia bahasa Melayu. Juga dianggap sebagai takrifan asas bagi frasa-frasa umum perlembagaan Wikipedia bahasa Melayu ini.

Diharapkan takrifan adalah dapat memberikan nilai kefahaman komuniti dan pengguna Wikipedia versi ini kelak serta memacu kearah kualiti Wikipedia bahasa Melayu sebagai gedung ilmu masa depan. Sekian, hara maklum --Smim90 (bincang) 14:57, 2 Oktober 2011 (UTC)Balas

Kembali ke laman projek "Dasar dan garis panduan".